Aku baring di atas katil mengawal rasa hati yang berbaur. Malu, sebal semua ada. Mujur along dengan angah takda. Kalau tidak, maut kalau mereka semua bergabung. Meletop!
Aku melangkah ke bilik air mengambil wudhu. Sejadah aku tarik. Kain telekung aku pakai untuk mengadap sang pencipta.
Usai beri salam, aku lihat Haider meletakkan sejadahnya dan mula solat. Aku berdoa, kebahagiaan kami. Kesejahteraan rumah tangga kami. Tak aku lupakan kedua ibu bapa kami. Aku tanggalkan telekung dan sidai di penyidainya.
Pintu almari aku buka, nightware lace berwarna biru dan lingerie warna senada aku ambil dan bawak ke bilik mandi. Tshirt aku gantikan dengan nightware yang di ambil. Rambut aku kemaskan menggunakan sikat dan jari. Kemudian aku sembur Gucci Bloom hair perfume kegemaran aku. 'Nice' bisik hatiku.
Lantas rambut aku ikat tinggi, menyerlahkan leher jinjang aku. Bibir aku sapukan sedikit lip gloss strawberry. Perfume ku sembur dan calit pada nadi dan belakang telinga. Figura diri aku telek di dalam cermin. Aku tarik nafas hembus. Tarik, hembus perlahan sebelum melangkah keluar.
Lampu bilik telah di malapkan. Terasa aura sensual bilik kami. Kelibat Haider aku carik. Aku tarik senyum melihat dia berdiri di birai pintu gelangsar.
Berboxer tak berbaju. Gulp! Aku telan air liur. Aduhai! Badan mengalahkan model Calvin Klein. Sexy! Rambut bebas nya beralun lembut di tampar angin malam tanpa pomede membuatkan dia lebih sexy di mataku biar pun dari belakangnya sahaja.
Aku hampiri Haider perlahan. Perlahan aku peluknya dari belakang, dan letak kan pipiku di belakang badan nya. Lama kami berkeadaan begini. Terasa kami sangat dekat biarpun tanpa kata-kata yang diluahkan.
Aku angkat muka. Perlahan aku kucup belakang nya, di kanan, di kiri dan di tengah tulang belikatnya sebelum aku elus hidungku lembut disitu. Aku hidu lama bau Haider. Aku suka!
Dulu aku penah baca, isteri yang suka menghidu bau suami, terutama ketiaknya mampu menghilangkan stress dan bebanan perasaan. Haha! Sejauh mana keberkesanan research tuh aku tak pasti, tapi aku perlu akui. Menghidu Haider antara terapi effektif untuk aku. Lelaki ada bau maskulin mereka yang tersendiri yang harus aku akui. Menghidunya buat aku tenang dan damai.
Dia pusing mengadapku. Lama mata kami bersabung. Aku senyum. Aku naik kan jari mengelus pipinya dan mengelus lembut bibirnya. Dia kucup jariku lembut. Dahi aku dikucupnya sebelum menemukan dahi kami. Aku suka feeling sensual begini! Melaluinya, kami saling belajar mengenali getar nafas kami, ritma degup jantung kami, kemahuan, kelemahan dan kelebihan kami.
Hidungnya digesel lembut ke hidungku sebelum mengucupnya. Lantas aku mengucup dagunya sebelum bibir aku dipagutnya sambil diangkatnya aku ke katil.
"Assalammualaikum...." ujarnya sensual sebelum menyembabkan muka ke leherku.
------------
Bunyi alarm phone aku off kan. Badan aku cuba gerak kan, terasa tangan Haider kembali menarik badanku.
Dagunya diletakkan diatas bahuku. Aku mengekek kegelian. Dia gosok-gosok kan dagunya lebih perlahan. 'Shit!'. Meremang bulu roma aku.
"Abang......", rengekku.
Aku pusing badan mengadap dadanya. Aku elus-elus jari jemari ku diatas dadanya lembut. Pelbagai corak aku cakarkan.
"Don't sayang!". Husky suaranya buat aku telan air liur. Wow! Sexy! Jariku ditangkapnya.
"Abangg.. Bangun laaa". Dia buat keras.
Oooo tak nak bangun yer. Tak dapat aku guna jari. Aku guna hidung! Aku sengih jahat! Ooo Aku elus-elus hidung di dada dia. Haha! See! Kan dah gerak. Aku hidu-hidu dada bidangnya. Bibir aku mengucup setiap inci dadanya. Dia menahan kegelian. Tubuh dan nafasnya mengeras.
Tiba-tiba Haider pusing dan menindih badan aku.
"Abang dah cakap jangan nakal kan sayang. You turn me on sayang". Aku menjegil mata.
"Ishh, jangan merepek eh abang", ujarku kaget. Alamak! Naya ni! Bala-bala!
"Well, I'm a man with my words sayang". Terus dia menyembamkan mukanya ke dadaku. Syahid habis rama-rama di dalam perut, bila terasa dada dan perutku di cium dan digigit bertalu-talu oleh Haider.
Share this novel