"Abang..."
Dia menoleh. Menunduk memandangku. Muka nya kaget.
"What did you say sayang?", balas nya lirih.
Air mata ku sapu perlahan. Aku cuba senyum. Aku senyum besar-besar untuknya. "Abang...".
"Allah! Sayang!". Dia dakap ku erat. Dahiku dikucup berkali-kali. Daguku ditarik perlahan. Air mataku disapu menggunakan tangan nya.
Aku angkat tangan juga, menyapu air mata yang turun tanpa henti dari mata kekasihku ini. 'Allah! Aku sayang dia!' Aku pasti! Aku ingat perasaan ini. Aku ingat denyut debar hati ini bila berhadapan dengan seorang Tengku Luth Haider.
"Adik?" Panggil Daddy lembut. Aku toleh ke kanan. Mummy, Bonda dan Daddy dah banjir dengan air mata.
Aku lepaskan tubuh Haider. Aku memeluk Daddy erat. "Terima kasih Daddy", gumamku.
"Terima kasih jaga adik baik-baik".
Aku peluk Mummy lama. Mummy kucup dahiku. "Alhamdulillah, ini semua keajaiban Allah!".
Aku memeluk Bonda. Pipiku dikucupnya sayang. "Terima kasih sayang kerana bangun hari ini. Bonda dah tak sanggup lihat Haider mati jiwanya bila anakanda tak kenal suami sendiri. Terima kasih kerana kuat! Terima kasih sayang!". Air mata bonda aku sapu. Terharu. Patut la Haider tak berperasaan, muka nya semanjang ketat.
Angah senyum dan menggosok kepalaku. "You're back young lady! Finally! I know you will!". Gosokan nye berubah jahat, dia kucar kacirkan rambutku.
"Angah!", bentakku. Semua ketawa.
Along memeluk ku. "Everything will be okay. Alhamdulillah! Thanks Adik! I no longer can tolerate your husband. My best friend is madly in love with you. He is suffering. Both of you suffered.".
Aku sengih. "Ye ker dia suffered, entah-entah syok kot jadi bujang". Semua ketawa.
"So Daddy next week takda lah majlis kahwin kan Daddy. Dah budak kecik ni ingatan dia dah elok", giat Angah. Aku jegil mata. Dia ni memang suka cari pasal tau.
"Angah nak kahwin pun boleh minggu depan. So majlis ON jek lah", kata Daddy.
Haha! Aku gelak sakan. "Padan muka' giatku.
"Alaaaaa..tapi adik la yang rugi macam tuh!". Aku tarik muncung.
"Kenapa?", tanya Daddy.
"Tak dapat cincin lagi satu. Rugi. Kalau tak ada dua cincin kahwin!". Aku gelak! Mummy tepuk peha aku sambil jegilkan matanya.
"Main-main la anak awak ni bang. Manja kan sangat, sampai merepek aje kejenya."
"Eh anak saya, anak awak jugak. Ker time buat hal semua anak saya? Yang baik semua anak awak?" Balas Daddy sambil gelak. Kami sengih, melihat telatah mereka.
Mataku kerling Haider. Dia memandangku sambil senyum. Aku rindu lelaki ini. Rindu sangat!
"Kita buat majlis doa selamat lah minggu tuh yer bang?", tanya Mummy.
"Eloklah kita buat doa selamat. Adik dah sihat. Dekat dua tahun tak kenal orang. Nak nak suami sendiri. Eh tapi Kak Yah takpe ker saya buat dirumah saya?", tanya Daddy pada Bonda.
"Xpe. Buat dulu di Rumah Nazim. Esok nya akak nak buat di rumah akak pulak. Doa selamat dan sambut menantu", kata bonda.
"Menantu ker hantu tuh Mak Engku?", tanya Angah.
Eeee. Dia main kotor la. Mak mertua aku kot tuh. "Angah ni keji la! Tisya baik kan Bonda?".
Bonda dan Mummy geleng kepala. "Jangan di layan kak budak-budak ni. Yang abang nye pun satu, adik sakit meraung-raung, baru baik jek dia yang menyakat dulu. Perangai mengalahkan beruang!", marah Mummy.
Aku gelak mengekek di tepi Along. Padan muka. Adoi penat gelak. Sakit rahang.
---------
Aku lihat Haider lipat sejadah. Wajah tenang nya aku perhati. Lelaki cukup tertib tingkah lakunya. Ralit aku perhatikan tingkah laku nya. Di saat mata kami bersabung, dada aku berkompang riang, rama-rama dalam perutku mengepak gembira, dan aku lihat dia senyum dan menghampiri aku.
Dia melabuhkan duduk di birai katil, dan memandangku lembut. Dahiku dikucupnya lama. Gugup! Ya! Kami berdua gugup! Malu, gementar, takut semua bercampur aduk. Macam malam pertama kami tiga tahun yang lalu. Itu yang aku rasa kan.
Dia pandang aku lama. Aku tarik nafas untuk hilangkan gugup. " Say....Saya.. eh I... nope sayang tidur dulu ye abang?". Dia gelak pendek. Muka ku panas. Bunyi kompang semakin kuat. Aduh!
"Hmmm", balasnya pendek. Aku terkedu. ' Eh Hmmm jek? Takda goodnight sayang? Or good night kiss at least? Choiii!'.
1 saat.
2 saat.
3 saat.
10 saat.
15 saat
Okay! Slow la Haider ni!
Aku betulkan duduk. Menghadap dia betul-betul. Aku angkat kening. Aku lihat dia telan air liur. Aku angkat jari tunjuk di pipiku.
Dia senyum. Dia mengucup pipi kanan ku.
Aku tunjuk pipi kiri ku. Dia mengucup pipi kiriku.
Aku tunjuk dahi ku. Dia mengucup dahiku.
Aku tunjuk daguku. Dia mengucup lama di situ.
Aku tunjuk hidungku. Dia mengucup lama di situ.
Aku tunjuk ke arah bibir. Baru dia nk gerak kan kepala. Aku terus baring tarik selimut selubung kepala. Mengekek aku ketawa.
"Nakal!" Gelak nya. Perut ku digeleteknya. Allah! Tak cukup nafas aku rasa.
"Abanggg.... jangan laaaaaa...geli... okay okay sorry! Ampun!", pintaku. Selimut aku tarik. Aku betul-betulkan rambut yang dah messy.
"Biar lah, abang suka".
"Banyak la suka, muka sayang dah macam mak lampir tau! Emmmm cantik sikit la kot! Haha!".
Dia sengih. Ini dia Haider yang aku suka. Sentiasa senyum. Penyayang. Penyabar.
Aku pegang pipi kanan nya. Dia kucup tapak tanganku. Aku alihkan ibu jariku ke bibirnya. Dia kucup ibu jariku lama. Aku ralit bermain bibirnya. Aku elus barisan bulu halus di misai dan dagunya. Dadaku bergetar hebat, tapi ku masih turunkan jariku ke halkumnya.
Aku mendekatkan hidung ke lehernya. Aku menghidu lama bau nya. Maskulin. Aku gosok lembut hidungku di lehernya. Turun ke dadanya. Aku lakukan yang sama. Tabiat aku sedari dulu. Menghidu dan menggosokkan hidungku kepadanya, terutama di dadanya.
"Sayang rindu abang", gumamku sambil mengucup lembut dadanya.
Dia tarik daguku. Bibirku di pagut lembut. Lama kami berkeadaan begitu sebelum melepaskan untuk mencari nafas. Muka ku panas. Dia sengih dan menggosok pipiku.
"You're still blushing like our first night", katanya sensual. Aku gelak. "First night yang esok nya, abang kena tendang tuh eh?"giatku.
Ketawa kami bergabung. Lama tak duduk macam ni. Bersila lutut bertemu lutut. Merenung antara satu sama lain.
"Dah la, sayang pegi tidur. Esok dah balik kan?, arahnya.
Dia selimut kan aku. Kucup dahiku. Sebelum melangkah ke sofa bed di sebelah.
Share this novel