Bab 6

Romance Series 7997

Aku turun tangga setelah bersiap ringkas. Ku kenakan jeans dan kemeja bunga-bunga kecil warna purple. Rambut ku tocang senget ke kanan. Fringe ku sepit dengan penyepit kecil dan comel. Hmm.. Simple but yet comel. Haha! Perasan.

"Bonda!", aku senyum memandangnya. Tangan nya aku cium lembut.

"Boleh tido malam tadi?", tanya nya sambil memegang tanganku menghala ke meja dapur. Luas dapur bonda. Ada wet kitchen yang luas, and dry kitchen yang luas. 

"Eh?". Bonda tatap mataku sambil tangan nya memegang cincin di jari jemariku. Matanya bergenang. Air matanya mengalir. Aku kaget.

"Bonda, kenapa ni?", tanyaku terkedu.
Aku lap air mata bonda. Dia peluk aku sambil mengucapkan terima kasih.

Aku sedikit hairan. 'Terima kasih untuk apa yer?', tanya hatiku.

"Bonda?", suara garau dia kedengaran. Aku angkat muka mencari pemilik suara itu.

Aku lihat dia mendekat sambil tersenyum. Bedebar pulak hati aku tiba-tiba.

"Morning sayang", pipiku dielusnya lembut. Ish dia ni, depan bonda kut. Aku jegil mataku.

Dia sengih. "What?" Dia tayang muka selamber. Eeeee geram la aku dia ni.

"Luth...Tak nak bagitahu Bonda ker?", tanya nya lembut sambil angkat jariku yang bercincin.

"Tak.. takot Bonda tak izinkan".

"Hish...budak bertuah ni", bonda tepuk bahu dia. Dia gelak besar. Lantas memeluk bonda dan kucup dahi bonda lembut.

"One month lagi Bonda. Are you excited?". Dia kerling aku sambil senyum mengusik.

"Of course I am. Cant wait for the big day. When we are going to Dato Sri's house then?".

"Tomorrow".

Gulp! Aku telan air liur.

-------------

Aku mundar mandir dalam bilik. Macam mana lah pertemuan dekat bawah tuh. Adoi cuak nya aku! Nak ikut serta Mummy melarang keras. Tak manis katanya. Memang la tak manis sebab aku bukan teh o. Kalau aku jawap macam tuh  nescaya kena lecture dengan Mummy 2jam tanpa henti. Haha!

Aku kerling ke phone screenku. Haish dah sejam setengah dah ni. Bincang apa ni lama sangat.

"Adik!". Aku toleh ke pintu, wajah Mummy kelihatan, lantas dia menutup daun pintu perlahan.

"Pakai baju ni sayang", pinta Mummy. Kurung Moden Champange Light Pink chiffon di tangan Mummy ku tatap dan elus perlahan. Macam pernah tengok baju ni.

"Kenapa Mummy. Baju siapa ni?"

"Go, pakai je! Jangan banyak tanya".
Aku dim dan melangkah ke walking wadrobeku. Aku ganti jeans dan tshirtku dengan Kurung Moden itu.

'Just nice. Pandai orang yang jahit ni. Tau size dan taste aku.' Simple yet mewah. Itu kesukaan ku. Baju ni dijahit diamond halus di leher sedikit dan di hujung tangan sahaja. Just nice. Tak over dan tak nampak murah.

Mummy menyanggulkan rambutku. Veil di letak sedikit sebagai pelengkap gaya. Aku touch upkan sikit make up yang dah sedia cantik. Aku spray kan perfume Jdore kegemaranku di nadi-nadi. Belakang leher, dan disapu sedikit di belakang telinga.

Alamak nervous pulak pakai macam ni. Aku lihat imej diri di cermin. Cantik! Aku senyum. Tiba-tiba aku terkedu, ada satu figura lain yang seolah sedang tersenyum sama. Aku nampak aku. Tapi lebih muda. Baju yang sama. Veil yang sama. Senyuman yang sama. Tapi alis mata yang lebih bahagia. Cinta mungkin!

Aku menoleh ingin panggil Mummy. Tapi bayangan itu hilang. Jantung bergerak laju. Terasa kepala mulai berdenyut pelahan. Siapa tadi? Aku penah pakai baju ni dulu? Kenapa aku rasa macam pernah lalui situasi ini dulu.

----------

Aku gugup. Tangan Mummy aku gengam kuat. Aku turun tangga rumah perlahan-perlahan. Aku dengar suara ramai orang berbual di bawah.

Angah menyambutku di bawah dengan senyuman. Gengaman tangan Mummy bertukar tangan dengan Angah. Angah membawa aku ke tengah rumah. Aku di duduk kan di sofa cleopatra Mummy. Sofa berangkai dua yang berkerawang moden.

Aku pandang ke hadapan. Melihat siapa yang datang ke rumah ku. Ramai jugak kiraku. Semuanya segak-segak, dan cantik-cantik, tak kira tua dan muda.

Bonda menapak sambil memberikan senyuman manisnya. Dia memberi salam sambil mengucup dahi ku lama.

Bonda labuhkan duduknya disebelahku. Jariku diambil, dan disarungkan cincin berbatu biru topaz yang di ikatkan berlian kecil disekelilingnya. 'Cantiknyaaaaaa', getus hatiku.

Aku cium tangan bonda. Bonda peluk aku lama. Telingaku dibisikan, "Terima kasih Tisya, kerana terima Luth kembali. Dia dah lama menderita Tisya. Terima kasih. Terima kasih sangat."

Aku menjarakkan badanku. Air mata bonda ku lap perlahan. Semua mata memandang kami. Mujur Angah menjadi penyelamat menyuruh kami senyum untuk kenangan.

Mindaku merakam perbualan tadik. Keluhan terkeluar dari mulutku.

"Kenapa?", tanya Bonda. Ya Rabbi! lupa pulak Bonda masih disisiku.

"Cari Luth la tuh", balas Mummy mengusik. Aku tayang sengih comel. Semua mula mengusik dan gelak-gelak bila aku mula malu-malu.

Zap! Mataku menangkap figura dia di pintu yang tersenyum memandangku lembut. Payah nak tengok senyuman cantik nya. Aku senyum kepadanya. Dia balas sambil menggosok ibu jarinya ke bibir. Nakal! Aku tunduk! Cis! Suka buat aku blushing!

"Luth... Sini!", panggil Mummy. Dia yang memakai baju melayu pink sedondon dengan ku siap bersongkok melangkah rapat. Ya Allah, berdebar habis. Aku tundukkan muka malu.

Muka ku terasa panas bila kaum keluarga menyakat kami. Semua menggiat kami patut bernikah terus. Tak perlu bertunang. Bila dia duduk disampingku, terasa aura nya. Bau maskulin nya aku kira saat ini amat mengiurkan. Aku telan air liurku.

Dia hari ini sangat sporting melayan kehendak semua orang yang arahkan kami bergaya itu ini. Renung lah. Senyum la apa lah. Biasa dia ni kan lokek dengan senyuman.

----------

Aku pandang dia lama. Kelihatan dia sangat serious sedang berbual dengan Daddy. Bila dia berfikir, dia akan gosokkan kedua jarinya ke tepi mulutnya, menggosok dan merapi lembut misai dan jambangnya yang kemas dan nipis. Bibirnya yang merah, ternyata dia bukan perokok tegar. Mata nya yang tajam bersinar menyerlahkan aura dia.

"Amboi! Tenung anak teruna orang macam nak telan". Along melabuhkan duduk ditepiku.

Aku sengih dan jatuh kan kepala ke bahu along. "Along rasa betul ker keputusan adik ni? Tak tergesa-gesa ker? Adik takut adik kecewa."

Pandangan aku masih pada si dia di hadapan. Along tarik nafas lama disisiku. Along pegang tanganku. "Luth yang terbaik. Insya Allah adik. Percaya dengan Qada dan Qadar Allah. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya yang tersembunyi; kita sebagai hambanya wajib percaya dan redha dengan setiap ketentuannya. Dia mungkin bukan yang terbaik, tapi Luth mampu menjaga dan menyayangi adik lebih baik dari kami. Dan Along percaya dan dah melihat, pengorbanan, kasih sayang seorang lelaki bernama Luth Haider." Aku terkedu mendengar bait kata-kata dari Along. Speechless!

"Along nak adik percaya. Along nak adik halusi. You are big enough to understand everything. Beralah bukan bererti kalah. Tapi berfikir sejenak sebelum melakukan kesalahan demi kesalahan."

"Apa berlaku dulu?", tanyaku tiba-tiba. "Adik kenal ye dengan Luth sebelum ini?". Badan Along mengeras. Dia pandangku lama. Dia kucup tepi kepalaku.

"I'm not the best person to tell you. Don't force yourself. It will hurt you. Just learn to forgive and forget." Along bangun meninggalkan ku.

Aku pandang pemergian nya. Aku ingin halusi setiap kata-katanya. Aku bangun melangkah ke kolam ikan dirumahku. Ku labuhkan duduk ku di birai kolam. Bersimpuh disitu sambil mengocak-ngocak air di kolam ikan.

Satu yang pasti. Aku kenal dia. Gaya semua orang begitu mudah menerima dia. Persiapan hari ini. Semuanya bagai dirancang rapi.

Kepala ku giat menyusun puzzle di dalam minda. Satu persatu peristiwa aku cuba susunkan, untuk membentuk sebuah rentetan peristiwa or timeline.

"Non!". Aku tersentak dan menoleh ke belakang.

"Ish Kak Surti. Tekejut saya tau. Mujur ngak luruh jantungya."

"Allah! Kak Surti mohon ampun Non. Ni ada bungkusan buat Non. Kak Surti jumpa di pagar". Bungkusan kain di tangan Kak Surti aku sambut.

Kad di tulis tangan aku baca. "Selamat Bertunang Batrisya. Hadiah ikhlas semperna pertunanganmu".

'Lain macam pula ayat dia ni', getus hatiku. Tapi siapa je yang tahu aku bertunang? Hairan. Aku sendiri pun tak tahu ini majlis pertunanganku. Well, not before Mummy suruh aku bersiap.

Aku lihat Kak Surti  berlalu pergi. Aku letakkan bungkusan di peha, sambil membuka bungkusan kain berwarna putih itu, yang mengandungi kotak kecil. Aku buka perlahan dan berhati-hati untuk melihat kotak dihadapanku. Okay! Aku cuak! Jantung berdegup kencang!

'Shit!'. Aku telan air liur sendiri. Tangan ku gigil. Dua biji mata segar, yang masih berdarah ada di dalam kotak itu. Badan ku kejung. Tekak ku mual. Aku letak kotak di tepi ku. Aku bangun. Terasa aku gigil. Aku pening. Kepala ku berdenyut. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku nak Haider.

Akhirnya, aku jatuh di ke dalam kolam ikan. Yang aku dengar hanyalah bunyi teriakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience