Bab 11

Romance Series 7997

Aku meletakkan bag makeup dan peralatan mandian di dalam bag besar yang telah Haider letak kan di atas katil. Aku mencari kelibat dia. Mungkin di luar agaknya dengan Zack dan bodyguard yang lain.

"Puan...". Aku berpaling. Zack tundukan sedikit kepalanya.

"Tengku, suruh saya bawakan barang-barang ke kereta dulu. Saya ambil bag ni ye". Aku angguk dan tarik sedikit senyum. Segan sebenarnya. Jangan dia ingat aku sombong sudah!

Mata aku talakan ke seluruh kawasan bilik. Risau kalau ada barang-barang yang tertinggal. Ketika jari jemari aku sibuk membetulkan cadar, terperasaan yang aku tertinggal cincin kahwin ku di toilet.

Haish, careless! Aku ketuk sedikit dahi sambil tersengih. Kalau Haider tau aku boleh tertinggal, mau merajuk dia tuh. Sengih terbayangkan muka dia yang merajuk! Haha! Buruk! Tak kena!

Keluar dari toilet, aku terpandang sejambak bungkusan bunga di atas katil. Aku senyum. Auch! Sweet nya husband aku wei! Aku dekati katil dan jambangan bunga.

Badan aku kaku! Bungkusan itu bukan sekadar bunga, tapi turut beserta dengan beberapa jari tangan yang di lekatkan bersama sekeping polaroid Haider sedang mengucup jari jemari aku. Dapat aku rasa kan yang badan aku semakin menggigil. Aku ambil kad yang dikepilkan dengan gigilan.

"MY BABY SWEET HEART, INI SEMUA SEBAB HAIDER BERANI KUCUP JARI JEMARI KAU YANG HALUS DAN MULUS WAHAI SAYANGKU. SAYANGKU, TAHU TAK SAYANG, KAU BERJAYA BUAT AKU SAKIT HATI DAN CEMBURU. LANTAS AKU KIRA MEMBERI HADIAH BUATMU ADALAH PILIHAN TERBAIK. KAU PILIH, NAK AKU KERAT KERAT JARI KAU? ATAU AKU PATUT HIRIS HIRIS BIBIR HAIDER?

EH TAPI KAN BABY SWEETHEART AKU RASA AKU ADA TINGGALKAN BIBIR HAIDER DEKAT SOFA"

p/s: kau tak jumpa Haider lagi kan?

xoxo,

Pencinta Tegar Mu

Allah! Haider! Aku kalut! Aku toleh ke kanan. Ada sebuah kotak yang berbalut cantik berwarna ungu. Siap bereben gold! Air mata aku cuba tahan dari mengalir. Aku kena kuat! Tak mungkin apa-apa jadi pada Haider!

Aku rentap pembalut kotak dan buka penutup nya. Ya Allah! Bibir sapa ni! Air mata mengalir laju! Bukan! Ini bukan Haider! Aku kenal bibir Haider! Aku cuba tarik nafas. Hati ku berdenyut kencang. Nafasku makin tidak teratur. Kepala ku terasa berpusing. Aku jatuh terduduk di atas lantai. Aku renung kembali bibir itu! Bukan Haider, gumam ku berkali-kali.

" Sayang dah siap?"

Aku toleh dan pandang lemah figura di hadapan aku. Macam suara Haider, bisik hati. 

"Allah! Sayang kenapa ni?"

Pandangan aku berbalam-balam dengan air mata yang mengalir laju. Aku pandang dia yang menghampiri. Rahang mukanya bergerak-gerak menahan marah. Dia rangkul aku dalam pelukannya. 

Aku memandang nya. Aku angkat ibu jariku ke bibirnya dan aku oles lembut disitu. Dan dia seperti biasa akan mengucup ibu jari aku. Ye ini Haider aku! Air mata mengalir lagi. Allah bilalah penderitaan kami akan berakhir. 

"Abang....", akhirnya terluah juga suara aku.

"Abang.... Abang tak apa-apa kan?" 

"Abang okay sayang. You see me here Sayang! See my eyes! My eyes!". Dia pegang kedua-dua pipiku.

"I am your Haider. See! My fingers all here! My lips is here too!"

Aku sembam muka ke dada nya. Aku ingin lari dari semua ini. Biarlah ini semua mimpi untuk ku. Tolonglah! Lelaki ini banyak menderita kerana aku.

------

Haider buka kan pintu bilik dan memimpin aku masuk. Lain pula rasanya berdua dengan dia di rumah ini. Haider baringkan aku di katil kelamin kami.

"Sayang rehat dulu yer. Abang nak jumpa Daddy kejap". Aku angguk. Aku hantar pemergiannya dengan ekor mata. 

Tak betah rasanya berbaring. Aku bingkas bangun. Melihat ke jendela. Tak puas memandang, pintu balkoni aku buka. Aku hirup udara segar dan melihat pemandangan bukit yang menenangkan.

Bukan ini yang aku mahukan. Aku turun tangga perlahan, aku dengar suara Haider, Daddy, dan Along berbual di ruang tamu. Aku tak mahu ambil tahu kerana aku tahu aku akan lebih kusut dan tertekan. Aku perlukan ketenangan.

Aku buka pintu studio perlahan. Ya! Ini yang aku mahukan. Aku ikat rambut aku bun style yang tinggi. Canvas kosong aku letak kan di atas easel. Warna-warna pelaka aku susun berderet mengikut citarasaku. Aku tajamkan semua pensil-pensil lukisan aku. Puas hati, aku memandang canvas kosong di hadapan aku.

Aku pejam mata. Tarik nafas. Aku eluskan tanganku lembut pada canvas kosong di hadapan aku. Jari jemariku bergerak menari mengikut kata hati. Figura yang hendak di cakar mula muncul di minda. Aku ambil pensil dan mula melakar, melakar dan terus melakar dengan ralit.

Usai melakar, aku memandang lukisan di hadapanku dengan penuh puas hati. Aku gosok-gosok lukisan aku dengan penuh hati-hati untuk memastikan shading nya seimbang dan sekata. Pensil jenis Charcoal aku ambil dan melakukan shading penuh hati-hati terutama di bahagian matanya, kumis nya dan 'goatee anchor' style nya. 

Aku berdiri memandang hasil lukisan aku dengan penuh bangga. Dada berdebar hebat pabila memerhati setiap inci diri nya. Aku pegang dada! Aku senyum! Ya! Dia je yang mampu buat dada aku berdetak hebat begini. Dia jek mampu buat aku bedebar biar pun hanya lukisan dia dihadapanku.

Aku ralit membetulkan hasil lukisan aku sebelum terasa ada tangan kekar memeluk pinggang aku dari belakang. Leher dan bahu aku dikucup mesra. Tak perlu bersuara aku tau siapa di belakangku. Bau nya sahaja sudah berbeza.

"Asik lukis gambar dia je sayang ni? Dengki lah!". Aku gelak. Aku toleh ke arah Haider.

"Dia handsome kot! Tapi kerek tau mamat ni! Mintak tolong amik kan buku yang tinggi tuh dia boleh buat derk jek. Terkial-kial la kita ni cakap France dengan dia sebab ingat dia French takpun Italian. Lepas tuh buat muka blur! Bila kita ngumpat dia dalam Bahasa Melayu tau pulak dia menyirap dan dan tuh dia pun cakap Melayu." Aku gelak.

"Yelah kita pun terkejut. Dah la kita tengah kusyuk cari buku dan usha dia dekat perpustakaan, tiba-tiba muncul depan mata. Muka dah comel gile macam Korea, sekali bukak mulut bercakap France. Sepatah haram kita tak paham. Keciwa kot" Aku gelak besar. Suka mengajuk cakap aku! Kita,dia!

"Lah abang usha sayang masa tuh? Seriously???". Aku toleh pandang dia.

"Yer. That actually was our third meet tau.
First time Abang nampak sayang masa sayang feed all the homeless dekat Paris. Abang masa tuh speechless. Nampak sayang so cute! Dah la pendek! Musim sejuk pakai long winter jacket. Dah macam pingu!".

"Abang jahat!". Aku tepuk dada dia. Dia gelak besar.

"Second?" Tanyaku berminat nak tahu.

"Abang tak sangka pun dapat jumpa sayang lagik. Sebab dekat Paris was so rushing. Abang kejar flight. Bonda on the way to London masa tuh. So Abang terpaksa pendek kan cuti. Second Abang nampak sayang tengah peluk Zayn dekat Harrold masa Boxing Day. Abang dengan Bonda masa tuh. Abang terkejut sebab Zayn tak pernah ada girlfriend kut, tapi bile nampak, kemain manja haa asik bergayut jek kejenya. Frust! Abang sampai tak bercakap dengan Zayn seminggu. Buat-buat busy", katanya sambil buat muka sedih.

Aku gelak besar. Ya rabbi! Banyak sangat rahsia nie.

"But the best was yang ke empat. Raya dekat Malaysian Hall, sayang datang dengan Zayn. Abang was there. But I noticed your eyes is all on me. Tapi masa tuh Abang macam.... Hey jangan goda aku please! Kau bestfriend aku punyer girlfriend kot!". Kami gelak.

"Then the rest like you know, Zayn kenal kan Abang dengan adik dia."

"Then Abang gigil dan terkejut sangat, sampai Abang selamber cakap awak sudi kawin dengan saya?". Aku tayang sengih jahat. "Kemaruk", aku bisik di telinganya.

Dia tarik dagu aku. "Its not an easy decision sayang. Sayang tak tahu macam mana Abang doa hari-hari lepas  jumpa sayang di Paris. Abang cakap, if she is really my partner made from heaven just for me, then please Allah, let us meet again and create our love story!"

"Bila Abang buat istikharah, still Abang nampak sayang, buat Abang yakin dengan pilihan Abang. So bila Zayn kenal kan kita, Abang pun laju jek la lamar sebelum orang lain potong line".

Hamboi! Dia kira dia punye potong line je. Padahal dia lupa aku muda belia trang tang tang kot masa tuh.

"Thanks abang! You're my first love and of course my last love. Biar dalam masa sayang waras, dan hilang ingatan pun, sayang masih pilih abang. Betul cakap abang, I will madly in love with you."

Dia kucup dahi aku lembut dan lama. Sebelum angkat muka dan memerhati sekeliling. "Sayang lukis semua ni masa sayang tak kenal Abang kan?" Tanya nya takjub.

"Aa. Betul. Semua masa sayang lupa Abang siapa. Sebab sayang selalu mimpi mata Abang. Lebih kurang sebulan lepas baru sayang asik mimpi Abang as the whole you".

"Tak sangka Abang ada peminat jugak. Betul la sayang, handsome jugak Abang dalam lukisan sayang ni kan? Agak-agak jual boleh laku tak sayang?"

"Eeeeyuuuwww Handsome katanya! Dah takda benda lain nak jual dah ker Tengku Luth Haider? Baik jual Bugatti Veyron Abang yang sexy tuh." Aku gelak lepas bila dia tarik muncung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience