1

Fantasy Series 2149

(15 Februari 2017)

Bunyi derapan tapak kaki manusia memenuhi lorong pejalan kaki di jalan yang aku lalui ini. Turut serta juga bunyi hon dari kereta yang sesak di laluan mereka.

Aku mempercepatkan langkah ke suatu tempat di mana ada yang menunggu ku di sana.

Mc Donald.

Namun, dalam kesesakan itu aku terdengar satu suara yang halus sekali nadanya.

'sayaang..'

Terasa seperti ada bisikan di telinga ku. Aku toleh memandang belakang.

Tiada sesiapa kecuali hanya jasad manusia-manusia yang melangkah berjalan.

Aku garu kepala perlahan. Teruknya..

Ni gara-gara ujian lepas lah ni. Kan aku dah mula berimaginasi?

Aku gelengkan kepala perlahan sebelum melangkah masuk ke Mc Donald yang terpampang depan mata. Masuk je dengar suara orang memanggilku.

"sini Lian!" aku menoleh. Terpandang 2 orang manusia duduk di satu penjuru. Salah seorang dari mereka iaitu Jessica melambaikan tangan ke arah ku.

Nama aku Nur Izian Nadra. Orang panggil aku 'Lian' sahaja. Katanya, 'Izian' susah untuk sebut.

Well, aku ada 2 orang kawan rapat  iaitu Jessica Amanda dan Syafa Amina. Amy kawan baik aku dari kecil tetapi Jessica pula aku kenal semenjak belajar di Universiti.

"Amy, Jess.. Awalnya korang." aku tersipu malu memandang mereka. "tolong sikit ye. Kau tu yang lewat." Amy menjelingku tajam manakala aku tersengih-sengih.

"tak pe. Kau duduklah." Jessica mempersilakan aku untuk duduk. Aku segan la pulak hehe.

"Lewatnya kau hari ni, ada apa-apa ke?" Amy menyoal ku. Aku pandang dia yang sedang menyumbat kan kentang goreng ke dalam mulutnya.

Aku menggarukan kepalaku perlahan. "entah lah. Aku jadi ralit macam mana tah. Aku tak sedar jam dah pukul 4, sebab tu lewat. Tapikan, lately ni macam aku ada dengar suatu suara."

Mereka dua pandang aku. Fokus pada benda yang aku ingin sampaikan. "aku dengar lately ni, ada orang panggil nama aku. Tak pun aku akan dengar orang panggil 'sayang'. Baru-baru ni kerap betul aku mendengarnya." Aku meluahkan apa yang menggangu ku kepada mereka berdua.

"Kau dengar orang panggil kau 'sayang'? dasyat nya." Jessica bersuara terkejut. Aku menggelengkan kepala perlahan. Menolak bayangan ngeri di depan mata.

"memang la. Orang pelik macam kau ni, mesti akan dengar macam-macam." Amy yang kepoh itu bersuara.

Aku memandangnya jelik.

"hah!" aku tersentak apabila Amy menepuk meja. Aku pandang dia dengan kerutan. "Ini mungkin suatu petanda! Nanti masa depan kau, kau kawin lari. Siapa tau?" lancang je mulut si Amy itu menyambung percakapannya. "ehh jangan merepek lah!" aku mencerlungnya tajam.

"dah lah jangan gaduh-gaduh. Perangai korang dua ni macam budak-budak. Buat malu je orang tengok." Jessica berkata. Aku mencebik. "ni salah dia ah ni. Merepek entah apa-apa." aku menunding jari kepada Amy.

"ye, aku salah. Kau je betul Lian."

Aik? asal pelik sangat jawapan Amy tu? macam pasrah je. "well, aku rasa aku jumpa something." Amy tiba-tiba sahaja tersenyum keji (creepy smile). "something? something apa?" soalku.

Jessica turut mengangguk. Pelik betul Amg ni. Senyuman tu lain macam sikit. "5 meter dari tangan kanan kau, meja ketiga dari arah selatan." kata Amy selamba.

Aku pun menoleh. "oh?"

Mataku melihat seorang lelaki duduk berseorangan di kerusi sambil meminum Cola.

Aku pandang Amy semula. "macam mana kacak tak?!" soal nya teruja. WHAT THA 'ELL. Dia cuma tanya aku lelaki tu segak atau tak? seriusly Amy? "nampak lelaki segak sikit, laju je kau ni. Aku ingat benda apa lah tadi." Aku menjelingnya.

"sekarang memang trend orang muda macam kita ni bercinta dengan lelaki macam dia tu lah. Ada rupa.." Amy menunjukkan wajah 'dreaming' nya itu. Di sebabkan hal itu, kepalanya di tolak oleh aku laju.

"jangan melampau eh"

"biarlah.. Tapi.." aku pandang dia bersama kening yang di jongketkan. "ehh, dia pandang sini lah." aku menoleh memandang lelaki tersebut. Dia telah berdiri dan menoleh ke arah kami bertiga.

Setapak demi setapak dia berjalan ke arah meja kami. "oh tidak. Aku tak kuat." Amy mengada manakala aku mencebik melihat perangai nya itu.

Perempuan ni. Pantang nampak lelaki kacak sedikit, mula la nak jadi ulat bulu.

Sehingga akhirnya, lelaki itu berhenti betul-betul di meja kami. Aku pandang wajahnya, namun entah kenapa sekali-kali dengan matanya aku terpandang.

Kenapa mata itu kelihatan sedih?

Tiba-tiba tangan ku di tariknya sebelum tubuhku di peluk erat oleh nya.

"Jangan tinggalkan saya!"

"eh!" terkedu aku jadinya apabila dia memeluk ku. "wah! ini memang taktik mengorat paling 'bijak' yang pernah aku tengok." Amy ketawa. Manakala Jessica dah terkedu dengan apa yang terjadi depan mata dia.

"ehh, sorry ok." badan nya aku tolak ke belakang. Dia pandang aku redup. "a-awak salah orang ke?" soalku gugup melihat pandangan nya itu.

"mesti lah salah ha ha ha." aku ketawa kekok sambil menggarukan kepala perlahan. "ya betul tu." Jessica dan Amy back up dari belakang.

Suasana mula janggal. Aku lihat dia merapati aku semula. Aku bergerak ke belakang sikit.

"maaf, nama awak Nur Izian Nadra kan?" soalnya tenang. Aku, Jessica dan Amy dah terkedu.

"..."

"saya perlukan awak."

*****

Suasana sunyi di temani bunyi cengkerik dari luar menemani aku di meja study ini. "eii teruknya!! komputer lembap ni pun. Saja cari pasal lah." komputer yang berada di depan mataku ini aku ketuk-ketuk geram. Haih, nampaknya aku kena buat surat ke penyelia lah kiranya.

Dah berapa lah agaknya umur komputer ni?

Nazak je aku tengok. Cis. Aku mengeluh bila melihat komputer tersebut langsung tak menyala.

Menyusahkan betul. Laptop aku ada di 'hospital' akibat Amy tumpahkan milo atas nya. Tak guna betul perempuan careless tu..

Haih Lian, yang tak guna tu juga lah kawan kau.

"haa!! ada orang di lamun cinta! gembira tak?" leher ku di rangkul oleh Jessica. Aku dah terkapai-kapai mencari nafas.

Cis.

"tak de guna nya nak gembira!" aku membalas. "semua orang tengok kau petang tadi tu tau! kelakar betul." dia ketawa manakala aku mencebik. Tak suka isu ini di bangkitkan.

"sepatutnya kau tak perlu keluar dari kafe tu, sia-sia jelah dia bangkitkan keberanian dia.." Jessica sengih memandangku. Manakala aku memerah muka. "malu la.. Aku cuma nak keluar senyap-senyap."

Aku melangkah ke arah katil lalu membaringkan tubuh ku ke atasnya. Aku lihat Jessica turut melakukan benda yang sama seperti ku. Fedap punya fasal. Komputer tak leh nak on!

Dari aku membuang masa tunggu benda alah tu hidup, better aku tidur. Dapat rehat kan diri dan minda aku dari pelbagai masalah.

"goodnight dear."

Aku senyum. "goodnight too Jes."

*****

Aku buka mata perlahan. Gelap lagi suasana bilik ku ini. Aku pandang sebelah kanan ku, aku lihat Jessica dan Amy tidur berperlukan. Aku ketawa tengok posisi mereka. Kalau mereka sedar, dah sah menjerit.

Aku kerling jam di dinding.  Pukul 1 pagi. Nampaknya aku dah terjaga.

"adakah Lian di sini? Saya ialah penyelia, Puan Wang." dari luar bilik aku dengar suara seseorang. Aku lantas bangkit dari perbaringan bila sedar nama ku di sebut.

Dengan baju tidur yang tak terurus, aku keluar dari bilik. Terlihat Puan Wang iaitu penyelia asrama perempuan berada tidak jauh dari bilik ku ini. "Puan Wang, kenapa cari saya malam buta begini?" soalku padanya.

"ada budak lelaki dalam lingkungan umur sebaya kamu, cari kamu kan?" soal Puan Wang yang membelakangi aku itu. Aku dah membulat mata.

Adakah kejadian petang tadi dah tersebar hingga ke penyelia. Oh tidak?!

"puan, puan jangan salah faham. Saya tak kenal dia, dia yang pe-" ayat aku tak sempat di habiskan apabila Puan Wang tiba-tiba memotong. "kamu memang kenal dia, malah kamu berdua sepatutnya rapat." kata Puan Wang.

Aku terkedu. "tak perlu di nafikan lagi, kamu berdua mempunyai hubungan istemewa di dunia ini."

"err Puan Wang, saya tak faham maksud puan."

Puan Wang menoleh menghadapku lalu tersenyum. "Kamu berdua mempunyai pertalian yang sangat erat namun di pisahkan oleh dimensi ruang dan waktu yang berbeza."

Aku pelik bila mendengar apa yang Puan Wang katakan. "dia ialah suami kamu di masa hadapan."

Mataku membulat.

Automatik minda ku terbayang susuk tubuh lelaki tadi yang memeluk ku itu.

"kamu berdua adalah sepasang suami isteri yang malang. Firash tengok kamu maut akibat kemalangan jalan raya ketika bulan ketiga kamu berdua berkahwin."

Firash?

Jadi, nama lelaki itu Firash?

"setelah menerima tamparan hebat ini, segala memorinya terhenti ketika dia berumur 30 tahun."

Aku terkedu seketika sebelum memandang Puan Wang.

"Setiap hari, selama 6 tahun dia memanjatkan doa. Saya rasa simpati lalu saya hantar dia ke ruang masa hidup kamu."

Wajah Puan Wang mula kelihatan suram. "tapi kamu hanya ada masa selama 30 hari sahaja."

Aku terdiam.

"sa-saya..... Bermimpi ke?" soalku. Dia senyum, "anggap sahaja, ini semua mimpi." Dia membalas tenang.

Aku menunduk lalu mengeluh, "saya tak faham.. Macam mana saya nak pastikan yang dia betul-betul suami saya?"

"Cara yang mudah untuk membuktikan ialah gambar kamu berdua di dompetnya." Puan Wang menjawab tenang.

Ini memang mimpi yang aneh...

Aku pandang Puan Wang.

Eh? biar betul aku ni.

Tiba-tiba Puan Wang memetikkan jari nya. "baiklah Izian, kuatkan semangat kamu!" Puan Wang senyum.

"Firash adalah lelaki yang malang, dia kehilangan isteri nya pada usia yang masih muda malah pada awal perkahwinan nya yang mentah lagi. Dia kehilangan sesuatu yang berharga buatnya."

Puan Wang tersenyum nipis. "walau pun dunia ini tidak adil, tapi semua manusia berhak menerima kebahagiaan. Kita tak boleh biarkan dia sahaja..."

Aku kemam bibir, "... Lagi pun, kamu isteri dia." kata-kata puan Wang tu seperti angin ribut yang laju. Kenapa aku tak dapat menangkapnya? seperti otak ku lambat pula berfikir ketika ini. "itu sahaja yang saya mampu lakukan. Jangan kecewakan dia lagi, berikan kasih sayang pada nya.."

Aku membuka kedua mataku laju. Siling bilik ku, aku pandang. Laju sahaja aku bangun. Aku mengurut dadaku perlahan.

"rupanya tu hanyalah mimpi.." aku berkata lega.

"macam mana aku boleh mimpi benda macam tu." aku gelengkan kepala ku perlahan. Aku pandang jam di dinding, dah pukul 5 pagi.

Aku turun dari katil lalu bergerak ke arah almari ambil tuala. Terasa nak mandi, namun pergerakkan ku terhenti bila terlihat ke arah 2 orang manusia yang berada di tingkap bilik ku ini.

Aku kerut dahi. Apa si Amy dan Jessica buat di tingkap pagi-pagi begini?

Aku mula menghampiri mereka.

"tengok! nampaknya lelaki tu betul-betul tak berputus asa. Sampai ke sini dia cari Lian. Dia jauh lebih baik dari boyfriend Lian tu kan?" Amy berkata.

"pergi kejutkan Lian cepat, aku rasa dia datang sini cari Lian." Jessica berkata pula. Aku hanya mendengar perbualan mereka.

"apa korang berdua buat tu?" soalku tiba-tiba menyedarkan mereka.

"oh mak kau!! ish kau ni, terkejut aku!" Amy ingin menampar bahuku. Aku laju sahaja mengelak. Aku tolak mereka berdua ketepi, memberiku peluang berada di tengah-tengah melihat apa yang menjadi tumpuan mereka.

Hah?

Itu Firash..

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience