Aku buka kedua mataku perlahan. Kepalaku terasa berat dan mencucuk. Aku tarik nafas berserta keluhan lemah.
Penat.
"ehh kau dah bangun?"
Aku tersentak mendengar ada yang menegurku, aku toleh memandang gerangan orangnya. "ehh Jes? sejak bila kau ada dekat bilik ni?" soalku pelik. Jessica sengih, "sejak 10 minit yang lalu."
Dia mendekatiku lalu belakang tapak tangannya memegang dahiku. "dah kurang dah demam kau."
Aku senyum nipis. "oh, erm, mana Firash?" entah kenapa mulutku ringan menyoal fasal lelaki tersebut. "oh, abang sepupu kau dah balik hotel. Dia kata dia nak mandi, lepas siap mandi, dia akan datang sini semula." Jessica tersenyum-senyum memandangku. Aku kerutkan dahi memandangnya. "apa kau ni? senyum-senyum pehal?"
Dia sengih dan garukan kepalanya perlahan. "hehehe, tak lah, aku just terhibur tiba-tiba. Tak sangka abang sepupu kau tu caring begitu. Sampai sanggup jaga kau demam semalaman. Dah macam suami jaga isteri aku tengok." Jessica ketawa tiba-tiba.
Aku mencebik. "hmmph, tu je.. Lagi pun, aku dengan dia mana boleh kawin, sepupu kan? tak berkembang keturunan moyang aku nanti."
"eleh. Ada je manusia yang zaman sekarang kawin dengan sepupu sendiri. Tak de kena sumpah apa-apa pun. Chill ler.. Nanti dah kahwin, jangan lupa jemput aku." Jessica jelirkan lidahnya pada aku.
"eh aku tak kata pun, kawin dengan sepupu kena sumpahan. Jangan pandai-pandai nak reka cerita wahai cik Jessica" aku memberikan nya jelingan.
Jessica sengih. Tiba-tiba pintu bilik kami di ketuk, muncul wajah seorang yang aku kenali di sebalik pintu. "ehh, Amy sejak bila kau balik ni?" soalku berserta senyuman melihat wajah Amy.
Amy memberikan senyuman pada kami berdua. Dia meletakkan beg galasnya di dalam loker sebelum menghampiri kami berdua.
"a-aku... Aku perlukan rehat." dia berkata sebelum membaringkan badannya bersebelahan ku. Senyuman ku mengendur melihat tingkahnya itu.
Aku pandang Jessica dan Jessica pandang aku. Kedua-dua angkat bahu.
Apa dah jadi pada Amy?
*****
"Amy, kau okey?" soalku. Amy pandang ku sekilas sebelum melepaskan keluhan. Aku dan Jessica terdiam.
"Aku rasa... Aku akan tamatkan pelajaran aku setakat semester ni je.. Aku betul-betul buntu.." Amy meletakkan kepala nya atas meja. Aku dan Jessica membulat mata. "Apa? kau nak berhenti? wey... Kau biar betul?? kita dah masuk tahun sebelum akhir dah, tak kan kau nak berhenti macam tu je??" Jessica dah berkata bengang.
Amy mengeluh. "kau tak sayang ke usaha kau yang kau korban kan selama ni?" sambung Jessica lagi. Aku lihat Amy memejamkan matanya.
Tertekan.
"kau cakap la dekat sapa-sapa pun, jawapan nya semestinya sayang. Tapi, apa aku perlu buat? ayah aku sakit dekat kampung sana. Ibu aku pula tak berkerja. Kak ipar aku mengandung lagi. Abang aku mesti fokus dekat dia. Dengan adik aku yang masih di Form 5, korang cakap macam mana nak tanggung kami semua? Korang faham-faham lah, aku peringkat U, banyak duit nak kena bawak keluar tanggung pembejalaran aku, tambahan lagi aku ni duduk asrama. Duit harian kena pandai-pandai bajet. Korang tak pelah, senang.. Aku ni hah..." Amy mengeluh. Matanya kelihatan berair.
Hatiku tersentuh. "yes. kitaorang faham. Tapi perlu ke kau stop belajar? tak kan kau nak sia-sia kan kepandaian kau setakat ini je? Di sini kan ada jabatan kebajikan pelajar. Kau boleh minta tolong mereka. Tolong lah Amy, sebelum bercakap apa-apa, fikir dulu." Jessica menggeleng lemah.
Amy gigit bibir bawah nya sebelum dia teresak perlahan. "ko-korang cakap senang lah..."
Aku dah mengeluh. "Amy, kau tak perlu buat keputusan untuk berhenti, kitaorang ada untuk bantu kau. Apa guna kiraorang sebagai kawan kau, kalau kawan dalam susah tak bantu? tak kira lah dari segi wang, tenaga atau kata-kata, kitaorang tetap bersama-sama kau." kata ku cuba untuk memberi semangat pada Amy.
"Aku tak nak susahkan korang. Biarlah aku berhenti untuk setakat ni."
Jessica hentak meja kuat. "kau kata tak nak susahkan kitaorang? sedangkan sekarang kau dah susahkan kitaorang?! kau buat kitaorang risau tentang diri kau? kau tak faham ke niat kitaorang ni, cuba nak bantu kau. Cuba untuk selamatkan kau dari tak jumpa jalan keluar dari masalah kau ni. Tolong la faham.."
"aku tak minta pun"
"yes kau tak minta. Kau tak kesah, tapi kitaorang kesah. Kitaorang cuba nak faham kau. Jadi, kau pun kena faham keadaan diri kau sekarang ni Amy. Kitaorang sayangkan kau tau." Jessica mula berdebat. Aku pegang tangan Jessica, cuba untuk menenangkannya.
"korang tak faham dan korang tak kan pernah faham." itu kata-kata terakhir Amy sebelum berlalu.
Jessica merengus marah. Aku terkedu.
Apa lagi ujian yang kau beri ini ?
*****
"Sayang... Awak okey?" aku tersentak apabila di tegur Firash. Aku angguk perlahan. "saya okey."
"saya tak rasa yang awak okey sayang.. Jangan tipu saya, saya tahu sama ada awak tipu saya atau tak. Lagi baik awak share dengan saya, apa yang menggangu fikiran awak tu."
Aku berdecit. "tak de lah. Tak ade apa-apa pun. Jangan risau." aku ambil air tembikai yang aku order tadi sebelum hirup perlahan. Firash mengeluh.
"saya cuba nak faham awak. Saya cuma nak tahu keadaan awak sayang. Salah ke?"
Aku terdiam dengan kata-katanya itu. Jantung ku berdegup laju. Menahan perasaan yang tiba di dada.
Namun...
"Firashh!"
Ada yang menganggu saat bahagia ku. Aku dan Firash menoleh. Perempuan yang bersama Firash hari tu, menghampiri kami. Aku mula rasa tak selesa.
"ehhh Yasmin?" Firash berkata terkejut. Automatik matanya memandang wajahku yang tak berdarah ni.
"Finally, saya jumpa awak juga. Penat saya cari awak merata tempat, tak jumpa-jumpa. Nampaknya nasib saya baik hari ni, dapat juga jumpa awak." Perempuan yang bernama Yasmin itu melabuhkan punggung di kerusi kosong di meja kami.
What the fish you! kau tiba-tiba datang, dan acah yang kau penting di sisi Firash? apa ni?!
Aku dah bengang. Jujur aku kata, aku tak suka perempuan ini dekat dengan Firash.
Aku pun tak tahu kenapa? adakah ini cemburu? tapi aku tak rasa yang aku sukakan Firash?
"ouh.. Err, kenapa cari?" Firash menjawab soalan Yasmin sambil matanya memandang aku. Aku mencebik sebelum telefon di dalam beg di bawak keluar dan mula melayan semua aplikasi yang berada di dalam telefon ku ini.
"Saya nak bincang dengan awak fasal Kha-" belum sempat ayat Yasmin habis, aku memotong. "saya nak balik. Awak sembang lah dengan dia."
Aku bangun dari tempat duduk. "ehh, kejap. Awak ni bukan perempuan yang tampar Firash hari tu ke?" soal Yasmin. Aku menggulingkan mataku ke atas. Menyampah.
"ye aku? so, apa masalah kau?" aku menjeling nya. Beg ku aku galas sebelum ingin melangkah pergi namun tangan ku di pegang oleh nya menahan aku dari pergi.
Aku dah menunjukkan riak marah. Tak suka orang sentuh aku even sama jenis sekali pun. "eh kau pehal?"
"sabar dulu.." aku dah merengus marah apabila Firash membela Yasmin. Aku pandang Firash kecil besar je.
"Kau nak apa?" aku menyoal Yasmin selembut boleh. Yasmin pandang aku lama. "awak ni BEKAS kekasih Khairil Afif kan?"
Darah aku dah menyirap naik. Perlu ke kau tekan kan perkataan BEKAS tu depan aku?!!
Hatiku dah menjerit marah. "kalau ye kenapa?!"
"ohh tak de la.. Saja tanya. Mana tahu kau masih sayangkan dia kan? tak boleh lupakan dia lagi."
Aku ketap bibir marah dan mula mendekatkan jarak aku dengan Yasmin. Firash dah tak keruan.
"Apa masalah kau hah perempuan?!" aku tolak dia laju. "sayang dah lah." Firash pegang bahuku daripada menghampiri Yasmin lagi dekat.
"Perlu ke kau tahu perasaan aku pada Khairil sekarang?! kau siapa nak tahu semua tu? aku ada hubungan apa-apa dengan kau ke? aku ada cari fasal dengan kau ke? tak de kan?!!"
Yasmin aku lihat dah pandang aku takut. "kau silap cari fasal perempuan! kau jangan fikir kau judge aku BEKAS Khai! aku akan lemah?! Motif kau apa hah sial?"
"Lian sayang. Dah la, orang tengok ni.." Firash cuba tarik aku menjauhi Yasmin. "ehh awak diam! saya masih sakit hati dengan awak tau, sebab awak layan dia! jangan buat kemarahan saya meluap-luap lagi Firash Amsyar." aku dah beri amaran. Ini terbukti bahawa aku betul-betul marah.
Firash mengeluh. Ditarik juga aku ke belakang tubuhnya. Tak makan saman betul.
"sudah sayang. Perkara boleh bincang elok-elok kan?" Firash melembutkan suaranya memujukku. Aku ketap bibir kasar. Tertekan. "saya tak kan berkasar kalau dia tak cari fasal dengan saya. Sekali saya kata tak suka, saya memang tak suka dia sampai bila-bila!"
"okey-okey.. I'm sorry.. Jom kita balik eh.. Saya tak nak timbul kekecohan lagi di sini.." lembut je tangan aku di pegangnya. Aku mengeluh lemah, aku angguk perlahan. Firash senyum sebelum aku dan dia melangkah untuk pergi.
TETAPI...
"Firash!! saya tak habis berbincang dengan awak lagi!"
Aku ketap bibir mendengar suara perempuan itu. Aku kepalkan penumbuk. Cuba menahan amarah.
"err Yasmin.. Saya rasa saya tak nak teruskan perancangan kita hari tu. Saya tak nak terlibat. Lagi pun, Khairil dan Lian dah berpisah, kalau awak nak dia, awak usaha lah sendiri.."
Itu kata-kata Firash kepada Yasmin. Manakala aku?
Terkedu dengan kata-kata Firash.
Apa maksud Firash?
Kenapa libatkan Khairil?
TBC.
Share this novel