"wah!! Terbaik ah Khai!" dari tepi padang bola, terdengar suara Jessica bersorak.
Khai hanya mengerling sekilas sebelum lelaki yang memakai jersi nombor 10 itu, menjaringkan gol. Selepas beberapa minit kemudian wisel pun berbunyi.
Khai berjalan ke arah seorang perempuan yang duduk di bangku yang telah tersedia di padang ini. "Jes.. Lian tak datang ke?" soalnya. Jessica pandang Khai.
"peliknya.. Dia tau tak ada game hari ni?" soal Jessica lalu menghulurkan sebotol air mineral kepada Khai.
Khai ambil air tersebut lalu meneguk perlahan. "sekejap, biar aku mesej dia." telefon di bawa keluar dari beg lalu jejari mula menaip sesuatu ke Lian.
"aku dah mesej dia semalam, tapi dia tak balas pun." balas Khai. Suara nya berubah, jadi lebih dingin. "ahh!! biar je la dia tu." Khai berkata bengang seraya melangkah pergi meninggalkan Jessica seorang diri di kerusi itu.
Tangan yang menaip mesej itu terhenti. Jessica pandang susuk belakang tubuh Khai yang berada bersama-sama rakan sepasukannya itu.
"apsal dengan diorag berdua tu?" soal nya hairan.
*****
Di Starbuck aku bersama-sama dengan Firash meluangkan masa bersama.
"Firash..." panggilku perlahan. Dia mendongak memandangku. "awak nampak muram je?" soal ku melihat raut wajahnya.
Dia senyum tipis. "tak lah. Saya gembira sangat sebab boleh bersama awak." Dia mengambil cawan kopi di atas meja lalu menghirup perlahan.
"saya tak pernah nampak awak gembira. Awak okey tak sekarang ni?" soalku lagi. Mataku memandangnya.
"saya gembira.." dia menjawab perlahan sebelum sesuatu di keluarkan dari poket nya.
Aku pandang dia yang sedang makan satu biji pil ubat. Ubat apa pun aku tak tahu. "awak sakit ke?"
"tak tahu lah.. Saya di suruh makan ubat ni ikut jadual."
Aku hanya menangguk. Lantak lah, ubat dia. Bukan aku.
Ting!
Telefon ku berbunyi menandakan ada satu chat masuk.
From:Jessica ??
Mana kau menghilang hah? kenapa tak datang tengok game Khai hari ni?"
Seketika kemudian, satu mesej lagi masuk.
From:Jessica ??
Dia kecewa sangat tau.
Aku mengeluh. Chat Jessica itu aku balas.
To:Jessica ??
Aku tak tau pula dia ada game hari ni.
Send!
Ting!
From:Jessica ??
Tapi Khai kata dia dah mesej kau semalam.
Aku tersenyum tipis.
To:Jessica ??
Agaknya aku terlupa.
Send!
Telefonku, aku simpan dalam beg semula. Aku mengeluh perlahan. "sayang... Awak okey?" soal Firash.
Aku memandangnya sebelum menangguk. "okey."
Dia senyum. "awak nak pergi mana lagi lepas ni? shopping?" soalnya lagi. Aku pandang dia lama.
Kenapa aku rasa macam bad mood hari ni? sedangkan sebelum Jessica chat tadi, mood aku okey je.
"saya tahu awak terganggu. Jom kita pergi shopping, saya belanja awak."
*****
Aku buka pintu bilik dengan pelbagai jenama beg di tangan. Aku tersentak apabila buka je pintu aku di hidangi dengan 2 susuk tubuh manusia.
Siapa lagi kalau bukan Jessica dengan Amy. "banyaknya kau beli pakaian dan barangan kosmetik! kau menang loteri ke apa? mana kau korek duit beli semua ni?" beg-beg yang aku letakkan di atas meja, di belek satu persatu oleh Amy.
"baju ni cantik lah! aku nak pinjam." Amy berkata sambil mengeluarkan baju yang berwarna pink dari salah satu beg yang aku beli tadi.
"masalahnya, hari tu punya baju pun kau belum pulangkan." aku menjawab kesal.
"Lian, team Khai menang perlawanan hari ni.. jaringan 2:1." Jessica berkata. Aku tersentak dan terdiam.
"oh! err okey lah tu."
"Khai buat satu jaringan gol." kata Jessica lagi.
"ouh, okey la tu." kataku lagi. Tiba-tiba telefon ku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
From:Khairil ?
Lian, kenapa tak balas mesej saya? kenapa tak datang tengok saya main? awak sakit ke? atau ada benda jadi?
Aku mengeluh. Telefon ku aku tekan off sebelum bergerak ke arah almari mengambil tuala untuk mandi.
Tak dak mood.
Jessica hanya memerhati tingkah laku ku tanpa berkata-kata. Tapi dalam hati dia, dia menyimpan satu perasaan yang lain.
******
KEESOKANNYA.
Aku melangkah keluar dari dewan bersama Jessica dan Amy.
"alaah, aku langsung tak faham kelas bahasa inggeris tadi! tapi ujian bahasa inggeris tahap 4 minggu depan lak.." Amy merungut.
"Lian.. Macam mana dengan ulangkaji kau?" soal Jessica pada ku. Aku mengeluh. "teruk sangat-sangat." balasku lemah.
"pelajar cemerlang macam korang berdua ni pun susah hati juga ke?" sampuk Amy. Aku menyiku nya perlahan.
"apa boleh buat? kalau tak lulus ujian ni, kita tak boleh nak graduasi." Kata Jessica lemah.
"takde ijazah, maka susah nak cari kerja elok." Amy pula berkata. "tak dapat cari kerja elok... Maka tak dapat cari lelaki baik. Alaahh?" sambung Amy lagi.
Dia ni selalu negative think.
"melebih pula kau ni Amy, asal tiba-tiba kata fasal lelaki lak ni?" soalku. "Lelaki melengkapi kecacatan seorang perempuan pada pandangan aku." balas Jessica pada soalanku.
Aku, Jessica dan Amy melepaskan keluhan.
"dah lapar la. Jom minum kopi di kafeteria." ajak Amy. "Kalau lapar makan lah, kenapa nak minum kopi pulak?" soal Jessica.
"aku dah gemuk sekarang. Kalau gemuk, tak dapat cari lelaki baik. Tak dapat cari lelaki baik jadi tak dapat jalani kehidupan baik maka apa ertinya hidup?" jawab nya selamba.
"ish kau ni Amy, selalu macam ni." Jessica membalas geram.
Manakala aku.
"...."
*****
KAFETERIA.
"Kenapa kau dengan Khai tak lepak sama? korang ada masalah ke?" soal Jessica padaku. "tak de lah." jawabku acuh tak acuh.
"tak de? dulu korang asyik berkepit dua je. Kenapa? Khai curang dengan kau ke?" mulut lancang Amy itu berkata.
"ish kau ni Amy, jangan merepek boleh tak?" Kata Jessica tegas. "gurau jela." balasnya tak bersalah.
"nasib kita memang berbeza. Kita semua ni pelajar Universiti, tapi Lian pula ada teman lelaki, pastu abang sepupu dia kacak. Kita lak? kosong!" kata Amy. Aku kerut dahi dengar kata-kata tak munasabah Amy itu.
"kenapa la wanita cantik macam aku masih solo dan terpaksa minum kopi dekat sini? nasib malang betul." sambung Amy lagi.
"baik-baik sikit, kau sendiri yang beria sangat nak jaga badan, sebab tu kita minum kopi dekat sini." Jessica menjawab dalam nada menyampah.
Aku menggelengkan kepala perlahan. Beruntung begitu tapi mati awal tak de guna nya juga. Aku mengeluh.
"Lian.. Aku tanya kau lagi sekali.. Kenapa kau dengan Khai sekarang? kau macam nak mengelak dari dia je." Jessica bertanya lagi. Dia membangkitkan lagi isu itu lagi.
"tak de la.. Sejak Firash datang aku dah tak de masa nak dating dengan Khai." aku menjawab sambil tersengih kambing.
"Jes.. Kau ni prihatin semacam je. Biar la diorang selesai kan masalah diorang." Amy menyampuk. Aku lihat Jessica mengeluh.
"aku dengan Khai tu dah macam adik beradik. Kau ni kawan aku Lian, Khai tu pula sahabat baik aku. Pada aku, korang berdua ni sama pentingnya. Aku harap sangat korang bahagia."
Aku tersentak dengan ayat Jessica itu. Aku mengeluh. "Jess.. Kau ni memang baik hati." aku senyum..
"terima kasih sebab risaukan kitaorang, tapi mungkin aku akan kecewakan kau.. Minta maaf... Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Ada sesuatu yang aku tak boleh beritahu korang.." sambung ku lemah.
Tak kan lah aku nak beritahu diorang yang Firash ialah husband aku dari masa hadapan?
Itu adalah perkara mustahil yang akan berlaku.
*****
HOTEL.
"Firash.. Saya ni." aku buka pintu bilik Firash. Mataku terpandang susuk tubuh nya yang terbaring di atas katil.
Nampaknya dia dah tidur. "Ujian dah dekat, jadi saya sibuk sikit. Maafkan saya sebab lama tak jumpa awak." aku pandang tubuh nya yang masih lagi senyap melayari mimpi indah. Aku pandang meja kecil di sebelah katilnya. Ada satu botol ubat di atasnya.
"apa ubat ni? untuk mengubati sakit apa?" soalku pelik. Ubat itu aku belek. "selain daripada jarang senyum dan bercakap, dia nampak sihat je." gumam ku perlahan.
Aku letak semula botol tersebut atas meja. Segera aku bergerak ke Kabinet yang terdapat dalam bilik ini. Aku buka.
"ape ni? satu makanan pun tak de even snek?" aku mengeluh. Nampaknya malam-malam begini aku terpaksa pergi ke kedai beli makanan untuk stok bilik ni lah.
******
Aku melangkah keluar dari kedai serbaneka sambil menjinjing beberapa bungkus beg plastik yang berisi makanan.
"Lian!!"
Aku berhenti melangkah. Aku pandang hadapan. "susah betul nak jumpa awak sekarang." Khai menghalang laluan ku.
Aku mengeluh. "tepi sikit, saya nak lalu."kata ku penat.
"asal sibuk sangat ni?" soalnya lagi. Aku mengeluh. "saya kena luangkan masa dengan abang sepupu saya. Minggu depan ada ujian.. Jadi saya memang sibuk sekarang." balasku.
"tapi awak dah berubah sekarang! awak cuba elakkan diri dari saya. Kenapa?? tak puas hati ke? jika ye terus terang jelah."
"kalau bercinta mesti berdua ke mana-mana ke? saya bukannya isteri awak!" aku berkata geram. Geram dengan perangai lelaki di hadapan ku ini.
Dia macam cuba control hidup aku. "tepi la!" aku mengarah nya. "awak tiba-tiba muncul mengendap dan pastu cakap bukan-bukan. Tak munasabah betul." aku menjeling nya sebelum mula menyambung langkah ku semula.
Namun tiba-tiba pergelangan tangan ku di genggam nya kuat. Aku tersentak. "tak munasabah? betul ke ni Izian yang bercakap?" kata nya perlahan.
Aku terkedu. Genggaman nya makin lama makin kuat. "ada sedikit melampau ni." aku menjeling nya.
Tiba-tiba tangan ku di tariknya mengikuti nya. Habis beg berisi makanan yang aku beli tadi. Jatuh bertaburan di jalan.
"aduh! apa awak buat ni?!" aku meronta minta di lepaskan. "sakit la! lepaskan tangan!! sakit ni!" aku menjerit marah.
"jangan nak bersuara di sini. Ikut saya balik Universiti sekarang!" dia menjawab bengang.
Tiba-tiba bahu ku di tarik seseorang kuat hingga terlepas genggaman di pergelagan tangan ku oleh Khai.
BUK!
Aku tergamam apabila satu tumbukan mengena cerun pipi Khai.
Habis jatuh Khai di buatnya. Khai pandang manusia yang menumbuknya itu.
"kau lagi?!"
"mana kau nak bawa pergi isteri aku?" kata lelaki tersebut.
Aku membulat mata.
Itu Firash?
TBC.
Share this novel