5

Fantasy Series 2149

"mana kau nak bawa pergi isteri aku?"

"huh.. Kau jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan adik sepupu kau." Khai membalas soalan Firash tadi sambil mengelap bibir nya yang sedikit berdarah.

"aku tak hingin nak cari fasal dengan kau. Tumbukan tadi kira bayar hutang aku dulu." kata Khai lagi.

"kurang ajar! aku beri amaran!! jangan sesekali sentuh isteri aku! kau boleh pukul aku tapi jangan pernah usik isteri aku!!" jerkah Firash kuat. Jerkahan nya itu turut menggerunkan aku.

Aku lihat urat saraf timbul di lehernya. Nampaknya dia betul-betul marah.

"Firash... Kenapa awak ada di sini?" soalku mendekati nya. Dia kena bertenang.

"saya baru bangun, saya tersedar bila awak keluar bilik tadi, jadi saya terus cari awak." jawabnya mengah menahan amarah.

Aku terkedu. "awak jangan bercinta lagi dengan lelaki tak guna ni! saya tak suka." katanya tegas.

"Ouhhh!" aku tersentak apabila Khai menepuk tangannya. "nampaknya kau la punca hubungan kitaorang bermasalah.." kata nya sambil mencerlung tajam memandang ke arah aku dan Firash.

"kau tau tak apa hubungan kitaorang hah?? aku ni boyfriend dia!" kata Khai lagi sambil menolak badan Firash ke belakang.

"tau tak apa maksud boyfriend?! kau ni bukan budak lembap... Mesti kau tau kan maksud tu apa?" sinis sekali nada yang di lontarkan oleh Khai.

Aku lihat Firash ketap rahangnya. "tau." jawab nya keras. "hmmp." sinis je balasan daripada Khai.

Mata Firash tajam menikam perbuatan Khai. "Kau hanyalah boyfriend dia. Ia bermakna kau bukan suami dia. Tak kira lah dari masa sekarang, atau masa depan."

"berani kau ye?" Khai dah mula membara dengar jawapan oleh Firash itu.

"tak de orang berani nak tegur aku, tapi kau jantan..." Khai mula mendekati Firash. Aku dah menggelabah.

"sudah lah tu Khai! jangan lawan dengan dia lagi!"

"Lian, awak ikut saya balik!" kata Khai tegas. "hah?!" tangan ku cuba di rentap nya namun aku elak.

Tiba-tiba terasa ada satu tangan melingkari bahu ku. Aku lihat Khai dah memandangku bengang. "lepaskan tangan kau tu sial!" katanya marah.

"aku takkan biarkan dia ikut kau! kau buat dia stress, sengsara dan sedih!" mata Firash tajam merenung mata Khai.

"dia ni isteri aku, jadi dia lebih bahagia bersama aku. Jom ikut saya balik." bahu ku di rangkul nya kemas sebelum kami mula melangkah menjauhi Khai.

"nak balik ya?" kata Khai menahan marah. Terus sahaja bahu Firash, Khai tarik lalu satu tumbukan di layangkan di muka itu. Melihat kejadian itu aku dah mula gelabah bila dua orang manusia itu masing-masing bertukar tumbukan.

"ahh Khai!!! Jangan pukul dia!" aku menjerit kuat. "Firash!! berhenti!"

Melihat perkara itu masih lagi berlarutan terus aku menarik nafas sebelum, "Berhenti!! jangan bergaduh lagi!!" kata ku kuat.

Terhenti juga pertelingkahan antara mereka. "Lian?"

"sayang?"

Aku terus berlalu. Penat. "jika saya tak de, korang berdua tak kan bergaduh kan?" kataku lemah sambil meneruskan langkah.

Mereka berdua terdiam.

*****

Aku pandang kertas-kertas yang bertaburan atas meja. Aku gosok kepala ku kasar.

Aduh runsingnya.

Patut kah aku bersama Khai ataupun aku kena menjauh kan diri daripada dia?

Macam mana pula dengan Firash? kemunculan dia menggubah segalanya.

Memandangkan dah tahu keputusannya, jadi kenapa perjalanan hidup aku ini begitu susah?

Nak ambil ujian minggu depan atau tak? aku dah makin serabut. Tak dapat tenangkan diri dan fikiran. Dah lah ini ujian bahasa inggeris tahap 4.

Aku mengeluh. Penat.

*****

"Lian!! kejap!" aku menoleh memandang pintu utama asrama apabila terlihat Jessica yang melambaikan tangannya padaku.

"mana Firash? tak nampak pun.." dia menyoal. Aku mengeluh, "aku malas nak jumpa dia." jawabku.

"oh.. Jom makan snek nak? dah lama kita tak luangkan masa bersama-sama." cadang Jessica. Aku menangguk. "okey, aku akan ajak Amy bersama."

"ehh tak payah lah. Dia tu bising je. Biarkan lah dia nak fokus study tu."

Aku menangguk tanpa ragu-ragu. Dan kami berdua pun berjalan ke tempat yang ingin dituju.

Setibanya kami di kafe, "Kami dah datang, maaf lah tunggu lama." kata Jessica tiba-tiba.

Aku kerut dahi. Perempuan ni menyapa siapa pulak? aku ke tepi untuk melihat siapa yang di sapa oleh Jessica itu.

Mataku membulat. Itu Amir dengan....

Khai?

"lambatnya korang. Lapar giler tahu tak?!!" kata Amir. Jessica tersengih lalu melabuhkan punggung di kerusi. Aku pula melabuhkan punggung di sebelahnya berhadapan dengan Khai.

"ada berita apa-apa ke yang aku tak tahu?" soal Amir. Jessica hanya menggeleng. Suasana kemudiannya kekok sekali.

"khai... Cakap lah sesuatu." Amir menggesa. Khai mengeluh. "Lian..." panggil dia tertekan.

"akhirnya bercakap jugak!" Jessica dan Amir bersorak gembira. "mana budak tu? tak datang sekali? korang kan mana boleh berpisah. Saya ingatkan korang berdua tu bagaikan satu roh je.."

Aku terkedu.

"jika dia mohon maaf, saya akan cuba memaafkan dia demi awak. Lagi pun, dia cuba merosakkan hubungan kita."

"apa awak cakap ni?!"

"budak tu! budak tu memang samseng! ikut suka hati dia je nak belasah orang. Lian, nampaknya keluarga awak tak pandai dalam mendidik orang seperti dia." kata Khai lagi. Aku yang mendengar dah berapi.

"err Khai, sudah lah tu." Amir bersuara menenangkan keadaan. "apa masalah awak ni? asyik nak salah kan orang je. Awak tau tak yang Firash tu siapa? dia tak kan mula kalau tak ada yang cari pasal. Masalahnya sekarang ni, yang awak cari fasal kenapa?!" balasku geram.

Mood nak makan terus rosak. "tepuk sebelah tangan, tak kan berbunyi. Saya ingatkan awak lebih matang tapi nampaknya awak lebih angkuh." sambung ku lagi.

"apa awak kata?!" nada Khai dah naik seoktaf. Mungkin tercabar dengan kata-kata ku tadi. "err dah jangan cakap lagi. Mari makan." Jessica bersuara.

"alamak, ingatkan boleh baiki hubungan diorang berdua." Amir mengusap belakang lehernya perlahan. Aku terus bangun. "maaf Jes, aku rasa aku tak boleh ada di sini bersama orang yang hipokrit macam orang tu. Sorry sangat-sangat. Kau makanlah." kata ku sebelum berlalu pergi.

"ehh Lian..." Jessica mengeluh. Khai menyuapkan kentang ke dalam mulut nya perlahan. Dia menggelengkan kepalanya lemah.

Apa lagi yang perlu dia buat untuk baiki hubungan antara dia dan Lian?

*****

"Khai... Asal cari aku ni?" soal Jessica apabila mendapat tahu dari Amy yang Khai nak berjumpa dengan nya.

"kenapa bawak buku banyak sangat ni?" soal Khai. Jessica senyum, "ulangkaji, ujian hampir tiba."

Khai angguk sebelum di tundukkan wajahnya. "kenapa ni?" soal Jessica pelik.

"aku.. Aku nak tahu apa hubungan antara Lian dengan Firash.."

"hah? apa maksud kau? diorang tu sepupu la." jawab Jessica pelik dengan soalan di tanya kan oleh Khai itu.

"aku rasa hubungan diorang bukan setakat sepupu." kata Khai lemah. "hah?"

"diorang terlalu rapat. Lelaki tu asyik nak bersama Lian je." Adu Khai pada Jessica. Jessica ketawa kecil.

"ya, rasanya memang diorang tu saudara rapat. Firash tu dah kenal Lian sebelum kau wujud dalam hidup dia lagi. Hubungan diorang pasti akan lebih mengatasi hubungan cinta kau dengan Lian." Kata Jessica.

"aku rasa tak semudah tu." Khai masih lagi ragu-ragu. "tak kan sebab semalam, kau jadi begini? Lian tertekan je semalam. Jangan ambil hati eh."

Jessica tersentak apabila Khai berjalan melepasi nya. "ah, aku ingatkan kau pun sependapat dengan aku. Okey lah, aku tak nak kacau masa kau belajar. Good luck."

Jessica tersentak melihat tubuh Khai yang telah menuruni tangga itu. Dia kemam bibir.

Kalau lah aku ini Lian, tentu Khai dah tolong bawakan buku-buku ini.

Sayangnya.. Aku bukan dia.

*****

"Hai." Firash tersentak apabila di tegur seseorang. Seseorang tu perempuan!

Dia pandang sekeliling. "ehh.. Awak pandang apa? saya tegur awak lah." kata nya lagi. Firash tersenyum kekok. "hai, saya Yasmin Adelia. Awak?" tangan di hulurkan..

Firash hanya memandang. "Firash Amsyar.." jawab Firash tanpa membalas semula huluran tangan tersebut.

Yasmin tersenyum kekok apabila huluran tangannya tidak di balas.

Untuk mengelakkan perkara ini mendatangkan benda yang bukan-bukan, Firash terus melangkah pergi.

"ehh sombong nye!" kata Yasmin kuat. Firash hanya buat tidak endah dah meneruskan langkah nya namun Yasmin segera mengejar..

"Awak!"

Terperanjat Firash jadi nya apabila hadir nya susuk tubuh perempuan itu di sebelahnya..

"awak berhenti lah!" kata Yasmin lagi. Firash mengeluh lalu menghentikan juga langkahnya.

"apa kau nak?"

"saya sebenarnya..." Yasmin gigit bibir bawahnya perlahan. "kau nak apa? jangan cakap tergantung boleh tak?" Kata Firash kuat.

Menyampah dengan perempuan di depan matanya ini.

"saya nak minta tolong awak..." kata Yasmin menyatakan niatnya.

"tolong apa?"

"saya sukakan Khairil.. Khairil Afif..."

Ha sudah....

TBC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience