"Jes... Amy mana? tak nampak dari semalam?" soalku pada Jessica. Kami berdua sedang menikmati sarapan pagi di kantin.
"oh? lupa nak beritahu kau, Amy ada emergency case, dia balik kampung pagi tadi. Class petang ni pun dia skip." jawab Jessica. Aku membulat kan mata.
"Apa?! balik kampung? ehh asal tak ajak? aku nak juga ke sana.." aku dah merengek. "alahh, kau tak penting, sebab tu dia tak ajak." Usik Jessica sedikit.
Aku mengeluh. Kita dah lah tengah rindu family. Dah alang-alang sekampung, ajak balik sekali je tak boleh?
"alah kau ni. Biarlah dia, mesti dia ada sebab kan?"
Aku hanya melepaskan keluhan. Bila aku dapat lari dari semua masalah ini?
*****
"just as it moves rapidy from the lungs, into the bloodstream, nicotine also easily diffuse through capillary walls, it thenn..."
Bzzz!!!
Fokus ku pada pembejalaran Profesor Wei terganggu apabila fon ku tiba-tiba bergetar. Aku pandang nama si pemanggil yang muncul di skrin.
FIRASH
Calling...
Aku mengeluh. Segera sahaja aku membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Namun, sehingga akhirnya aku tidak tahan apabila telefon aku tidak berhenti daripada bergetar, Aku terpaksa ambil tindakan untuk terus mematikan telefon aku.
Senang.
Tiada sesiapa boleh menganggu ku termasuk Firash sendiri. Aku perlukan ketenangan, dan aku tak nak keruh kan lagi keadaan. Jadi, lebih baik aku teruskan fokus ku untuk study.
*****
4 Hari kemudian..
Sedang aku berjalan keluar dari kelas sambil mendengar lagu menggunakan earphone, tiba-tiba tangan ku terasa di tarik seseorang.
Tersentak aku jadi nya sebelum memandang gerangan yang memegang tangan ku ini.
Aku cuba ingin melepaskan pengangan tersebut, namun tidak berjaya.
"Khai!! apa ni!!" aku meronta minta dia melepaskan pergelangan tangan ku. Dia hanya senyap dan mengetatkan lagi pegangannya pada pergelangan tangan ku.
Sehingga akhir nya, tiba kami di suatu kawasan yang rata, dia melepaskan tangan ku. Segera pergelangan tangan kanan ku, aku usap perlahan.
"kenapa awak bawak saya ke sini?" soalku. Mataku tajam memandang Khai. Aku lihat Khai hanya diam sambil mengusap leher nya perlahan.
"saja.. Saya cuba nak berbual dengan awak." jawab Khai sambil tersenyum sedikit. Aku mengeluh. "err, macam mana study? okey?" soalnya padaku. Aku hanya menggeleng.
"hmm.. Not bad." jawab ku. Suasana antara kami berdua kembali janggal. "Jadi..." aku pandang Khai apabila terasa suasana menjadi serius.
Aku lihat khai tunduk. Jadi apa?
"... Awak masih anggap saya sebagai seorangĀ teman lelaki dalam hidup awak ke?" soalnya.
Aku terdiam apabila perkara ini di katakan sekarang.
"masih ada ke perasaan sayang awak itu terhadap saya?" sambung nya lagi.
*****
"sunyi nya.." Jessica memandang keluar. Suasana alam yang segar di pandang nya.
"Amy dan Lian tak de dekat sini pula.. Kalau ada, boleh lah nak ajak borak-borak." Jessica mengeluh perlahan.
Namun mata nya tertangkap pada sesuatu yang menarik perhatiaannya. "ehh bukan ke tuu..."
Mata nya makin di kecil kan. Cuba melihat dua orang manusia yang sedang duduk berbalas mulut.
"tu kan Lian dengan Khai? apa diorang buat di situ?"
Jessica kemam bibir perlahan. "Nampak macam serius je, lebih baik aku cepat!"
******
"err, saya kena pergi dulu. Ada kerja nak kena buat.." aku senyum kekok pada Khai dan cuba berlalu. Namun, aku menghentikan langkah apabila Khai memanggil namaku pasrah.
"Nur Izian Nadra...."
Aku kemam bibir. "awak belum jawab lagi soalan saya." aku mengeluh. "saya tak faham dengan apa yang saya rasa sekarang..." aku menjawab jujur.
Khai melepaskan keluhan lemah. "saya penat.. Penat dengan perasaan saya." Khai berkata lemah. Aku hanya mendiamkan diri. "maaf Khai, saya ada urusan yang perlu di lakukan." balasku semula. Segera aku bergerak meninggalkan kawasan ini, namun bahuku di tarik sebelum tubuhku di tolak ke dinding.
Mata ku berair apabila melihat mata Khai yang berkaca-kaca itu. "sekarang saya nak awak jawab jujur, hati awak ada pada Firash ke?" dia menggoncangkan tubuh ku kuat.
Aku kemam bibir dan hanya mendiamkan diri. "Jawablah!!" dia menengkingku kuat dan serentak itu air mata nya jatuh.
Aku terkelu. Lelaki di hadapan ku ini mengalirkan air mata untuk aku? sedangkan dia lelaki yang kuat dan berhati kental.
Khai lepaskan bahuku dan raup mukanya kasar. Tertekan. "sa-saya..." Belum sempat ayat ku habis, Khai memotong dahulu.
"Pergilah Lian... pergilah kalau itu yang awak nak..." Khai berkata kesal. Hatiku tersentap.
"saya tak kan halang awak lagi. Saya tak kan ganggu awak lagi. Saya tak kan kejar awak lagi, dan saya tak akan munculkan diri saya depan awak lagi. Cukup lah setakatĀ ini, pengorbanan saya pada percintaan yang sia-sia ini.."
Aku tergamam..
Jadi, inikah pengakhiran cinta yang menyedihkan ini?
*****
"aku kena tolong selesaikan masalah diorang berdua tu, kalau tak, makin teruk jadi nya." Jessica mempercepatkan langkah lariannya.
Ketika dia ingin ke tempat tu lah, banyak benda yang melayar di fikiran nya. Masih segar di ingatannya bagaimana sakitnya dia menahan perasaan yang amat memedihkan.
"Jes... Khai pikat aku. Dia la yang tolong bawakkan buku aku hari tu, dan sekarang kami masih lagi dalam sual kenal."
Mata Jessica memerah berair terkenang perkara tersebut. Dia ketap bibir kuat.
Menahan perasaan sakit di hati.
"Khai?? ohh, err kitaorang sama-sama satu sekolah dulu, dia jiran aku, dan dia juga senior aku. Kami sama-sama dalam persatuan pelajar.. Err dia tu.. Okey la.. dia baik orang nya. Nanti aku tolong kau lebih rapat dengan dia."
Perit rasa nya untuk meringankan mulut menuturkan perkara yang menyakitkan. Tapi, tak mengapa. Asal dua orang yang dia sayang bahagia, dia tidak mengapa.
Biarlah pahit dia yang telan, manakala bahagia Lian dan Khai merasa.
Lian.. Kau tak tahu aku juga mencintai Khai dalam diam. 6 tahun aku pendam perasaan ini.
Aku tak secantik kau, dan aku tak seramah Amy.
Aku tau Khai tak de perasaan dekat aku, dia ada perasaan pada kau. Kau... Kawan baik aku.
Jessica laju mengelap air mata nya yang menitis tiba-tiba. Tiba je dia di situ laju sahaja dia berlari ke arah Khai.
"Khai!! Lian!"
Jessica terdiam. Ada Khai sahaja di sini.
"Khai?? mana Lian?" soal Jessica. Khai hanya mendiamkan diri nya membelakangi Jessica.
Jessica sentuh bahu Khai perlahan. Dapat dia kesan mata Khai kelihatan basah. Dia terlopong.
Khai mengalihkan wajahnya ke arah lain. "aku dan Lian dah berpisah." katanya lemah. Jessica dah membulat mata.
"apa?!" Terjerit Jessica jadinya. Jessica memandang susuk belakang Khai yang berjalan ke arah pintu keluar.
"apa kau cakap ni Khai?" Jessica masih tak puas hati. "aku rasa ini yang terbaik untuk kami." jawab Khai.
"jadi kau dah putus asa?" Jessica berkata kesal. Khai menghentikan langkahnya. "aku rasa korang berdua dah salah faham je. Bila dah selesai masalah tu, mesti korang akan okey semula." Jessica memujuk Khai.
Jessica lihat Khai ketap bibirnya perlahan. "bukan salah faham.. Tapi perasaan sayang tu macam dah hilang."
Jessica terdiam. "kami dah sampai satu tahap yang mana aku tak tau samada aku sayangkan dia atau tak. Dan dia pun tak tau samada dia masih sayangkan aku atau tak. Dunia percintaan memang ada pasang surutnya. Buat kali ni perpisahan adalah jalan terbaik."
Khai mengeluh. "walaupun dalam hati masih ada rasa sayang tu, tapi aku terpaksa lakukannya."
Jessica tersentap. Betul lah apa yang Khai katakan. "Jes.." Jessica mendongak memandang Khai yang memanggilnya.
"bukan mudah untuk mencintai seseorang kan?"
"...."
*****
Aku meneruskan langkahku tanpa arah tuju. Air mataku yang mengalir aku kesat kasar.
Hati aku rasa sakit.
Sakit yang teramat sangat. Jadi inilah perasaan nya selepas putus cinta?
Walaupun aku rasa lega dan bebas kerana sudah tidak terikat lagi dengan perhubungan percintaan sia-sia tersebut, namun ada sesuatu yang menyinggah di hatiku.
Ya..
Kehilangan.
Rasa kosong. Tapi tak mengapalah. Aku boleh fokuskan pada Firash, jodohku pada masa akan datang.
Jadi semuanya akan selesai. Ya, selesai. Tak lama lagi, ia akan selesai.
Namun langkah ku terhenti. Mataku memandang dua orang manusia yang sedang bergelak tawa di hadapan ku ini.
Siap bertepuk tampar lagi.
Hati aku bagaikan di siat-siat melihatnya. Hati aku sakit. Rasa luka ku kembali menyinggah.
Dengan mata yang berair laju sahaja aku menghampiri pasangan tersebut sebelum tubuh lelaki itu aku tarik.
Membulat mata dua manusia tersebut dengan kehadiran ku ini. Tanpa berlengah lagi aku tampar terus pipi lelaki tersebut dan serentak itu air mata ku jatuh.
PANG!
Semua lelaki sama je!
Tak kira Khai, mahupun lelaki di hadapan ku ini.
Firash Amsyar.
TBC.
Share this novel