PROLOG

Fantasy Series 2149

Aku buka mata perlahan. Terpaku memandang siling putih. Kepala ku mula berpusing-pusing. Rasa sakit menyinggah kepalaku. Rasa macam sakit otak sedangkan ini hanya lah sakit penyesalan.

Tiba-tiba aku sedar pintu bilikku di tolak seseorang. Laju sahaja aku menoleh ke arah tersebut. Muncul wajah Jessica di depan muka pintu. Di tangannya menatang sedulang bubur dan air kosong.

Aku menoleh ke arah lain. "bagus lah kalau kau sedar. Aku dah buatkan kau bubur. Kau makanlah. Amy keluar pergi beli ubat dengan member bilik atas. Aku teman kau makan okey?"

Dia melabuhkan punggung di hujung katilku. Aku hanya memandang si Jessica yang sedang bermain telefon.

Aku mengeluh.

Aku tahu, dia dingin dengan aku sebab perkara lalu. Aku tarik selimut lalu di selubungi menutupi keseluruh anggota tubuh ku.

"jangan jadi budak-budak Lian! Aku tak dek masa nak layan perangai budak-budak kau."

"kalau kau tak de masa. Sila lah pergi dari bilik aku. Sibuk kan diri kau dengan books. Exam dah nak dekat. Kenapa kau nak habis kan masa kau dekat kawan kau yang tak berguna ni?!" aku membalas dari dalam selimut.

Aku dengar Jessica mengeluh. "please wake up Lian, kawan aku bukan macam ni. It's already 1 year past dear. Sampai bila kau nak berharap 'dia' kembali?"

Aku berdecit. Mataku mula berair bila Jessica mula membuka cerita lama. Cerita 1 tahun dahulu. Di mana zaman aku kecundang dalam tangisan aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience