2

Fantasy Series 2149

Hah?

Itu Firash.

"Lian, aku rasa lebih baik kau turun jumpa dia. Betul tak?" soal Jessica. Aku pandang Jessica, lalu pandang Amy.

"kau relax lah. Kitaorang perhatikan kau dari sini." Amy menenangkan aku. Aku senyum. Dengan langkah yang berat aku keluar dari bilik dan pergi berjumpa dengannya.

Keluar je aku dari muka pintu utama asrama. Aku lihat Firash mendongak memandang ku. Aku berjalan menghampiri nya.

"saya nak beri penjelasan." aku memulakan percakapan dahulu. "ah maksud saya.." aku lihat Firash tunduk.

"maaf, bukannya awak tak baik. Tapi awak ni... Macam tak layak dengan saya. Baik awak tumpukan pada pelajaran awak." aku cuba berbincang baik dengannya.

Aku lihat dia pandang aku. "lagi pun saya dah ada boyfriend." aku berterus terang. Senang. Jadi, dia akan faham dan tak akan ganggu aku lagi kan?

"sayang..."

Aku terkedu. "hah? apa? awak cakap apa tadi?" soalku. "Lian sayang..."

Aku pandang matanya. Mata nya kelihatan sedih.

"hmm.." bahuku di pegang nya lembut sebelum tubuhku di tarik dalam dakapan hangatnya. "tolong jangan tinggalkan saya..."

"tengok!! diorang berpelukan lagi" Dari bilik, Jessica dan Amy yang melihat mengomen.

Aku dengar esak tangis dia. Aku pejam mata perlahan.

Oh, Aku boleh dengar degupan jantung nya itu.

Aku buka mataku apabila tersedar sesuatu. "ahh!!!" aku tolak tubuh nya menjauhi ku. "Liaan..."

"no, sini asrama perempuan! lelaki di larang masuk! tak, lelaki di haramkan masuk!" aku menggelengkan kepala laju sebelum berlari masuk ke asrama semula.

Buka je pintu bilik, aku di hidangi dengan 2 susuk tubuh manusia berdiri betul-betul di hadapan ku. Peluh mula menitis dari pelipis ku.

"ke-kenapa dengan korang berdua?" soalku melihat wajah Jessica dan Amy yang creepy itu.

"Lian sayang.. Terus terang aje lah, kitaorang dah nampak segalanya." Jessica memulakan persoalan.

"korang dah bercinta kan?" soal Amy pula. Kedua manusia itu menggerumuni aku. "jangan nafikan lagi! bagi semua maklumat tentang pertemuan korang." Bahuku Jessica pegang. Memaksa aku membuka cerita.

"cepat cakap... Kau dah bercinta dengan dia ke?" soal Amy pula turut menggoncangkan tubuh ku ini.

Aduhai.

Pening-pening.

*****

Aku membuka pili air membiarkan air memenuhi tab mandi ini. Lalu sabun mandi di picitkan sedikit sebelum di kocak menghasilkan buih dalam tab mandi ini.

Apabila air sudah memenuhi ruang tab mandi ini, pili air di tutup sebelum tubuhku di di rendamkan di dalam nya. Aku sandarkan kepala di kepala tab ini. Merehatkan diri dengan buih-buih wangi ini.

Akhirnya aku dapat juga lari dari diorang dua tu dari menanyakan soalan padaku.

Apalah aku nak jawab pada diorang bila aku siap mandi semua ini?

Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Kalau boleh, aku tak nak keluar dari tandas ini. Tak nak bersemuka dengan diorang berdua.

Hadui..

Aku mengambil masa beberapa minit. Suasana dalam bilik air ini sunyi sekali. Tenang je jiwa ku sekarang.

Namun, dikala jiwa tenang kenapa fikiran ku membelok ke arah lain. Terlayar di minda ku pelukan hangat tadi.

Aku buka mata. Pelukan itu.. Bagaikan pernah ku rasa kan sebelum ini.

Lembut.. Mesra..

Pernahkan kami bertemu sebelum ini?

Haih pelik betul, tak sangka aku berpelukan dengan dia ketika itu. Aku senyum dan geleng kan kepala perlahan. Tiba-tiba teringat pula mimpi semalam.

Adakah itu benar?

*****

Seorang lelaki duduk di bawah sepohon yang rendang. Dia memejamkan mata menenangkan diri dengan bunyi semulajadi alam.

Tiba-tiba muncul derapan tapak kaki manusia menghampirinya. Ketenangan terganggu, laju sahaja dia membuka mata.

Muncul wajah dua orang manusia di depannya. "sayang?"

Setelah penglihatannya jelas, Terus sahaja tangan dari salah seorang manusia itu menarik kolar baju nya sebelum satu tumbukan di lepaskan mengena wajah nya.

Buk!

Jatuh terduduk lelaki tersebut ke tanah. "Amir, ini ke mamat tu?" soal lelaki yang menumbuknya tadi. Lelaki di sebelahnya mengangguk.

"betul, dia la! pagi tadi, dia peluk Lian kat depan asrama perempuan, kalau semalam pulak, dia peluk Lian dekat Mc Donald."

Tangan di kepalkan menjadi penumbuk. "berani kau sentuh girlfriend aku?" kolar lelaki yang terduduk itu di tarik semula.

"kau siapa hah?! apa hubungan kau dengan Lian?!"
"Lian tu isteri aku.." balas Firash perlahan. "Jangan merepek lah!" jerkah si lelaki itu kuat sebelum tumbukan di lepaskan lagi pada muka Firash. Terjatuh lagi sekali Firash di tanah.

Darah mengalir dari tepi bibirnya.

Matanya memandang lelaki yang menumbuknya tadi.

*****

Tak kisah lah tu mimpi atau bukan. Malas lah nak ambil kisah. Aku gelengkan kepala perlahan.

"Apa agak nya dah jadi dengan Firash?" gumamku perlahan. Ceh, tadi kata malas nak ambil tahu. Dasar tak berpendirian tetap betul lah manusia yang bernama Izian Nadra ni.

Keluar je dari bilik aku di sapa seseorang. "Lian, nak pergi kantin ke?" soal Puan Wang. Aku terkedu, sebelum menggarukan kepala.

Kekok pula bila teringat mimpi semalam. "ahh, ya puan Wang."

Laju sahaja aku melangkah keluar dari asrama perempuan menuju ke taman, namun langkah ku terhenti apabila terperasan akan sesuatu.

"oh?"

Aku pandang 3 orang lelaki yang sedang bergaduh itu.

Khai??

Fir.. Firash??

Alamak! aku tak nak diorang berjumpa, tapi jumpa gak! Laju sahaja aku berlari ke sana.

"Khai dah lah! jangan pukul dia lagi!" aku pegang lengan Khai yang tinggi di udara ingin menambahkan lagi warna perisa di tubuh Firash itu.

"Lian?" Khai menoleh memandangku. "sudah lah tu!"

"jangan masuk campur! biar saya belasah je mamat sengal ni, berani dia sentuh girlfriend saya? siap semua kawan-kawan saya dah tengok! buat malu je.." Khai merenung ku marah. "sayang..." aku toleh memandang Firash yang dah memucat muka nya. Ada kesan bengkak pada wajahnya dan sedikit darah pada bibir nya.

"apa kau panggil dia?! sayang?! ohh sayang eh? nah amik sayang kau ni!" Khai mula mahu melayangkan penumbuknya pada muka Firash, namun aku segera menghalang.

"khai! cukup lah tu! nanti korang juga yang kena tindakan sebab bertumbuk dalam kawasan Universiti! Khai, berhenti!" namun aku terpandang sesuatu yang berada di atas tanah.

Segera aku capai objek tersebut.

Ini dompet Firash..

'ada gambar kamu berdua di dalam dompetnya.' terngiang-ngiang di cuping telinga ku apa yang Puan Wang katakan di dalam mimpi ku semalam.

Memang. Memang ada gambar aku dengan dia.

Tangan ku menggeletar. Tak mungkin.

Ini semua pasti mimpi. Tapi ini betul-betul realitinya. Laju sahaja aku berlari ke arah Firash. "Khai!! Jangan pukul dia!" Aku mendepakan tangan menghalang daripada Khai belasah Firash lagi.

"Firash!" aku segera mendapatkan nya. "awak okey?" soalku pada nya. "sayang.. Huh, a-awak dah datang.." ucapnya perlahan.

Bahu nya aku pegang.

"Lian... hantar saya pulang.." aku angguk laju sebelum tubuh nya aku papah. "yaa.. Kita balik rumah ya?"

"Izian..."

Langkah ku terhenti apabila terdengar suara keras seseorang. Aku tergamam.

"apa dah jadi sebenarnya?" soalnya keras. "ahh khai, err jangan lah marah. Dia, dia ni, abang saya. Ya! abang sepupu saya." aku menjawab gagap.

"abang sepupu? tapi dia panggil awak 'sayang'?"

Aku terkedu. "ahh, itu.. Itu sebab..." aku mencari idea. "err kalau dekat kampung saya, err kami mengamalkan percakapan manja. Err, ahh saya dan dia dah terbiasa panggil sayang-sayang ni. Dia dari kampung saya.. di-dia melawat saya.." aku cuba yakin kan dia.

Aku pandang Khai dengan mata yang di kerdipkan berkali-kali. Nak raih perhatian dia begini lah. "oh ye ke?" soal Khai. Aku angguk laju.

Aku lihat Khai ketawa. "hadui kau ni Amir, sekali sedara dia lah.."

Amir di sebelah Khai dah tergelak. "ha ha, salah faham kot. Kau belasah dia sampai lunyai dah pun, baru sedar yang dia tu hanya sepupu Lian je.. Hadui!" Amir menggelengkan kepala.

Aku menghembuskan nafas lega. "eh?!" aku tersentak apabila terasa tangan ku di tarik. Aku ikut langkah Firash yang melangkah laju meninggalkan Khai dan Amir.

Setibanya kami di satu lorong yang agak lenggang dengan manusia, Firash berhenti melangkah. "hu hu hu.." aku lihat dia termengah-mengah.

"dah cedera pun, masih nak lari jauh.." aku berkata perlahan. "kenapa kita kena berlari?" soal ku pada nya.

Aku lihat dia berdecit. "saya benci si bodoh, yang buruk dan garang dan tak munasabah tu." Dia berkata geram. "dia cakap fasal Khai lah tu." gumam ku perlahan.

"dah tak sedar diri agaknya orang tua tak guna tu.."

Eh-eh dia ni. Melebih-lebih nampak. "sayang... Saya mengantuk sangat.. Saya letih, pastu saya lapar dan dahaga." Firash mengeliat susah. Mungkin akibat di tumbuk tadi?

"saya rasa nak tidur, saya nak mandi lepastu makan dan minum air sedap " dia berkata kepadaku.

Aku hanya menggelengkan kepala. Sabar lah dapat suami macam ni.

Ehh?

*****

(HOTEL)

"awak berehat di sini. Saya dah bayar sewa sebulan untuk awak memandangkan saya lihat dalam dompet dan bank awak banyak wang."

Aku capai kotak first aid lalu ubat antiseptik dan putik kapas aku gunakan untuk rawatan luka Firash ini.

"masih sakit ke?" aku menyoal nya apabila selesai meletakkan ubat pada bibirnya yang pecah sedikit itu.

"sayang jangan tinggalkan saya.."

"hmm?" aku pandang dia. "tengok.." dia bawak keluar satu cincin yang di gabungkan dengan rantai leher. Bentuk cincin yang di tengah-tengah nya ada lambang rama-rama.

"cincin ini, cincin perkahwinan kita, saya sentiasa bawa cincin ini kemana sahaja saya pergi.."  dia letakkan cincin emas itu pada dada nya.

"ini ialah barang terpenting buat saya.. Ia lebih berharga dari nyawa saya."

Aku terdiam, terkedu, terkelu, tergamam dan sebagainya. Apa aku dengar tadi.

Seketika kemudian aku hanya mendengar hembusan tenang seseorang.

"zzzz..." aku pandang Firash yang dah tertidur. Aku tenung dia lama.

Entah kenapa dalam diri aku terasa ada sesuatu yang baharu muncul.

Tapi apa?

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience