10

Fantasy Series 2149

Jessica kemam bibir menahan perasaan sebak melihat Amy yang menagis teresak-esak di sebelah nya di bangku hospital ini.

Air mata bertakung di tubir matanya. Jessica peluk bahu Amy. Bahu itu di usap lembut. Memberi kekuatan.

"Bangun Amy, pergi jumpa ayah kau.." Bergetar suara Jessica berkata-kata.

Amy menggeleng lemah. "aku takutt.... Aku takut untuk jumpa dia. Aku takut itu adalah kali terakhir aku berjumpa nya.." Esakkan nya kembali dilepaskan.

Jessica usap bahu Amy. "sabar Amy... Sabar..." akhirnya jatuh juga air mata nya apabila tak sanggup melihat kawannya yang di belenggu perasaan sedih.

Dia pandang telefon di tangan. "Amy aku pergi tandas sekejap. Sekejap lagi aku datang."

Jessica dail nombor seseorang.

Tut tut tut tut

Jessica kemam bibir. "mana kau ni Lian?"

Nombor Lian kembali di dail. Dia ketap bibir menahan perasaan.

"angkat Lian angkat. Kawan kita perlukan kau..." masih lagi tiada jawapan dari dalam panggilan.

Dia tarik nafas.

"Lian please..."

*****

Aku selongkar begku mencari telefon. "huh?"

Button di tekan, aku tepuk dahi. "lahhh.. Bateri habis ke?"

Aku pandang sekeliling bilik Firash, mencari soket plug untuk aku cas telefon.

Siap je aku pastikan cas itu masuk, aku beralih pada sofa. Nampaknya aku terpaksa jaga dia untuk malam ini.

"Awak jangan menyusahkan saya lagi..." mataku memandangnya yang terbaring.

"masa awak dan saya cuma tinggal beberapa hari. Jangan sakit, saya tak nak awak kembali semula pada masa yang sepatutnya awak berada dengan keadaan awak yang tak sihat.."

Aku senyum hambar. "saya harap perkara ini berlalu dengan cepat supaya saya dapat hidup dengan selesa.."

Wajah Firash yang nyenyak tidur itu aku tatap. "saya harap hati saya tak sakit dan tak pedih lagi selepas ini. Saya nak hati saya rasa bebas. Rasa bahagia tanpa derita."

Aku kemam bibir. "boleh awak tunaikan?"

Aku mengeluh. Nampaknya aku dah gila. Dengan orang yang tidur pun aku cakap. Acah macam dia dengar apa yang aku kata.

Tiba-tiba pintu bilik ini di ketuk. Aku kerutkan dahi. Mata memandang jam di dinding.

Dah nak dekat pukul 3 pagi, siapa yang datang?

Dengan perasaan yang berdebar-debar aku pergi membuka pintu. Namun, mataku membulat apabila melihat gerangan orangnya yang berada di luar bilik Firash ini.

"Jess??" soalku terkejut. Jessica pandang aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsir.

"Err.." terkelu lidahku untuk bersuara apabila melihat mata Jessica melorot memandang susuk tubuh di belakang ku.

Aku gelengkan kepala ku laju. "tak Jes.. Err ini.. Ini tak, eh bukan apa yang kau fikirkan..." tergagap aku jadi nya untuk menjelaskan pada Jessica.

Dia pandang aku. "Aku tak kesah, dia abang sepupu kau, atau sesiapa untuk kau. Tapi yang aku kesah, dia bukan suami kau." aku terkedu mendengar kata-kata Jessica itu.

Lembut tapi tegas. "Even dia abang sepupu kau sekali pun, perlu ke berdua-duaan dalam satu bilik hah?!!!" Naik satu oktaf suara Jessica.

Aku gigit bibir apabila dimarah begini. Belum pernah aku tengok Jessica marah begini.

"patut lah aku tanya kau tadi, kau tak jawab. Rupa-rupanya kau jumpa jantan ni huh?! kawan jenis apa kau ni?!!".

"tapi Firash sakit!!" aku membela diri aku. Jessica angguk. "oh? lelaki tu sakit kau kesah?? habis kawan kau yang sakit hati tu kau tak kesah pulak?!!"

"Jangan libatkan Amy dalam hal ni boleh tak." suara ku menjadi keras.

"oh jangan LIBATKAN? habis kau di sini sedang berasmara dengan jantan tak guna tu??!! sedangkan Amy sedang bersedih dengan keadaan ayah dia yang bila-bila sahaja akan pergi?! wow!! kata kawan satu kampung?!! tapi kenapa kau berperangai macam ni hah NUR IZIAN NADRA?!!"

Aku tersentap. "a-apa?"

"ya.. Ayah Amy masuk hospital tadi petang, keadaan ayah dia kritikal sekarang ni. Doktor kata harapan untuk dia tipis sekarang ni? jadi, puas hati kau?"

Aku terkedu. Kelu lidahku jadinya untuk membalas kata-kata Jessica itu. "kau fikirlah sendiri, yang mana lagi penting? sama ada lelaki tu atau kawan satu kampung dengan kau. Aku tak nak masuk campur." Jessica berkata kesal lalu meninggalkan aku.

Aku pula terkaku di muka pintu.

Apa perlu aku buat?

Ohok! Ohok!

Aku tersentak. Laju sahaja pintu bilik Firash aku tutup dan pergi mendapatkan Firash yang terbatuk di atas katil itu.

"Firash?? awak okey?" bahu nya aku pegang. Mukanya memerah menahan kesakitan.

"o-okey je. Sejak bila sampai?" walaupun kedengaran payah untuk bercakap, Firash tanya juga.

Kesian aku jadi nya.

"dah lama sampai.. Awak nak makan? saya ada belikan bubur untuk awak. Awak makan sikit eh?" aku berdiri untuk mengambil bubur yang terdapat di atas meja di dapur, namun tangan ku di pegang oleh Firash tiba-tiba.

Tak jadi aku untuk melangkah. Aku memandangnya. "hei? kenapa ni?" aku menyoalnya. Firash diam.

"sayaaang.." dia panggil aku lemah.

"saya tak nak jadi penyebab hubungan awak dan kawan awak musnah. Pergi lah, kawan awak lebih memerlukan awak daripada saya. Saya mampu jaga diri saya sendiri."

Aku terdiam. "a-awak dengar?"

"saya terjaga lama dah, sejak awak cakap tentang hasrat awak lagi. Jadi, saya tak nak jadi halangan untuk awak bahagia. Saya sedar, saya datang waktu yang salah. Tapi saya janji, cukup je 30 hari, saya akan pergi."

Hatiku tersentuh dengan kata-katanya itu. "saya baru sedar, saya batuk-batuk sakit ini, tuhan beri peringatan kepada saya. Peringatan supaya saya sedar, tempoh saya bersama awak akan tamat tak lama lagi. Sebab tu, doktor kata saya tak ada penyakit."

Firash ketap bibir perlahan. "saya rela kan awak pergi Lian.. Saya relakan. Kita akan berjumpa juga nanti di masa akan datang. Saya baru sedar.. Saya kena redha dengan ketentuan tuhan. say--"

Belum sempat ayatnya habis, terus aku tarik tubuh nya ke dalam pelukanku. "pleasee.. Jangan cakap benda yang menyedihkan begini.. Saya dah janji yang saya akan jaga awak kan?? saya tak kan pergi.. Saya akan bersama awak sampai awak sembuh.."
Dapat aku rasa tubuh Firash menggeletar dalam pelukan ku. "sayang... Saya rindukan awak..." pelukanku di balasnya semula.

"saya rindu awak sangat-sangat... Jangan tinggalkan saya..." hati aku di hurung perasaan sedih tiba-tiba apabila mendengar kata-kata Firash itu.

Ya tuhan. Selama ini, dia tahan rindu dia untuk isterinya iaitu aku.

Apa aku dah buat?

"Shh shh.. Saya ada di sini kan?" aku memujuk nya. Mataku seakan berair.

Aku ni kejam kan orangnya? aku cakap aku tak sukakan Firash, tapi hakikatnya aku ambil peduli fasal diri nya.

Sekarang hatiku di lema.

Berbelah bahagi. Sama ada untuk stay bersama Firash, atau pergi memberikan semangat kepada Amy.

Dua-dua penting untuk aku. Jadi, apa jawapan aku?

*****

Pagi itu, aku menapak masuk ke dalam asrama perempuan. Sunyi nya suasana hari ni.

Nampaknya dah ramai student yang keluar belajar. Maklumlah, exam akhir tahun tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Aku pun, belum sempat sentuh buku lagi. Terlalu sibuk memikirkan hal-hal peribadi hinggakan hal-hal penting seperti akademik aku abaikan.

Ketika aku ingin ke bilik, tiba-tiba aku di tegur oleh penyelia asrama.

"Lian? awak cari roomates awak ke?" soal Puan Wang. Aku terkedu dan mengangguk kekok.

Puan Wang mengeluh. "saya turut berdukacita..." aku kerut dahi mendengar kata-kata Puan Wang itu.

"maksud puan?"

"Saya baru dapat panggilan dalam pukul 6 pagi tadi,yang ayah roomates awak Amy meninggal dunia. Saya ucapkan takziah atas kepergian ayah nya itu. Awak nak ke sana ke jumpa kawan-kawan awak? kalau nak ke sana saya boleh tolong hantarkan.."

Aku terkaku.

"a-apa?? a-ayah Amy me-meninggal?"

TBC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience