12

Fantasy Series 2149

Aku buka kedua mataku payah. Badan aku terasa sakit-sakit.

Apa dah jadi ni?

Dapat je retina mataku kesan keadaan sekeliling ku, aku terkedu.

Ehh aku dekat mana?

Adakah di syurga?

"eh, adik dah sedar?" aku tersentak lalu menoleh. Seorang nurse menghampiri ku. "saya ada dekat mana?"

"adik sekarang berada di hospital. Adik terlibat dalam kemalangan semalam. Ada saksi tolong telefon kecemasan dan kami bawa kamu ke hospital. Nasib baik adik cedera ringan, tapi budak lelaki yang ada sekali dengan adik itu cedera parah.."

Aku terkaku.

Fi-Firash?

"ikut kata saksi, budak tu di langgar lori selepas dia tolak adik ke tepi jalan. Sebab tu adik cedera ringan.. Sekarang ni dia ada dalam bilik Kecemasan. Doktor tengah membedah dia."

Tanpa pedulikan kata-kata seterusnya nurse tersebut, aku terus berlari keluar dari bilik itu memcari bilik kecemasan.

Ya tuhan...

Firash!!

Apabila mataku teracap sahaja pada pintu bilik yang di tanda kecemasan, laju sahaja aku menolak pintu dan masuk.

Longgar terus lutut aku jadi nya. Mataku terpaku pada susuk tubuh Firash yang sudah di tutupi dengan kain putih.

Oh. Tuhan...

Takkan lah?

Hatiku berkecamuk. Dengan mata yang berair, aku menghampiri Firash. "Firash? kenapa ni? dengar tak?"

Akhirnya air mataku menitis. Menitis akibat mengesali perkara yang berlaku.

Perit nya rasa ini. "maaf la.. Saya dah terlewat! bangun la Firash!" Tubuh tu aku goncang.

Hatiku makin sedih.

"Firash dah mati!!! hik, jangan tinggalkan saya.. Saya belum sempat nak bahagiakan awak!"

Aku jatuh terduduk lemah.

Kenapa tuhan tak ambil nyawa aku? kenapa ambil nyawa Firash?

Apa yang akan jadi pada masa depan jika dia mati sekarang ini.

Makin teresak aku menagis apabila terfikirkan nya. "Firashh.. Jangan mati... Jangan mati!!!"

Hatiku meronta..

Peritt sangat rasa nya.

"ehh, cik? cik ada hubungan dengan pakcik ini ke?" aku terkedu. Aku pandang seorang doktor yang memandangku. "hah? apa? pakcik?"

"orang tua ni baru sahaja meninggal dunia akibat serangan jantung.."

Berpinar mataku mendengar nya.

Jadi, sia-sia jelah aku meraung, menagis, melalak tadi?

"..."

Buat beberapa minit, aku cuba sedarkan diri aku tentang dunia yang aku berada sekarang.

"doktor, ada tak seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 18-19 tahun di hantar ke sini?" terus sahaja aku menanya apabila sedar emosi aku mula stabil.

"oh, ada. Dia sekarang berada di dalam bilik bedah."

"terima kasih."

*****

Aku pejam mata. Tangan ku di satukan dan di gosokkan perlahan-lahan.

"tolong lah.. Selamatkan Firash... Tolong la.." aku meminta dan berharap di luar bilik pembedahan ini.

Aku pandang pintu bilik bedah itu. Masih lagi ada pembedahan yang di jalankan.

Tolong la..

Tuhan.. Dia sanggup gadaikan nyawanya demi selamatkan aku. Aku merayu!

Tolong la, harapannya belum ditunaikan lagi. Makbulkan lah permintaan aku.

Apabila pintu bilik bedah di buka segera je aku menghampiri pembantu doktor yang menolak katil Firash ke satu bilik. Aku pegang tangan Firash yang terasa sejuk itu.

"cik ada hubungan apa-apa ke dengan pesakit ini?" soal seorang nurse. Aku terkedu sebelum aku angguk kekok.

"doktor nak jumpaa." aku angguk sebelum mengikut nurse itu ke arah satu bilik.

******

"Apa? Firash mengalami kemurungan?" Aku menjerit terkejut.

"kami menjumpai ubat ini di poket bajunya." doktor itu menunjukkan satu botol ubat. Itu bukan ubat yang Firash selalu makan tu ke?

"setelah kami menjalankan eksperimen, kami dapati ubat ini mengubati kemurungan. Keadaan dia di kira stabil selepas menjalankan pembedahan tapi jika ubat ini memang milik Firash, maka situasi dia tidak begitu baik."

Aku terdiam. Seperti menerima satu tamparan yang hebat. "jika dia di sahkan mengalami kemurungan, kami terpaksa mengawasi nya dengan lebih kerap. Tapi tarikh pengeluaran ubat ini ialah pada tahun 2025. Kod produk pun nampak pelik. Dari mana dia dapatkan ubat ini?"

"doktor... Apa itu penyakit kemurungan? adakah ia amat serius?"

*****

"kemurungan adalah penyakit mental. Punca utama nya ialah kesedihan. Penyakit ini bukan sahaja mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang malah keadaan fizikal dan kelakuan individu tersebut. Ia ialah penyakit ketiga yang aktif di dunia pada abad ke-21 ini."

"setiap orang pasti mengalami halangan dalam kehidupan...."

Aku mengeluh apabila teringatkan kata-kata doktor tadi.

".... Seperti kehilangan ahli keluarga tersayang ataupun perubahan besar dalam kehidupan.. Jika individu tersebut tak mampu melepaskan tekanan, lama-kelamaan dia akan menghadapi kemurungan."

Aku melepaskan keluhan.

"... Di mana ia mempengaruhi emosi dan kelakuan lalu menyebabkan kemurungan. Jika situasi amat serius, ia boleh membawa kepada kejadian bunuh diri."

"berbanding dengan ubat anti-kemurungan, rawatan fizikal pesakit lebih penting. Tak kira sama ada ahli keluarga atau tak, kita mesti berikan kasih sayang kepada nya, jangan tolak permintaannya. Ia dapat membantu proses pemulihannya."

"Firash, kesiannya awak.. Tak sangka penderitaan awak seteruk ini. Saya pula menengking awak. Tak memahami perasaan awak, sedangkan awak sedaya upaya memahami kehendak saya." air mata ku bertakung. "Saya terlalu pentingkan diri sendiri.."

Akhirnya aku berhenti berjalan dan melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di taman hospital ini.

Ya tuhan...

Kenapa aku bersikap pentingkan diri sendiri? Aku meraup wajahku kasar. Menagis aku di situ, apabila perasaan serba salah menapak di hatiku.

Kenapa sekarang aku baru sedar?

******

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dengan keadaan yang lemah. Aku baru sedar, aku kena berhadapan dengan Jessica dan Amy pula.

Aku buka je pintu, tak de langsung susuk tubuh Jessica atau Amy. Aku mengeluh. Aku letakkan beg aku di atas katil lalu tuala dicapai dan aku pergi membersihkan diri.

*****

Sebaik sahaja aku selesai mandi, aku terkedu melihat susuk tubuh Jessica yang berada di atas katil bersama telefon di tangan. Kalau di perhatikan, nampak macam telefon aku di tangannya.

"apa ni Lian? kau baru lepas masuk hospital dengan Firash??" Jessica berkata. Aku terdiam.

Takut untuk bersuara. Aku takut aku terlepas cakap benda yang bakal menyakitkan hati Jessica.

"Kenapa kau langsung tak beritahu aku yang kau masuk hospital? kalau aku tak jawab panggilan daripada doktor kata kau belum bayar duit keluar hospital, sampai bila-bila pun aku tak kan tahu kan?"

Aku kemam bibir. Mata ku berair. Takut di tengking lagi. Tiba-tiba bahuku di pegang Jessica. Aku terkedu. "kau okey tak? ada rasa sakit dekat mana-mana tak?"

Air mataku jatuh. Kenapa Jessica masih lagi ambil tahu fasal aku sedangkan aku dah melukakan hati dia. Aku kan kawan tak berguna. "pleasee Lian, jangan nagis. Aku tak suka orang menagis depan aku, aku takut, aku akan menagis sekali." Jessica beri amaran.

Aku tergelak kecil bersama tangisan. "kau dah tak marah aku ke?" aku menyoal nya.

"marah? memang aku masih marah dengan kau. Apatah lagi aku memang tak nak berkawan dengan kau." Jessica beralih arah berjalan meninggalkan aku.

Hatiku di runtum perasaan hiba. Nampaknya, kesalahan aku meruntuhkan tembok persahabatan yang kami bina. "Lembap! mana boleh aku lupakan persahabatan kita begitu je!" Jessica pusingkan badannya memandangku bersama sengihan.

"kau tau tak persahabatan tu apa? kawan adalah orang yang selalu bersama kita dan bantu di saat susah dan senang.." aku terharu. "walaupun kau ni lembap, dan selalu buat aku rasa menyampah dan sakit hati, tapi aku tetap kena bantu kau.."

Aku pandang Jessica. "... Sebab kau kawan aku."

Air mataku jatuh lagi sekali. "Jes.. Kau memang kawan yang baik." Terus tubuhnya itu aku peluk. Melepaskan tangisan di bahu itu.

"hoi!! jangan ingat pelukan aku ni percuma! tapi memandangkan kau ni kawan lembap aku, aku bagi kau diskaun 20% okey?"

"alaa! kau ni..."

*****

Aku pandang doktor yang sedang memeriksa keadaan Firash itu. "doktor, macam mana keadaan Firash? kenapa dia masih lagi koma?" aku menyoal.

"dia dah pulih dan luka kat badannya pun dan beransur baik tapi saya tak pasti sama ada dia mampu sedar atau tak.. Pesakit ini mengalami kemurungan. Jadi terpulang pada diri nya sama ada ingin sedarkan diri atau tidak. Kita tak boleh buat apa-apa. Sekarang ini terpulang pada dirinya sahaja."

Aku ketap bibir. "kalau Firash enggan bangun, adakah dia akan koma selamanya?"

"ada kemungkinan juga. Jika dia pernah mengalami tamparan besar sebelum ini, keberangkalian dia sedar amat tipis. Beritahu saya segera jika apa-apa berlaku padanya."

Aku diam memandang doktor yang bergerak pergi meninggalkan bilik ini.

"Lian.. Jangan risau, Firash mesti sedar. Mungkin pagi esok dia akan bangun." Jessica sentuh belakang tubuhku perlahan.

Aku mengeluh. "yaa.. Aku pasti.."

Firash mesti akan sedar, kemudian dia akan panggil aku.

'sayang....'

Aku tersenyum nipis. Tuhan, kuatkan lah hatiku.

TBC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience