Sayang?" Firash memadangku sambil tangan nya memegang pipi nya yang pijar di tampar.
"oh my god!! what are you doing?! asal tampar dia?? Firashh... Are you okay?" perempuan bersama Firash tadi, terus mendekatinya.
Hatiku merasa pedih melihat wajah Firash di sentuh nya. Namun segera tangan itu di tolak menjauhi wajahnya.
Aku pejam mata perlahan. Ya tuhan.. Sakit nya perasaan yang kau beri ini.
Tanpa berkata apa-apa terus aku membawa diri pergi. "ehh Liann!!" Firash menjerit memanggil ku namun, aku endahkan.
I'm done..
*****
Aku mengurungkan diri aku di dalam bilik ini seorang diri. Jessica tiada bersama aku, mungkin di kelas. Aku terpaksa ponteng kelas pada petang ini akibat emosi aku yang tak mengizinkan.
Aku tarik nafas perlahan apabila terasa hidung ku makin tersumbat dan menyusahkan aku untuk bernafas.
Air mata ku mengalir lagi. Aku dah malas nak lap. Kenapa aku rasa sedih sangat ni?
Adakah di sebabkan perpisahan aku bersama Khai?
Atau..
Kecurangan Firash terhadap aku?
Aku tahan esakkan. Ya tuhan.. Pedih nya rasa yang kau berikan ini?
Ibarat, kau mengambil nyawa mama suatu ketika dahulu..
"ark.." tersedu-sedu aku menagis di sebalik selimut yang menutupi seluruh tubuh ku.
Aku rasa down sekarang ni.
Telefon ku yang berbunyi menyentakkan aku. Aku kemam bibir sebelum telefon itu aku letak di bawah katil menjauhi ku.
Aku pejamkan mataku. Hingus di hidung aku hembuskan perlahan pada tisu.
Cuba nak tenangkan diri dan minda aku.
Aku berharap, apabila aku bangun esok, aku berada pada waktu di mana aku tak kenal siapa itu Khairil Afif dan siapa itu Firash Amsyar.
*****
Terasa seperti ada sesuatu yang sejuk hinggap di dahi ku. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata. Dapat ku lihat susuk tubuh Jessica yang berada di samping ku sambil memegang mangkuk yang berisi air.
"Jes.." kataku lemah. "ehh, kau dah sedar?" aku angguk perlahan. Tangan di tekankan pada tilam cuba untuk bangun, namun bahuku di tekan semula ke katil.
"no no no! aku tak izinkan kau bangun dari katil ni mulai saat ni, sehingga kau baik demam." Jessica berkata tegas.
Aku kerutkan dahi. "demam?" soalku pelik. "ye Lian sayang.. Demam, kau demam.."
Laju sahaja aku pegang leher ku dan dahi ku. Oh tidak! panas!
Aku mengeluh. Haih.. Demam la pulak.
"so, nak makan bubur tak? aku nak mintak kebenaran Puan Wang pergi beli?" Jessica menyoalku sambil getah di meja di ambil mengikat rambutnya.
Aku geleng perlahan. "tak nak lah makan bubur. Asal sakit je, bubur.. Kenapa orang sakit demam sikit kena makan bubur? bagi lah pizza ke, burger ke? baru menyelerakan sedikit.." aku menggumam malas.
Aku lihat Jessica dan bercekak pinggang. "amboi amboi, tak padan dengan sakit.. Nak makan pizza la, burger lah, apalah. Haihh, tak de tak de.. Aku tak kan beli benda tu untuk kau. Aku beli kau bubur okey? fullstop!" selepas sahaja Jessica berkata begitu, laju sahaja dia melangkah keluar dari bilikku.
Aku hanya tersenyum lemah dengan ulah Jessica itu. Nasib lah dapat kawan macam di tu...
*****
Jessica bergerak ke arah kedai 24 jam yang masih lagi buka sekarang ni. Dia pandang kereta hitam milik Puan Wang yang berada tidak jauh dari nya.
Untuk elakkan Puan Wang tunggu lama, jadi dengan langkah yang segera dia mendapatkan barangan yang dia ingin kan.
"Err.. Jessica.."
Jessica tersentak apabila nama dia di panggil. Dia yang beratur menunggu giliran untuk bayar menoleh ke belakang.
Kening nya di kerut kan sedikit. "Ohh, awak abang sepupu Lian kan?"
Firash yang mendengar kata-kata Jessica itu hanya tersenyum kekok. Laju sahaja dia menanggukkan kepala. "ye, awak cari saya nak apa?" soal Jessica lagi.
Firash menarik nafas lemah. "saya call Lian dari tadi, tapi dia tak angkat-angkat. Awak tahu tak dia ada di mana? saya risaulah." Firash meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak dari kejadian petang tadi.
"oh Lian? Lian ada di asrama, dia demam. Badan dia mendadak naik panas. Pagi tadi okey, tapi lepas jumpa..."
Ayat Jessica yang tergantung itu mengundang gusar di hati Firash. "jumpa?"
Jessica pandang Firash. "okey, ermm, di sebabkan awak abang sepupu Izian, jadi saya setuju jelah nak share everything dengan awak. Tapi sebelum tu, saya nak bayar dulu."
Firash hanya angguk, lalu dia keluar dari kedai 24 jam ini dan bersandar di dinding luar. Apabila melihat tubuh Jessica laju sahaja dia memanggil.
"Jes... Ceritalah, apa jadi."
Jessica mengeluh, dia pandang jam di pergelangan tangannya ini. Already 9.28 p.m.
Ada baki masa lagi 2 minit. "saya tak tahu apa jadi antara mereka berdua, tapi yang saya tahu mereka berdua baru putus petang tadi."
Firash kerutkan dahi. "putus? siapa yang putus?" soal Firash pelik. Jessica tepuk dahi. "haih awak ni, nak kata bodoh tak sampai hati. Siapa lagi yang kita nak bincangkan kalau bukan Lian?"
Firash melopong. "apa?! dia-dia.. Dia putus dengan Khairil Afif tu dah?!"
Jessica hanya angguk. Rasa lemah semangat. Tak sampai hati nak tengok kawan kita jadi macam tu. Tapi nak buat macam mana benda dah berlaku.
Nak pujuk Khai, nampak sangat dia dah feed up dengan semua benda ni. Nak pujuk Lian, Lian demam pula.
"boleh saya minta tolong awak sesuatu?" pinta Firash. Mata lelaki itu berharap akan sesuatu.
Jessica pelik. "apa?"
*****
Aku buka mata perlahan apabila terdengar pintu bilik ku di buka. "Jes.. Lamanya kau pergi.. Aku dah tak de selera nak makan."
Terasa tilamku jatuh sedikit. Aku kerling tubuh Jessica yang berhampiran ku ini, namun mataku terbuntang luas dan baru sedar akan sesuatu.
Ini bukan Jessica!
"Firasshh?!! awak buat apa di sini?" aku ternaikkan nadaku satu oktaf. Aku pandang jam dinding. Dah pukul 10 malam..
Jessica mesti pulang tak lama lagi, habislah kalau Jessica nampak Firash bersama aku dalam bilik kami!
Aku ulang. BILIK KAMI!
"Saya akan jaga awak malam ni sayang.." rambutku di usapnya lembut. Namun belum panas tangannya di rambut ku itu, aku tepis kasar.
"get out now! saya tak nak Jessica fikir yang bukan-bukan tentang saya! lagi pun, ini asrama perempuan dan lelaki di larang masuk! macam mana awak boleh masuk hah?" hamburku padanya.
Marah.
Makin tambah rasa stress di kepalaku. Dengan demamnya lagi.
"saya nak minta maaf lah pada awak. Sebenarnya saya yang minta kebenaran Jessica untuk jaga awak malam ni. Jessica akan tidur dengan roomates yang lain. Mungkin di tingkat atas. Lagi pula, Puan Wang penyelia asrama perempuan benarkan saya jaga awak untuk malam ni."
Aku terkelu. "ta-tapi saya tak selesa dengan awak."
Tubuhku tiba-tiba di tarik merapatinya. "saya tahu awak perlukan saya. So, here I am.." badanku di tarik pada pelukannya sebelum kepalaku di usapnya perlahan-lahan. Penuh dengan kasih sayang.
Mataku terkebil-kebil pandang dadanya yang berada di hadapan mata. Dapat aku dengar dengupan jantung nya yang tenang sekali.
"sayang??" dia memanggilku. Aku hanya menggumam tanpa membalas apa-apa.
"saya minta maaf atas kejadian yang menyakitkan petang tadi.." mendengar kata-katanya itu terus badannya aku tolak kasar.
"sorry! sa-saya.. saya tak dak niat nak duakan awak. Sumpah! kejadian petang tadi tu tak dak kena mengena dengan perasaan saya terhadap awak sayang.."
Aku gelengkan kepalaku perlahan. Selimut di tarik menyebulungi diriku. Hati ku kembali sakit dan lukaku kembali berdarah. "keluar." sepatah sahaja aku tuturkan.
Badan ku mengigil menahan perasaan. "tap-"
"keluar." arahan kedua yang sama keluar dari mulutku. "tak! awak cakap la apa-apa pun, tapi keputusan saya tetap sama. Saya tak kan keluar dengan keadaan awak begini. Tolong lah faham. Saya kesian kan diri awak sayang."
Air mataku perlahan-lahan menitis. Ya tuhan.. Lelaki ini, semakin lama buat rasa di dalam diri aku bertambah. Namun, dia juga yang menyebabkan lukaku kembali bernanah.
Penat.
"tidurlah sayang.. Saya tahu awak penat. Penat badan dan juga penat perasaan. Awak baru sahaja pu--" ayat Firash terhenti. Aku kerling wajahnya dari dalam selimut.
Dia menundukkan wajahnya. Aku pejam mata laju apabila terasa kepala ku di usap lembut.
"Jujur saya kata, saya happy bila dapat tahu awak putus dengan lelaki tak guna tu. Tapi dalam masa yang sama saya bersalah dan sakit. Saya rasa bersalah apabila awak dengan dia putus di saat saya datang menjadi orang ketiga.. Saya minta maaf..." wajah Firash di tundukkan. Aku lihat dia mengukirkan senyuman yang hambar sekali.
"tapi saya juga rasa sakit.. Saya rasa sakit apabila melihat air mata awak turun. Saya tak tahu sama ada air mata tu mengalir atas perpisahan awak dan Khairil Afif atau disebabkan....."
Firash menarik nafas perlahan. "... Kesalahan saya.. Saya minta maaf.."
Aku kemam bibir. Hatiku rasa sakit. Tapi di sebabkan siapa?
"saya akan ada di sisi awak tak kira apa pun berlaku sehingga lah tempoh yang tuhan izinkan untuk saya bersama awak tamat sayang. Saya janji dalam baki tempoh yang sedia ada ini, saya akan penuhkan hari awak dengan senyuman dan kegembiraan saja. Itu janji saya."
Aku ketap bibir.
Tuhan..
Lelaki ni..
Perlukah aku teruskan bersama lelaki ini? atau berhenti berusaha untuk membahagiakan nya?
Sometimes there is nothing you can do but let it rain and wait for the sunshine.
TBC.
Share this novel