11

Fantasy Series 2145

Aku mendekati Amy dan Jessica yang berada di pangkin rumah Amy ini.

"Amy.. Jess.." aku menegur mereka. Mereka berdua memandangku. Aku tersentak apabila Amy mengalihkan pandangan nya ke arah lain.

Aku tahan perasaan di hati. "kau datang sini buat apa?! pergilah hidup dengan jantan tak guna tu. Aku bukan kawan yang kau ambil kesah pun.." Amy berkata.

Pedih hatiku mendengar kata-katanya itu. "aku minta maaf sebab tak bersama kau. Kau kena faham aku juga manusia, ada masalah juga yang harus aku selesaikan." aku melembutkan suara untuk memujuk Amy.

Amy menjelingku. "itu semua alasan. Kalau aku tak penting, tak perlu kau nak berdolak dalik menukarkan fakta. Aku tak suka orang fake macam kau, jadi sahabat aku."

Hatiku berkecai mendengar kata-kata Amy itu. "tak kan semudah tu kau nak lupakan persahabatan kita? Jangan melawaklah Amy. Aku tak suka main-main." aku serius.

Amy bangun dan bertentang mata dengan aku. "tak.. Aku tak main-main kali ni. Kali ini, aku betul-betul feed up dengan kau Lian. Tolong pergi dari sini, aku tak perlukan kau lagi." Selesai menuturkan kata-katanya itu, Amy terus berlalu.

Aku terkedu. Perit gila hati untuk menelan kata-kata Amy itu. Aku pandang Jessica yang senyap sedari tadi lagi.

"Aku tak pasti sama ada Firash tu punca hubungan kita musnah. Dan aku tak tau betapa penting nya Firash tu pada kau." Jessica berkata.

Aku terdiam. "Aku faham.. Jes, kau ni jenis optimistik, kau tak kan faham situasi aku sebenarnya." aku mengeluh.

"apa?? aku? aku optimistik kau kata?" Jessica memandangku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. "yang aku nampak, kau sengsara, tak boleh terima kenyataan. Kita akan gembira kalau hidup bebas tanpa masalah, tapi akan rasa menderita kalau cari masalah." Bahas Jessica akan kata-kataku tadi. "yang aku nampak, kau ni selalu ragu-ragu, rasa bimbang, dan tak dapat buat keputusan dan cari masalah." sambung Jessica lagi. Suara nya semakin di tekankan.

Aku mengeluh. Tertekan. "sudah lah Jes, kau tak kan pernah faham keadaan aku." Aku ingin melangkah pergi, namun tangan ku di rentap Jessica kasar.

Terngaduh aku jadi nya. "memang!! memang aku tak faham! tapi pernah tak kau cuba nak memahami orang lain? kau ni memang bernasib baik tau tak? dah la cantik, kau dari keluarga yang senang, kau pun cerdik. Dalam kalangan kita bertiga kau yang paling beruntung. Tapi tu pun kau tak sedar-sedar lagi?!! ada orang kena berusaha bermati-matian demi dapatkan apa yang kau dah dapat dengan mudah! itu pun, kau masih nak merungut lagi?!" Jessica menjerit ke arahku.

Matanya berair. Dia pegang bahuku. "kau terbawa-bawa dalam masalah kau sendiri! jangan asyik ingat kau sorang je betul dan semua orang menyusahkan kau! kau nak tau sesuatu tak? kalau boleh aku nak sangat duduk dekat tempat kau! tapi kau tak pernah peduli semua tu!!" Bahuku di goncangnya kasar, sebelum air matanya menitis satu persatu.

Mataku turut berair apabila melihat keadaannya begitu. "sebelum kau nak cakap apa-apa. Fikir dulu perasaan orang lain, terutama Amy yang bersedih atas kepergian ayah nya!! kau betul-betul buat aku kecewa Nur Izian Nadra."

Akhirnya....

Jessica juga turut pergi meninggalkan aku. Aku jatuh terjelopok di atas tanah. Kedua tanganku di raup menutup wajah.

Air mataku mengalir laju.

Hatiku bergelumang dengan pelbagai perasaan. Salah aku ke? aku ke punca perkara-perkara ini berlaku?

Hatiku pedih dan sakit.

Jadi, beginilah rasanya apabila kawan rapat pergi meninggalkan aku sendirian. Aku makin rasa sunyi hidup di bandar besar sana. Aku tak mampu lagi melihat masa depan aku.

2 tahun lepas, aku datang ke sini, dengan membawa harapan menggunung demi menuntut ilmu. Bila dah dapat sesuaikan diri, ini pula yang berlaku.

Aku takut..

Takut apabila segala keyakinan diri yang aku pupuk dalam jiwa hilang dalam sekelip mata.

Rasanya macam dalam sebuah tragedi hitam yang gelap dan sengsara. Telefon ku di capai, sebelum nombor seseorang di dail.

"Firash? ini saya.."

Aku sendiri tak faham, kenapa akhirnya aku mencari dia.

"Jom jumpa, saya ada kat...."

Mungkin ke sebab dia punca segalanya? ataupun dia sahaja yang aku ada sekarang?

*****

"sayang?" aku menoleh apabila terdengar ada suara yang familiar memanggil aku begitu.

Aku tersenyum hambar. Bila bersama orang yang tak membenci ku, aku berasa lega..

Dalam diam, dia menemani aku menaiki bas. Kami langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan. Dia faham, dan tetap setia menemaniku.

Rasanya setiap orang ada corak kehidupan mereka sendiri, cuma bergantung kepada takdir samada ia malang atau bertuah.

Aku perlu percaya dan aku perlu kuat untuk diri sendiri, kerana aku yakin selepas hujan akan adanya pelangi

Tetapi, kenapa aku berasa sedih?

Dengan kehadiran lelaki ini membawa khabar derita.. Harapan aku bagaikan di telan di sebalik sorot kehadirannya itu.

Aku mengeluh perlahan. Mataku teralih memandang Firash yang berada di sebelah. Anak mataku bertembung dengan nya.

"jangan tengok saya dengan pandangan begitu. Saya tak selesa." aku mengetap bibir memberinya amaran.

"tapi... Saya rasa gembira bila dapat bersama awak.."

Tiba-tiba datang satu perasaan dalam hati aku selepas mendengar kata-katanya itu.

"Gembira?" aku pandang dia. "awak tahu tak apa yang saya risaukan sekarang?" dia masih lagi diam memandang aku.

Aku gigit bibir bawah ku sedikit. "sejak awak muncul, hidup saya jadi tunggang langgang! saya bergelut agar tak terjerumus ke dalam masalah tapi makin lama saya makin tenggelam di dalamnya."

Firash terdiam. "saya minta maaf.." aku ketap bibir sebelum tangan ku di gempalkan menjadi penumbuk.

Rasa amarah menyerang dalam diri.

"awak cuma tau minta maaf je! tapi saya! Saya yang terpaksa pikul sendiri semuanya!! saya tak dapat nak luahkan masalah saya kat sesiapa pun!" aku menjerit memarahinya sampai air mataku mengalir sedikit.

"percintaan dan persahabatan saya musnah sejak awak muncul! awak ingat dengan ucapan maaf awak tu segala-galanya akan okey?!!"

Aku teresak menahan tangisan. "awak dah rampas hidup saya!! insan terapat, penyokong saya dan awak masih nak saya maafkan awak?!! jaga awak?!! awak nak saya sayang kan awak?!!" aku menjerit marah bersama tangisan.

Aku geleng kepala perlahan sebelum melangkah laju meninggalkan nya. Wajah nya itu seakan satu racun yang akan membunuh perasaan simpati dan sayang di dalam hatiku.

Aku pun tidak tahu mengapa. Di saat akhirnya, aku memarahi kedatangan Firash dalam hidupku.

"maaf, tapi saya benci awak!! saya tak ingin jadi isteri awak!!"

Salahkah aku? tapi keadaan ini lah yang berlaku ketika ini.

*****

Firash terkedu. Hati nya sayu sebelum air mata nya mengalir perlahan.

"sayang.. Jangan tinggalkan saya.." air mata di lapnya perlahan sebelum tubuh si isteri di kejarnya.

"saya tak kisah jika awak membenci saya! apa saja awak suruh saya buat, saya buat! saya akan dengar arahan awak! Tapi jangan tinggalkan saya!"

Aku kemam bibir menahan esakan. Tubuh Lian yang berjalan laju tanpa menoleh ke arahnya menyebabkan hatinya di hambat perasaan sayu. "sayang! tengok, tengok cincin ni.. Cincin ni lambang awak sentiasa bersama saya! masa kemalangan, awak serahkan ini pada saya! masa tu cincin ini di seliputi darah, saya ingat tak mungkin dapat jumpa awak lagi..."

Firash keluarkan rantai yang ada di leher nya di mana di rantai itu terdapat cincin perkahwinan mereka berdua.

Aku berhenti melangkah. Ya, benda ni lah.. "benda inilah pembawa malang yang awak jadi begini!"

"ini bukan pembawa malang! ia ada di sisi saya bila saya terlalu rindukan awak! cincin ini lambang kasih sayang dan cinta kita berdua!"

Aku ketap bibir sebelum cincin itu aku rampas dari tangannya. "merepek! itu cuma barang peninggalan!! barang peninggalan saya!" laju sahaja aku melemparkan cincin itu ke dalam tasik di depan mata.

Plop!

Mata Firash membulat. "apa awak buat?!!" Firash menjerit kuat. Aku ketap bibir sebelum aku berlari pergi dari situ.

Takde manusia yang di dunia ini faham penderitaan aku.

"Lian!! ke mana awak nak pergi?"

Yelah?

Ke mana aku nak pergi?

Ke mana aku boleh lupakan keperitan ini? di mana aku boleh lupakan semuanya?

Siapa boleh beritahu aku?

Sekarang....

Ke mana aku sepatutnya pergi?

Namun, ketika aku ingin melintas jalan raya besar itu, aku baru sedar sesuatu perkara.

Aku tak pandang kiri dan kanan.

"Sayang!!! bahaya!!!"

Ponnnnn!!!

Tak berdarah wajahku melihat lori yang datang mendekatiku. Kakiku bagaikan terpaku. Tidak dapat berlari dari situ.

Sebelum, cuping telinga aku dapat mendengar satu rempuhan yang kuat dan aku tidak sedar apa lagi berlaku selepas itu.

*****

Akhirnya, aku dah jumpa ajal aku. Kita tak dapat larikan diri dari takdir.

Bagus juga.

Aku tak tahu apa-apa setelah mati. Bagaikan tidur nyenyak. Aku boleh bebaskan diri dari hal ini.

Terima kasih kerana membaca cerita hidupku ini sehingga akhir.

While I thought that I was learning how to live, I have been learning how to die.

Tak semua kesudahan berakhir dengan gembira. Mungkin, inilah pengakhiran yang menggembirakan untuk aku.

Mungkin?

T A M A T

Hehe, gurau-gurau.

TBC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience