Aku pandang bintang yang menghiasi dada langit. Sejuk je mata memandang.
Dulu, aku dah Khai akan luangkan masa bersama-sama melihat bintang-bintang indah ini lah.
Aku berikan senyuman hambar. Jujur aku kata, memang susah untuk melupakan cinta yang pertama.
Dari lubuk hati aku yang dalam aku rindu kan Khai. Aku masih lagi sayangkan Khai. Dan, aku berharap aku dan Khai kembali seperti dulu.
Aku tahan air mataku dari menitis. Bibirku di ketap rapat. Kalau boleh di padang yang luas ini, aku nak menjerit sangat-sangat.
Nak menjerit apa yang terpendam di lubuk hati aku. Aku nak menjerit yang aku tak redha dengan perpisahan aku dan Khai.
Aku nak menjerit yang aku tak berharap Firash ada bersama ku sekarang.
Aku nak menjerit yang apa di fikiran Amy itu salah!
Aku nak luahkan semua nya. Semua sekali supaya aku rasa tenang. Supaya apa yang terpendam di hatiku selama ni terluah.
Bersaksikan bintang di langit, air mataku jatuh. Jatuh kerana kesakitan yang di kendong oleh tubuh. Beban yang tertanggung oleh bahu dan rasa yang tersinggah di dalam hati.
Aku penat.
******
"Amy mari makan.." Jessica menegur Amy yang sibuk menyeterika baju nya. Aku yang duduk bermain game di telefon laju menghampiri Jessica yang menjinjing satu beg plastik berisi makanan.
Mesti lepas pergi beli lah ni. Kalau penyelia tau, nazak kitaorang bertiga di denda nya.
"Fuyoo.. Ada makanan yang lazat giler, mana dapat duit ni? menang loteri ke apa?!" aku menyoal Jessica sambil tangan lincah memeriksa apa yang berada di dalam plastik.
"korang makan lah dulu, aku mungkin tak makan kot untuk malam ni." dengan muka yang tak beriak Amy membalas. Aku mengeluh dengan reaksi Amy itu.
"Amy.. Pleasee.. Jangan macam ni lah. Masalah boleh berbincang kan? tak pe, esok aku teman kau pergi jumpa Penyelia Jabatan Kebajikan pelajar okey?" Aku memujuk nya.
"tak perlu. Aku nak tidur." Amy berkata lemah sebelum membaringkan tubuhnya di atas katil.
Aku mengeluh lemah dengan perlakuannya itu.
Apa lagi yang perlu aku buat untuk membaiki keadaan sekarang ini?
*****
"Kami memang tak boleh bantu kamu Syafa Amina .. Kami hanya membantu kebajikan pelajar yang yatim piatu atau betul-betul kurang kemampuan."
Aku pandang Amy yang menunduk. "lagi pun, kamu ada abang yang berkerja dan berpendapatan tetap. Kebetulan pula, ayah kamu seorang yang pencen. Menurut data yang kami perolehi, keluarga kamu mampu. Jadi kenapa perlu minta tolong kami?"
"Betul ke pihak puan langsung tak boleh kawan saya?" Jessica menyoal. Kerani itu hanya menggelengkan kepala. "maaf, kami hanya mengikut prosedur yang di tetapkan. Jabatan hanya menolong orang yang betul-betul susah je."
Aku dan Jessica mengeluh. "baiklah kalau begitu. Erm, kami minta diri dulu." Kami berlalu dari situ.
Kami bertiga diam di kafe ini. Rasa dilema. "Semua ni salah korang." Amy menuduh tiba-tiba.
Aku berkerut memandang nya. "apa kau ni? apa yang salah?" aku menyoal. Muka mula tak puas hati.
"Korang saja kan nak malukan aku?! sekarang mana aku nak letak muka aku?!! mesti kerani tu fikir aku ni orang kaya tak cukup syukur!!" Amy menghambur marah.
"eh kau asal? tiba-tiba nak marah? wey tak dak niat pun kami nak malukan kau, buat apa kau nak malu?? benda tu normal lah." Jessica mengeluh.
"heshhh semak lah!" Amy berkata rimas sebelum berlalu.
"eii perempuan ni. Aku hempuk kang! bersyukur la sikit, orang nak bantu!" Jessica menghembur marah. Aku pegang tangannya. Cuba menenangkan.
*****
Ohok! Ohok!
Firash pegang dada nya yang terasa sesak. Rasa ada sesuatu yang tersekat di kerongkong dan dada nya.
Ohok! Ohok!
Dia pegang penjuru sinki di dalam bilik air yang di sediakan oleh pihak hotel. Tubuhnya lemah tak bermaya.
Makin lama, makin teruk jadi nya.
"Arkh.." terjatuh dia di tepi sinki menahan sakit yang perit di dada. Telefon dari poket belakang seluar nya di keluarkan.
Nombor seseorang di dail.
Hanya beberapa saat dia menunggu batuk nya kembali semula.
Ohok! Ohok!
Terasa ada sesuatu keluar dari mulutnya. Matanya membulat melihat cecair merah mengalir di tempat yang dia batuk tadi.
"hello?"
Matanya membulat, kepalanya semakin pening. "hello? Firash??! kenapa call saya ni?"
Talian masih di teruskan. Nak keluarkan satu suara pun dia tak mampu.
"Firash saya tak ada masa nak layan awak kalau awak main-main macam ni.." Lian dari talian mengugut. Firash pejam matanya perlahan.
Terasa ada air mata yang mengalir dari tubir matanya. Tidak tahu kenapa. "ish! kalau tak de apa-apa saya letak dul--"
"sayang...." akhirnya keluar juga suara dari mulut. "huh, tolong saya..." termegah-megah dia menutukan kata-kata.
"tolong apa?"
Firash tarik nafas mengah. "sakitt...." itu kata-kata terakhir yang keluar dari mulutnya sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
******
Aku terkedu dengan panggilan daripada Firash itu. Jantungku berdegup laju. Apa dah jadi pada Firash?
Kenapa aku tak sedap hati ni?
Aku gelengkan kepala ku. Mengelak daripada sangkaan buruk. Beg sandangku di capai lalu sweater yang tergantung di pengantung di sarungkan pada tubuh.
Aku kena cepat. Firash perlu kan aku.
Namun..
"kau nak pergi mana ni Lian?"
Ada yang menganggu. Aku pandang Jessica di muka pintu. Aku gigit bibir bawahku. "Jes.. Aku perlu keluar sekejap. Ada hal penting."
Jessica mengeluh. "kau nak keluar dalam keadaan kawan kita begini? apa kata Amy nanti?"
Aku mengeluh. "aku keluar sekejap je.. Aku betul-betul tak sedap hati ni. Aku pergi dulu."
Walaupun dengan langkah yang berat aku melangkah keluar juga tanpa mendengar kata-kata daripada Jessica.
Namun, ketika aku keluar itu lah, Amy mendapat satu panggilan.
Panggilan dari pihak hospital tentang keadaan ayahnya yang tersayang.
*****
"Firash?"
Aku buka pintu bilik nya yag tidak berkunci. Aku pandang sekeliling bilik nya. Sunyi sepi tanpa kehadiran sesiapa.
Aku pelik. Mana perginya Firash?
"Firashh?" aku panggil lagi. Namun langsung tiada sahutan.
"Firash?!! awak dekat mana?"
Hati aku betul-betul tak sedap sekarang ini. Aku pandang pintu bilik air. Tak kan aku nak terjah bilik air dia? tak buat fasal tengah mandi ke?
Aku gelengkan kepala perlahan. Tak tak, mustahil.. Kalau mandi mesti dengar bunyi air, tapi ini sunyi je.
Aku mendekati bilik air itu, lalu tombol pintu itu aku pulas dengan perasaan yang berdebar-debar.
Sebaik sahaja pintu bilik air itu terbuka, mataku membulat melihat tubuh Firash yang terbaring di dalam bilik air ini dengan darah yang berada di merata tempat.
Terus aku mendapatkannya. "Firash?!!! hei, bangun... Firash?" aku tepuk pipinya kuat. Langsung mata itu tak terbuka.
Apa perlu aku buat?
Dengan langkah yang tergesa-gesa aku segera pergi mendapatkan telefon hotel. Nombor kecemasan hotel aku tekan.
"cepat, ada kecemasan di bilik B206 sekarang!! ada orang pengsan!" aku kata cemas.
Ya tuhan. Apa lagi ujian kali ini?
******
Aku pandang doktor yang sedang merawat Firash. Doktor yang khas di sediakan oleh pihak hotel jika sebarang kecemasan berlaku.
"doktor? macam mana dengan dia?"
Doktor itu pandang aku. "menurut saya, tak ada apa-apa yang serius tentang keadaan dia."
Aku pelik. "tak ada apa-apa yang serius doktor cakap? habis, macam mana darah boleh keluar dari mulut dia. Doktor check betul-betul. Mustahil tak de benda yang serius berlaku!"
Doktor tersebut menggeleng. "betul, dia tak ada penyakit apa-apa. Mungkin, dia terlalu penat atau stress, jadi darah boleh keluar dari mulutnya. Saya akan sediakan ubat untuk dia. Selepas dia sedar, bagi dia makanan sedikit untuk lapik perutnya dan makan ubat yang di sediakan ya."
Aku mengeluh. "kalau tak ada apa-apa saya pergi dahulu."
Aku angguk. Aku pandang doktor yang berlalu pergi dari bilik Firash ini.
Mataku beralih pada tubuh Firash yang terbaring lemah tak sedarkan diri ini.
Aku diam.
Apa sebenarnya yang terjadi pada awak Firash??
TBC.
Share this novel