BAB 18

Romance Completed 977

“Sebagai penghargaan buat Deana kerana jasa baik Deana jadi LOKael
sepanjang tempoh dia kat sini, Mak nak Deana kemas bilik Deana .Kael
cakap dia tak sempat nak kemas tadi. Dia pun hampir overslept.”

Tu ke maksud ‘penghargaan’? Hmmm... Kenapa Kael tak overslept je?
Boleh lepas flight... Haish! Kau cakap apa ni, Deana ........!!Deana
meraup muka. “Orang pergi kemas sekarang.”

“Waa...Rajinnya anak Mak! Makan pun tak habis lagi....?”

Deana sudah berlalu pergi, laju macam angin. Puan Dewi tergelak kecil.
Ada-ada saja budak –budak ni....__

Cadar tilam sudah kemas teratur. Tuala hampir kering tersidai di
penyidai tepi pintu. Sejadah terlipat kemas di birai katil dengan
songkok di atasnya.

Cakap tak sempat kemas... Kemas je aku tengok?Deana menutup pintu
bilik. “Waaaaa.....!” Dia melompat baring di atas katil. Tangan dan kaki
didepakan sebelum digerak-gerak, gaya macam berenang dalam air.
“Rindunya dengan kau Cik Katil...!” jeritnya sendirian.

Tiba-tiba dia terlihat sesuatu di atas meja di sisi katil. Apa tu?
Tangan segera mencapai sebuah kotak hadiah kecil warna hitam dengan
corak hati warna putih yang diikat riben merah jambu. Di riben itu
tersisip sekeping kad yang Deana terus baca tanpa disuruh.

KHAS BUAT BUDAK NERD YANG TAK SEDAR DIA TU CANTIK.

Deana mencebik sebelum tersenyum. Isi kotak kecil dijengah. Replika
rollercoasterwarna perak dengan perincian warna merah jambu itu sangat
cantik walaupun hanya sebesar tapak tangan. Rasa hendak menjerit pun
ada, entah kenapa. Apa yang seronok sangat dapat rollercoaster??Bukan
dapat satu taman tema pun! Isi kad terus lagi dibaca.

.1O THINGS TO DO WHILE I’M GONE.

DON’T FORGET ME.

DON’T TAKE OFF YOUR SPEC.

DON’T FORGET ME.

DON’T TRY TO BE BEAUTIFUL (because you’re already are)

DON’T FORGET ME.

DON’T DATE.

DON’T FORGET ME.

DON’T FORGET TO GET YOUR ADRENALINE BOOST.

DON’T FORGET ME.

WAIT FOR ME.

I REPEAT.

WAIT FOR ME.

ps : Hoodie pink orang tapaw bawak balik, okey!

Dada rasa nak pecah menahan rasa yang entah datang dari mana. Jantung
berdegup kencang. Rasa teruja dan gembira. Sama macam masa naik
rollercoaster.

Orang akan tunggu awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience