BAB 11

Romance Completed 977

Sudah tiga hari, Kael tidak bertegur sapa dengannya. Encik Madzlan dan
Puan Dewi dilayan seperti biasa. Hanya dia yang dilayan seperti tak
wujud dalam rumah batu dua tingkat itu. Bukan dia tidak pernah memohon
maaf, tetapi pemuda itu langsung tidak mempedulikannya.

Kenapa rasa bosan sangat dua tiga hari ni ye? Macam takda tenaga... No
excitement... Sebab tak lepak main rollercoaster ke? Dan sekarang, mata
pun merajuk tak nak tidur pulak....Deana memintal-mintal hujung rambut
sambil matanya ligat mengikut putaran kipas siling di dalam bilik. Jam
loceng di sisi katil dipandang sekilas. Sudah pukul 12.30 malam. Mak
dan Abah dah tidur ke?

Gadis berpijama corak teddy bear itu melangkah keluar bilik dan
berlari anak menuruni anak tangga. Dia ke bilik bacaan, menjenguk ke
dalam, kalau-kalau Encik Madzlan masih membuat kerja pejabat, bolehlah
dia melepak di sana. Gelapnya... Seram...!Cepat-cepat Deana menutup
semula pintu.

Langkahnya kemudian diatur ke ruang tamu. Kedengaran bunyi televisyen
masih terpasang. Dan tiba-tiba dia terdengar jeritan kecil melaung
‘Gol!’ Deana menelan air liur. Tu mestiKael ...

Dia bertukar arah secara automatik. Langkah laju tetapi senyap tanpa
bunyi diatur menuju ke dapur. Nak minum susu lah... Mana tau dapat
tidur lepas ni...

Tiba-tiba rasa ada satu aura aneh dari belakang. Deana menelan air liur.
Gelas berisi susu segar yang baru hendak disua ke mulut diletakkan semua
di atas meja. Kaki dah memaku di lantai. Kalau ada angin kencang datang
menerpa, nescaya hanya Deana yang masih berdiri, kekal di situ. Hendak
menoleh ke belakang pun, dia dah tak sanggup.

Kael sudahpun berdiri di hadapannya. Deana cuba tersenyum. Pemuda
berbaju T kosong warna kelabu dan berseluar pijama biru tua itu hanya
memandangnya tanpa riak. Sesungguhnya, pandangan mata kelabu itu nampak
sangat menggerunkan ketika itu.

“Nak....minum?” Gelas diunjuk.

“Nak hot choc.”

Gelas berisi susu lantas diletakkan semula ke meja. Cepat-cepat Deana
mengambil mug dari kabinet, sachetCadbury Hot Choc dari bekas
Tupperware, dan sudu. Minuman itu segera dibancuh sebelum dihulurkan
kepada Kael yang duduk menunggu di kerusi meja makan.

“Nah.”

“Terima kasih.”

“Err... Tengok bola ke?” Deana cuba memulakan perbualan sebaikKael
dilihat seperti tidak mahu berganjak daripada dapur.

“Awak stalkorang ye?”

“Hish! Mana ada!” Cepat-cepat Deana mengangkat kedua belah tangan dan
menggeleng. Ish, apasal nak takut sangat denganKael ?? Kalau dia
sekodeng sekali pun apa salahnya, itu rumah dia. Dia bebas ke sana ke
mari...!

“Habis tu? Macam mana tahu?”

“Orang dengar.”

“Bila?”

“Tadi, masa nak ke dapur.”

“O.”

“Ok.” Deana ingin terus pergi tetapi lengannya ditarik. Nak apa lagi
ni...??

“Duduk.”

Macam dipukau, gadis itu menurut. Dia duduk berhadapanKael . Pemuda
itu merenungnya lama sambil menghirup coklat panas.

“Lama tak duduk sembang, specdah hilang dah?”Akhirnya,Kael
bersuara. Hidung Deana sempat dijentik. Gadis itu seperti baru ditekan
butang ‘Bercakap.’

“Speckat atas. Ingat nak turun minum susu je tadi..”

“Lain kali specjangan tanggal.” Ujar Kael tiba-tiba.

“Apasal pulak?”

“Nanti orang lain jatuh suka.”

Deana mencemik. “Biarlah..”

“Tak boleh.”

“Apasal pulak?”

“Tak boleh je lah. Nak tanya banyak-banyak buat apa..” Mug berisi hot
chocdiletakkan di atas meja. Matanya tidak beralih dari memandang wajah
Deana di hadapannya. Gadis itu mula tidak senang duduk. Kekok.

“Ingat. Jangan tanggalkan spec.”

Deana mengetap bibir. Suka hati oranglah nak buat apa pun.. Pakai spec
ke, tak pakai spec ke, pakai contact lense colour pelangi ke... Siapa
dia nak sekat buat tu buat ni??

“Tak nak mintak maaf sebab hari tu ke?”

“Hari tu orang mintak maaf awak buat tak tau je..”

“Lepas tu putus asa?”

“Bukan putus asa.”

“Habis tu?”

“Malas.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience