Cinta kita ibarat…
“Menung apa Cik Deana ...?” suara lunak Mina mengejutkan Deana dari
lamunan. Gadis berblaus ungu dan skirt labuh rona sama itu sudahpun
melabuhkan punggung di bangku bersebelahan Deana di pondok menunggu itu.
“Kau dari mana?”
“Tadi aku jumpa Puan Hamidah kejap.. Hantar assignment. Kau punya dah
siap ke?”
“Assignmentyang mana?”
“Programming.”
“Dah, semalam.”
“Dah agak dah! Budak pandai macam kau ni tak payah dapat carry
markbanyak pun confirm lulus! Top studentSoftware Engineering
tu........”
“Heh..Pandailah kau...!!”
“Santai kau hari ini.. Dah pukul 5.00 tak balik rumah lagi. Lepak sini
buat apa? Takda ‘tugas’ ke malam ni?” Mina tersenyum sinis, suka
mengusik Deana .
Gadis berambut pendek paras bahu itu menggeleng. “Hari ni aku cuti.”
Letak bingkai kaca mata dibetulkan sedikit.
“Cuti? Budak celup tu dah balik Ireland ke?”
“Kau cakap memang tak sedar diri kan? Kau pun celup jugak!” Gadis
ringkas berbaju T kosong kelabu dan berseluar denim hitam itu tergelak.
Mina jungkit bahu. “Bagi aku, aku Melayu.. Haha..”
“Hahahaa.. Iyalah tu! Kau dengan dia pun sama je.. Celup, tapi perasan
Melayu tulen...”
“Heh..” Mina tersengih. “Dia pun macam tu ke?”
“Ha’ah. Bezanya, kau putih.. Dia sawo matang. Colour mata je tak boleh
nak sorok... Mana ada Melayu mata colourgrey... Tu genetik Mama dia...
Mama dia pureorang Ireland. Hehe.. Aku ingat kalau orang duduk
lama-lama kat tempat orang putih, lidah pun ikut beku macam cuaca kat
sana. Dia fasih yang amat siot.”
“Sebab apa, eyh?” Mina menggendang dagu dengan jemarinya yang runcing.
“Sebab di rumah mereka memang cakap Melayu. Uncle Hisyam tu jenis tak
nak anak dia lupa daratan. Kael tu kawan dengan budak-budak Malaysia
di Universiti sana. Dia memang tak nak lupa asal usul.”
“Dia pun tak nak lupakan kau, kan?”
Deana mencebik. “Ke situ pulak...”
“Alaa... aku tahu. Childhood herokautu sukakan kau... Untungla..
Cinta lama datang balik.. haha..”
“Tu dulu, okey...” Deana menggaru kepala yang tak gatal. “Agak-agak dia
tu buta ke apa nak sukakan aku bila dah tengok aku sekarang.. Dahlah
nerdmacam ni.. Mana tahu bergaya macam kau tu... Mustahil lah! Banyak
lagi perempuan lain kat luar tu..”
“Tapi kalau dia nak kau, macam mana?”
“Hish!!! Malaslah nak layan imaginasi kau yang merewang entah ke mana
tu, Cik Mina! Aku nak blah...”
“Nak balik dah? Temankanlah aku.......” Rengek Mina manja.
“Malaslah. Lepas Syakir datang nanti, kau terus lupakan aku.”
“Alaa... bosanlah duduk sorang-sorang tunggu kat pondok ni.”
“Bosan? Tu, Jaga Nepal tu boleh temankan kau... Haha..” Kunci kereta
cuba dicapai dari dalam sling bagdi bahu tetapi entah di mana.
“Kenapa?”
Share this novel