“Abah mana, Mak? Tak balik lagi?” Deana mendapatkan Puan Dewi yang
sedang menghidang makan malam di atas meja makan.
“Abah kan outstation ke Singapura.” Balas wanita bersanggul satu itu.
“Tolong Mak bancuh air sirap.”
Deana angguk “Abah buat apa kat sana? Berapa hari?” soal Deana sambil
tangannya sibuk menuang air suam ke dalam jug yang sudah diisi kordial
ros terlebih dahulu. Campuran itu kemudian dikacau sehingga warna merah
pudar tadi bertukar betul-betul merah.
“Tiga hari. Ada conference... Datuk Ikhwan hantar Abah dengan Uncle
Othman jadi wakil syarikat mereka.”
Uncle Othman? Oh! Kawan Abah yang rambut putih tu... Got it.Deana
mengiakan dalam hati. “Conferenceapa?”
“Conferenceantara usahawan industri halal.”
“O-okey.” Deana mengangguk-angguk. Sejak Abah naik pangkat jadi Penolong
Pengurus Bahagian Korporat, sibuk yang amat... Alhamdulillah. Rezeki
dari Allah... Cakap pasal rezeki, mana budak Kael ni? Rezeki dah siap
terhidang. Tak turun-turun lagi?
“PanggilKael .” Arah Puan Dewi .
“Nak kena panggil jugak ke?”
“Lepas jemaah tadi dia cakap dia nak lelap kejap. Pening kepala katanya.
Cepat pergi tengok..”
“Haa...” Deana mengatur langkah malas. Ada ke dia cakap pening kepala?
Tak dengar pun tadi!
Pintu diketuk berkali-kali. Tiada jawapan. Deana ambil keputusan untuk
masuk sahaja. Lagipun bukan bilik orang lain pun, bilik aku jugak!
“Sedapnya tidur....” Deana peluk tubuh melihat pemuda yang sedang baring
di atas katil. “Bangun..” Bahu Kael dicuit. “Bangunlah... Dinnerdah
ready..”
Pemuda berbaju T kosong warna merah hati itu bergerak sedikit tetapi
matanya tidak dibuka.
“Bangunlah.....er...Lutfie.”Deana menelan air liur. Rasa kekok
memanggil pemuda itu dengan nama itu. Wajah pemuda itu kelihatan pucat.
Demam ke apa budak ni?
Tangannya ditekap ke dahiKael . Panasnya!!
“Mak!!” Deana keluar dari bilik lantas menjerit.
“Ada apa, Deana ??” Terkocoh-kocoh Puan Dewi keluar dari dapur.
“Badan Kael panas. Demam agaknya...”
“Demam?” Puan Dewi berlari anak menaiki anak tangga. Dia segera
mendapatkanKael .
Pemuda itu membuka matanya sedikit. Kelihatan Puan Dewi sedang menekap
tangan ke dahinya. Kael cuba tersenyum tetapi badannya rasa
betul-betul lemah. Seluruh badannya rasa sakit-sakit.
“Lutfie.. Bangun..” Puan Dewi menggoncang lembut bahuKael . “Kita ke
klinik okey? Kael demam ni.”
Kael hanya mengangguk. Puan Dewi dan Deana membantunya untuk bangun.
“Deana pergi bawak Kael masuk kereta. Mak pergi ambil pursekejap.”
Arah Puan Dewi sebaik mereka selesai menuruni anak tangga.
Beratnya...Deana sedaya upaya menampung berat Kael yang tidak mampu
berdiri dengan betul. Tangan kiri Kael melingkari bahunya. Bingkai
hitam cermin mata dah terlurut sampai ke tengah batang hidung.
Kael selamat dibaringkan dalam kereta di tempat duduk belakang. Deana
kemudian segera ke tempat duduk pemandu, menunggu Puan Dewi yang
kemudian datang, lengkap bertudung litup.
“Kita nak ke klinik mana ni, Mak?” soal Deana sambil menoleh ke belakang.
Kael kelihatan menggigil. “Kejap!” Deana masuk semula ke dalam rumah
sebelum keluar dengan hoodie merah jambunya. Dia segera ke tempat
duduk belakang. “Pakai ni.”
“Mana muat..” Kael menepis.
“Muat la.. Saiz ni besar.. Orang sengaja beli besar. Size L ni.. Selesa.”
“Tapi... it’s pink..”
“Nak terus sejuk ke nak pakai ni?”
Kael membisu. Dia kemudian membiarkan sahaja Deana membantunya
mengenakan hoodiemerah jambu jenama Roxy itu.
“Duduk diam-diam!”
Deana kembali ke tempat duduk pemandu. Puan Dewi senyum segaris.
Gelagat Deana dan Kael mencuit hatinya.
Demam panas. Itu yang Doktor Arif ulaskan tadi di hadapan Puan Dewi .
Deana hanya menunggu di luar. Perjalanan balik ke rumah lebih tenang
berbanding semasa mereka pergi tadi.
Deana membantu Kael baring di atas katil. Puan Dewi segera
menyelimutkan tubuh pemuda itu dengan selimut tebal. Wajah Kael masih
pucat seperti tadi.
“Deana tunggu sini. Mak pergi ambil air suam.” Tanpa menunggu jawapan
Deana , Puan Dewi sudahpun berlalu pergi.
“Betul ke demam ni?” Deana mencebik.
“Habis ingat orang suka-suka berlakon sakit ke?”
“Boleh caya ke..” Deana masih menduga.
“Dahlah.” Kael memusingkan badannya ke tepi, membelakangi Deana .
Sikit-sikit merajuk...! Budak Kael ni kan...Deana mengetap bibir
geram. Tidak lama kemudian, Puan Dewi kembali ke bilikKael .
“Makan roti ni dulu,Kael . Lepas tu makan ubat..” Puan Dewi membantu
Kael bersandar di kepala katil.
“Orang keluar dulu, Mak..”
“Tolong masak bubur untukKael , Deana ..”
Bubur?Deana mengeluh berat. “Kan dah makan roti tu...”
“Hish, budak ni! Roti tu kenyang sekejap je. Nanti dah lapar balik.
Pergi siapkan je lah.. Apa yang malas sangat ni..” bebel Puan Dewi .
“Haa..yelah..yelah!”
Cinta kita ibarat…
Share this novel