Deana diam. Macam mana tak sampai hati, hampir setiap hari kena teman
buat benda-benda aku tak suka... Penat. Main rollercoaster, Space Gun.
Rumah hantu tu pun aku naik hafal tang mana hantu akan keluar... Kenapa
suka sangat ke theme park? Kenapa suka sangat rollercoaster?
“Kenapa diam? Cermin tingkap dah buka tu.. Jeritlah lagi. Orang seronok
dengar. Betul ni!”
Sarkastik!Deana mencemik. Cermin tingkap ditutup semula. “Kenapa awak
suka sangat ke theme park? Theme parkyang tu dah masuk tiga kali
kita pergi. Theme parkkat SevenStreet di StarDust dah masuk empat
kali. Nasib baik StarDust tu jauh.. Kalau tak, berkali-kali jugaklah
muka ni masuk theme parkkat sana..” Deana menuding jari ke muka.
“I’ll build one someday.” Kael senyum segaris.
“Kat mana? SummerShine ni?”
Kael angguk. “Yang lebih menarik dan extreme. Theme parkni belum
cukup extreme!”
“Townkecil je pun.. Tak payah nak ada theme park international
levelbagai...” Gadis berbaju T biru tua dan berseluar denim kelabu itu
memeluk tubuh.
“Tak suka theme parkke?” Sempat sepasang mata galak itu mengerling ke
gadis berkaca mata di sisi. Misi menukar topik berjaya. Deana sudah lupa
soalan asalnya sebentar tadi.
“Suka.”
“Jadi kenapa susah hati masa temankan orang?”
“Sebab awak suka main benda gila.”
“Kalau tak main benda macam tu, mana thrill.”
“Thrill merill...Kepala ni pening tau tak..”
“Nanti sampai rumah orang boleh tolong picitkanlah.. Tak rasa seronok
dan bertenaga ke lepas main benda thrill? Adrenaline full blasttu...”
Huh...Tolong picitkan konon... Dah sampai rumah, bisu... Tak banyak
cakap dengan aku pun... “Cepatlah drive.Orang nak tidur.. Penat.”
“Tidur je la. Nanti orang kejutkan.”
“Tak nak. Bahaya.”
“Bahaya apa nya?” Kael mengetap bibir geram. Sudah beberapa kali gadis
itu membuat dia rasa tidak dipercayai.
“Tak nak jadi macam hari tu.”
“Hari tu orang ronda cari things to snack onlah... Sebab tu bawak awak
ronda town... Bukan sengaja nak culik awak dengan kereta awak pun...
Awak pun tengah tidur kan... Tak naklah kejut bagitau orang nak ronda
dulu lepas balik dari theme parktu...”
“Haa...malam ni nak cari things to snack onjugak ke?”
“Tengoklah nanti...” Kael sengih.
“Huh...”
Kael jadi budak baik malam itu. Mereka sampai rumah tempat jam 11.00
malam, tidak lebih dari pukul 12.00 seperti selalu. Buka saja pintu,
Encik Madzlan duduk di ruang tamu, tengok filem kung fu Cina klasik.
Kael terus bersalaman sebelum minta diri masuk bilik.
Bertapalah tu... Deana mencemik. Bilik kakaknya, Kyna terletak
bersebelah biliknya; tempat di mana Kael tidur. Mereka sama-sama
menaiki anak tangga menuju ke bilik, sama-sama berhenti di luar pintu
bilik dan berpandangan sesama sendiri.
Cepat-cepat Deana bersuara sebelum dia terus tenggelam dalam renungan
mata galakKael .“Malam ni jangan kacau orang tidur.” Tombol pintu
bilik dipulas.
“Orang nak kacau jugak. Orang peduli apa. Sila ready.” BalasKael
bersahaja. Pintu bilik sudah dibuka.
“Orang pakai earphonedengar lagu. Orang takkan dengar. Wek..” Deana
cepat-cepat masuk bilik dan menutup pintu.
Kael tergelak kecil. “We’ll see...”
Cinta kita ibarat…
SILA KLUA KLAU X NK ORG KETUK PINTU KUAT2.
SMS itu datang apabila Deana tidak mempedulikan panggilan di telefon
bimbitnya. Dengan malas, dia bangun juga membuka daun pintu. Di situ,
Kael sudah berdiri peluk tubuh.
Share this novel