“Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” Air mata dah merembes laju macam kena buli
masa Darjah 1 dahulu. “Gilaaaaaaaaaa wey!!!!!!!!!”
Angin menampar-nampar wajah putih mulus. Kaca mata bingkai hitam yang
tadinya kemas terletak di batang hidung dah beberapa kali nak terbang
cecah awan tetapi jari telunjuk memang tak penat jadi penyelamat abadi.
Mulut yang ternganga memang dah makan angin secara percuma. Kalau angin
itu dikira macam kira isipadu air, mahu dah cecah berapa ratus ribu
liter dah. Perut dah boleh meletup!
Terhoyong-hayang kemudian dia melangkah menuruni anak tangga dari benda
alah macam kereta api tetapi canggih dengan berpusing terbalik, laju
tapi tak berbumbung. Memang gila.
Pening yang amat! Deana melabuhkan punggung di bangku tidak jauh dari
rollercoasteryang kembali menggila. Jeritan penumpang
keretapi-terbalik-berpusing itu menyengat telinga.
“Okey ke? Tadi nak sangat?”
Deana jeling tajam ke arah si empunya suara. “Okeylah!” Air mineral yang
diunjuk segera dirampas. “Mana janji?”
“Janji apa?” Pemuda berbaju T Gun ‘n’ Roses itu jungkit kening.
“Kalau ikut naik benda gila tu dapat RM200..”
“Bila masa?”
Deana mengetap bibir geram. “Ingat orang senang ke nak naik benda macam
tu? Ni dah kali ke berapa dah...”
“Tadi cakap tak takut cabaran.”
“Tapi tadi cakap ada ganjaran.”
Jemari si gadis nerdy diraih. “Nah..upah.” Not RM200 dimasukkan ke
dalam tangan Deana .
“It’s notupah, okey.. It’s my prize!” Empat keping not RM50
dimasukkan ke dalam poket seluar denim. Selamatlah untuk makan minum
untuk sebulan kut..tak payah mintak duit Mak and Abah..
“Samalah…”
“Mana boleh sama. Orang bukan kerja untuk awak!”
“Habis kalau kena suruh buat benda lepas tu dapat duit, bukan sama macam
kerja dapat upah ke? Dahlah. Esok jumpa tempat sama. Pergi balik. Orang
nak jalan lagi.”
Adrenalin naik sampai ke muka. Rasa sangat bertenaga. Rasa segar. Rasa
gembira. Yang pasti kepuasan itu ada. Kael tersenyum sendirian
meninggalkan Deana yang masih duduk di bangku di taman tema.
Cinta kita ibarat…
“Kau nak ke mana, Deana ? Nak temankan dia lagi ke?” Mina sudahpun
melangkah mengiringi. Gadis Pan-Asia itu nampak menarik walaupun hanya
berbaju T putih dan berseluar denim kelabu.
“Aku nak balik. Nak rehat. Malam karang aku pergi temankan dia pulak..
Aku kan dah macam LO dia.. Aku kena bertugas laa...Flow percutian dia
akukena jagaaa....huh..” Fail dipekup kemas ke dada. Sling bag yang
mahu jatuh dari bahu segera dibetulkan. Beg berat sangat ke aku yang
dah low battery tak mampu nak bawak beg?
“LO teman main kat theme parkke?”
Erk! Mina tahu ke aku selalu ke situ? Deana menelan air liur. “Dia anak
kawan parentakulah. Kalau tak kerana parentaku, aku tak lalu nak
layan. Lagipun, dia selalu bagi aku...” Deana mencari perkataan yang
sesuai menggantikan ‘upah’. “...Dia selalu belanja aku. Aku tak keluar
satu sen pun!”
“Dia buat kau macam kau tu dia punya... Kau kenal dengan dia sejak kecik
ke?”
Deana angguk. “Tapi masa kecik dengan masa sekarang mana sama... Aku dah
tak biasa dengan dia. Bila dia balik Ireland nanti kerja aku selesailaa..”
Share this novel