“Budak mata kelabu tu buat apa kat sini? Cuti?”
“Katanya cuti. Tiba-tiba muncul depan rumah aku pulak tu. Alone. Siapa
yang tak terkejut. Berapa belas tahun dah tak jumpa tiba-tiba muncul
macam tu. Dahlah rumah aku bukannya besar sangat pun nak bagi orang
tumpang-tumpang ni. Nasib baik kakak aku kerja kat Sabah nu ha.. Kalau
tak, terpaksala dia menginap kat ruang tamu rumah aku tu.”
“Tapi kakak kau kan tak bagi orang masuk bilik dia sesuka hati?”
“Sebab tulah aku yang terpaksa pindah ke bilik kakak aku tu. Dia pulak
staybilik aku. Lantak diala tengok pink!” Deana sengih.
“Hahaa.. Apasal dia tak nak jalan-jalan by himself ye? Umur 26..
Takkan tak tahu nak jaga diri lagi kut?”
“Kau tak kenal lagi dia tu siapa, Mina....” Deana sudahpun membuka pintu
kereta. “Dia tu macam budak-budak tau.. Aku yang baru 23 tahun ni macam
lebih pandai fikir dari dia...”
“Iye?” Mina tersenyum penuh makna. “Kalau dia macam budak, kaulah yang
dewasakan dia. Yang kau ikut macam budak tu kenapa?”
Entah. Sebab rasa seronok? Deana membetulkan letak kaca mata di batang
hidung. “Aku pergi dulu. Betul kau tak nak aku hantar ni? Shakir dah
sampai mana sekarang?”
“Dah nak sampai dah. Kejap lagi sampailah tu..” Mina tersengih. Kalau
cakap pasal Shakir memang riak wajah itu akan berubah jadi gembira dan
bahagia. Teman lelakinya itu memang tip top gentleman. Siapa yang
tak sayangkan Mina dan bersungguh-sungguh untuk jadikan gadis itu rasa
istimewa. Gadis itu dahlah cantik, wajah eksotik tetapi kemelayuan itu
masih tetap ada.
“Kalau macam tu, aku pergi dulu.. Bye!”
Sampai di rumah, pemuda itu tiada. Macam biasa. Deana segera mandi dan
membersihkan diri. Solat Asar segera didirikan. Selesai melipat sejadah
dan telekung, rambut yang masih basah tadi kini dilap lagi dengan tuala
yang tadinya dicampak ke atas katil. Segarnya rasa....
“Deana ..” Pintu bilik dikuak. Terpacul wajah Puan Dewi . “Kael cakap
dia tunggu kat tempat biasa lepas Maghrib.” Puan Dewi sudah melabuhkan
punggung ke katil di sisi Deana .
“Penat betullah layan budak tu...” Deana mengeluh kecil. Tangannya masih
tidak berhenti mengelap rambut, laju, bukan setakat dapat kering, macam
boleh terbakar rambut dek geseran dengan tuala Deana .
“Kalau ye pun marah, janganlah sampai lap rambut macam tu sekali...”
Puan Dewi mengambil tuala dari tangan Deana . Dia mengambil alih tugas
Deana , rambut Deana diusap lembut, dilap dengan penuh kasih sayang. Anak
bongsunya itu amat manja sebenarnya. Dia kenal sangat dengan Deana ,
memang dia akan cakap macam-macam ikut suka dia, tetapi Deana tidak
pernah melawan kata. Anaknya itu selalu berusaha untuk tidak menyusahkan
dia dan suami tercinta, Encik Madzlan.
“Bila dia tu nak balik, Mak? Lama lagi ke dia cuti kat sini? Uncle
Hisyam dengan Aunty Anna tak rindu dia suruh balik Ireland ke?”
Puan Dewi tergelak kecil. “Bukan selalu. Mak pun rindukan budakKael
tu.. Lama tak jumpa. Tadi sebelum Kael keluar, Uncle Hisyam dan Aunty
Anna ada call. Mereka pun nak balik sini...”
“Untuk selamanya ke, Mak?”
“Entah. Tapi Kael balik ni pun untuk survei rumah kat sini...”
“Kenapa dia tak duduk hotel je..” Gadis yang ringkas berbaju T kelabu
kosong dan berseluar track suititu mencemik.
“Deana ni.... Dia kan tetamu kita. Bagus apa kalau tetamu datang rumah.
Kata orang, kalau tetamu datang bawak rezeki tau... Lagipun, apa
salahnya dia tumpang duduk sini. Bukan untuk selamanya pun..”
“Deana penat jadi LO dia.”
“Hm... Kalau macam tu, nantilah Mak cakap katKael .”
“Betul Mak nak cakap dengan dia?” Lengan wanita dengan sanggul satu itu
digoncang. Puan Dewi angguk. “Terima kasih, Mak!”
Cinta kita ibarat…
Tin kosong dipijak sebelum disepak. Tup! Masuk longkang. Kael memeluk
tubuh. Jam di tangan kiri direnung sejenak. Sudah pukul 8.00, batang
tubuh gadis dengan kaca mata kanta tebal bingkai hitam itu masih tidak
kelihatan. Gerbang taman tema tidak pernah lengang. Pengunjung tidak
berhenti keluar masuk sejak ianya dibuka tadi.
Share this novel