BAB 5

Romance Completed 977

“Kata pakai earphonedengar lagu...” Hidung Deana ditekan. “Ni apa ni...
Awak tentu belum tidur lagi kan? Masih pakai specni... Awak mesti baca
novel kan?”

Ya, aku memang baca novel. Sejak kau ni ada, aku takda masa untuk
novel-novel aku tu...!Gadis berpijama kotak-kotak rona kelabu itu
menepis tanganKael . “Nak apa???” soal Deana separuh berbisik, tidak
mahu mengejutkan Encik Madzlan dan Puan Dewi yang tentunya sudah lena
tidur di bilik berhadapan mereka. “Dah pukul 2.00 ni, awak nak apa?
Karang Mak dan Abah orang dengar awak tu yang susah tau..!”

“Masih pening lagi ke?”

“Peninglah!” Deana memicit dahi. Dia tidaklah pening mana pun, cuma dia
harap Kael tidak mengganggunya. Sebab itu, dia rela berlakon. “Esok
orang nak cuti!”

“Cuti pergi kelas ke? Eloklah! Dapat temankan orang jalan-jalan...”
Pemuda berbaju T kosong warna putih dan berseluar pendek kotak-kotak itu
tersengih.

“Huh! Cuti dari temankan awaklah...! Orang nak rehat.”

“Mana surat mintak cuti?” Kael menadah sebelah tangan.

Pap! Tangan Kael ditampar. “Ingat kerja pejabat ke? Orang teman
sukarela pun dah cukup bagus tau!”

“Tapi orang bagi upah. Mana ada sukarela tu......”

“Ish! Dahlah-dahlah. Orang nak masuk tidur balik. Esok pukul 8.00 orang
ada kelas!”

“Temankan orang tengok bola.”

“Banyak cantik......!!”

“Kalau tak pun, buatkan orang hot choc. Lepas tu boleh masuk tidur.”

“Buat sendirilaa......... Awak tu kalau tak susahkan orang tak boleh
ke.....” Deana menghentak kaki.

“Kalau tak, orang kejutkan Puan Dewi suruh buat.”

“Berani betul?”

“Selama ni orang tak cukup berani ke?”

Deana menelan air liur. Kael bukan jenis orang yang ‘cakap tidak serupa
bikin.’ Kalau dia dah cakap, dia memang betul-betul lakukannya.

“Tik...tok....tik....tok...Masa berjalan.”

“Hish! Yalah! Yalah! Orang buat!” Deana cepat-cepat menuruni anak tangga
menuju ke dapur.

Kael duduk di atas meja kabinet, memerhati Deana yang sedang sibuk
mencapai mug, mengambil hot choc sachet,menuang air panas dan mengacau
campuran air dan serbuk coklat Cadbury itu sebelum diunjuk kepadanya.

“Terima kasih...” Kael tersenyum puas sebelum melompat turun dari meja
kabinet. Huluran mug dari tangan Deana disambut.

“Huh! Tidur dulu!”

“Goodnight.” Sepapan Panadol ActiveFast diletakkan di telapak tangan
Deana . Kepala Deana kemudian digosok lembut. Habis serabai rambut yang
diikat jambul satu itu. Kael kemudian terus ke ruang tamu,
meninggalkan Deana yang masih terpaku kemas di situ, macam perhiasan
dinding yang tak lagi mencecah lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience