BAB 12

Romance Completed 977

“Kalau betul-betul ikhlas, tak boleh malas tau.”

Deana mencebik. “Sorry.”

“Apa dia? Tak dengar.”

“Haa..tak dengar sudah.”

“Tak ikhlas.”

“I...am...sorry......” Perkataan itu diucap satu-satu sambil sepuluh
jari disusun kemas.

Kael tersengih. “Okey. Accepted.”

“Fuuhh...”

“Lega?”

Deana terbatuk kecil. Air susu yang diminum rasa tersekat di kerongkong.
Kael masih tersenyum penuh makna. Cepat-cepat Deana menghabiskan terus
susu segelas.

“Seronok ke cuti tiga hari?”

“Ha?” Gelas kosong diletakkan di atas meja.

“Esok startbertugas balik tau!”

“Kalau orang tak nak?”

“Orang paksa.”

“Huh...tak gentlemanlangsung.”

“Siapa cakap orang ni stok gentleman? Orang stok kalau orang nak,
orang akan make sureorang akan dapat. Thanks for the hot
choc.Nah...” Mug yang sudah kosong disorong ke Deana . “Cuci.”Kael
terus meninggalkan ruang dapur.

Deana masih di situ. Merenung mug hitam dengan sisa hot chocdi tangan.
Jauh di sudut hati rasa lega kerana Kael kembali bertegur sapa
dengannya tetapi dalam masa yang sama, satu perasaan aneh turut menerpa
dan meresap ke seluruh urat saraf dan mengisi setiap ruang dalam badan.
Mata rasa segar. Jantung berdegup kencang. Dada rasa nak pecah. Rasa
macam lepas naik rollercoaster!

Cinta kita ibarat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience