BAB 16

Romance Completed 977

“Degil betul Kael ni tau.. Sama macam masa kecik dulu. Tak berubah
langsung...” Telinga Kael ditarik.

“Sekali ni je, Aunty.. Bukan selalu.” Pemuda ringkas berbaju T hitam dan
berseluar jeans biru pudar itu tersenyum.

Deana mahu ketawa. Bukan selalu??? Mana tempat kau ni selalu lepak kalau
tak ke theme park tu?

“Iye ke bukan selalu?” Puan Dewi memeluk tubuh. Kael dilihat sudah
menyarung kasut Macbeth ke kaki.

Deana yang bersandar di kereta tersenyum. Go, Mak, Go...! Bukan selalu
konon..... Huh!

“Ingat.. Jangan balik lewat.. Karang demam yang dah nak kebah tu jadi
teruk balik...” Puan Dewi mengingatkan Kael dan Deana . Kedua-duanya
mengangguk.

“Pergi dulu, Aunty.” Tangan Puan Dewi disalam.

“Pergi dulu, Mak.” Giliran Deana mencium tangan wanita awal 40-an yang
berdiri di muka pintu itu.

“Iye. Hati-hati tau..”

“Iye, Mak. Jangan risau.”

Sepanjang perjalanan, Kael yang duduk di tempat duduk penumpang di
sisi tidak berhenti daripada merenungnya. Siap memusing badan, duduk
menghadap ke arahnya lagi. Deana membetulkan letak bingkai cermin mata.

“Tengok apa dari tadi ni? Tak penat ke?” soal Deana tanpa menoleh.

Kael tersenyum “Suka hati oranglah.” Balasnya bersahaja.

“Orang tak selesa drivela.”

“Driveje la. Orang bukan kacau apa pun..”

“Orang tak selesa.”

“Nak orang selesakan ke?”

Bulat mata Deana memandang ke arah Kael yang masih tersenyum.

“Tengok depan lah.” Pipi Deana ditolak lembut agar berpaling ke hadapan.
“Orang tak nak mati dulu.”

Deana menutup mulut yang dah ternganga lalu kembali menumpu perhatian ke jalan raya. Demam Kael teruk sangat ke? Berhalusinasi ke
dia?Ya,Allah! Lindungilah aku!

“Fikir bukan-bukanlah tu.” Kael tergelak.

Erk!Deana akhirnya membuat keputusan untuk berdiam diri. Sepuluh minit
kemudian, kereta selamat diparkir di perkarangan taman tema. “Dah sampai.”

“Bukaklah pintu... Orang tak larat ni.”

“Kalau dah tak larat, sibuk nak pergi theme park buat apa...?”

“Orang teringin. Tak kesian dengan orang ke?”

“Hish!” Marah-marah Deana , langkahnya tetap juga diatur ke tepi kereta.
Pintu kereta dibuka untukKael . Pemuda itu menghulur tangan. “Nak
orang buat apa dengan tangan tu?”

“Tolong orang bangun la..”

Sakit tenat ke apa dah tak larat jalan apa semua?! Geramnya!Tangan
Kael tetap juga disambut.

“Jom!”

Deana masih tidak berganjak. Dia hanya memandang tepat ke wajahKael
yang kelihatan sangat gembira hendak melangkah masuk ke taman tema.

“Tengok apa?” Kael angkat kening.

Deana angkat tangan yang digenggam kemas olehKael .

“Kenapa?”

“Lepas.”

“Nanti orang nak pengsan ke apa, senang.. Ada orang pegang..”

“Ni siapa pegang siapa ni?”

Kael tidak mempedulikan Deana . Tangan Deana ditarik dan terus dipimpin
ke tapak rollercoaster. Di atas rollercoaster,Kael masih tidak
melepaskan pegangan tangannya. Deana pula seperti hilang rasa takut. Dia
dan Kael hanya berbalas renungan.

Jeritan pengunjung yang teruja bercampur takut menaiki
rollercoastermenyedarkan Deana dari lamunan. Cepat-cepat Deana berpaling
ke tepi.

Tiba-tiba. “Jadi girlfriendorang nak tak?”

Kael ditenung lama dengan rahang yang dah jatuh. Biar betul budak ni?
Dah gila ke??

“Kalau awak fikir orang tak serious, let me make it clear.. I do
serious. I’ve wait for so long. I’ve tried to forget but i’ve failed. I
am still hoping and still waiting since that day..Sejak orang budak
lagi orang nak awak tu jadi hak orang..Boleh tak janji ngan orang yang
awak takkan berubah jadi orang lain sampai orang datang jemput awak.”

Maksud? Seriously. Aku tak faham!!Deana menelan air liur yang terasa
berpasir. “Cakap apa ni,Kael ...”

“Janji tau!” Kepala Deana diusap lembut.

Deana kemudian tenggelam dalam perasaan yang bercampur-baur. Keadaan
hingar-bingar di atas rollercoasterkini menjadi senyap dan sunyi.
Hanya bunyi degup jantung Deana yang kedengaran kian jelas.

Cinta kita ibarat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience