BAB 8

Romance Completed 977

“Kenapa? Menyesal?”

“Menyesal apa?” Cepat-cepat Deana membuang riak sesal dan menggantikan
dengan wajah gembira. “Baguslah kalau macam tu!” Ego.

“Assalamualaikum.”

Jantung bagai nak gugur mendengar sapaan itu. Perut tiba-tiba rasa
sakit. Deana sedaya upaya tidak mahu angkat muka. Apasal dengan aku ni?
Macam tak biasa dengar suara tu??

“Wa’alaikumsalam... Haa..dah sampai pun,Kael . Uncle Madzlan mana?”

“Ada kat ruang tamu.”

“Kenapa ke dapur? Cari Deana ?” Usik Puan Dewi . Teko air dan cawan sudah
siap disusun di atas dulang.

Kael menggaru kepala yang tak gatal. “Kael nak mintak izin Aunty
untuk kahwin dengan Deana .”

Rahang jatuh. Deana bingkas berdiri. Bahu Puan Dewi digoncang. Dia
kemudian mendapatkanKael . Bahu pemuda itu turut digoncang. “Awak tak
boleh buat semua ni kat saya..........!!!” Deana menjerit.

“Hey....budak ni...” Hidung Deana ditekan-ditekan. “Bangun..! Bangun!”
Kael mahu tergelak. Puan Dewi sudah lama keluar dari dapur. Hanya
Deana yang masih duduk di meja makan, mengelamun.

“Ha? Awak cakap apa kat Mak orang tadi?” Deana bingkas bangun. Wajahnya
diraup perlahan. Berkhayal ke aku? Kedua belah pipi ditepuk-tepuk.
Apasal boleh imagine benda macam tu pulak! Nasib baik tak menjerit
betul-betul tadi... Tak boleh jadi ni.......!

“Orang cakap, lebih kurang dua minggu lagi parent orang sampai. Kami
dah jumpa rumah.” Balas Kael dengan riak bersahaja.

“Ha..iye ke??”

“Ha’ah. Happy?”

Deana senyum segaris. “Ha...happy.Apasal pulak tak happy? Orang dapat
balik bilik orang!”

“Tak sedih langsung ke?”

Deana membisu. Senyuman Kael masih belum pudar. Wajah gadis comel itu
direnung lama.

“Kamu berdua buat apa lagi kat sini ni?” Puan Dewi muncul di muka
pintu dapur. “Deana , Mak suruh Deana bawak pinggan karipap ke ruang tamu
tadi kan?”

“Haa... Deana bawaklah ni...” Cepat-cepat Deana meninggalkan ruang dapur
dengan dua pinggan karipap di tangan.

“Lutfie.. Jom. Minum sama-sama...”

“Baik, Aunty... Kejap lagi Kael datang.”

Cinta kita ibarat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience