BAB 17

Romance Completed 977

“Jangan sibuk nak bersolek, berfesyen ikut trendbagai. Jangan tukar
orbukak spec nerdawak tu..”

“Apasal?” Deana tidak puas hati.

“Orang tak nak berebut awak dengan siapa-siapa. Orang tak nak orang lain
jatuh suka kat awak. Ingat.”

Itu ucapan akhir Kael sebelum dia masuk tidur semalam. Paginya, entah
mengapa, Deana boleh terlewat bangun tidur. Anak tangga dituruni satu
demi satu.

“Ha..baru bangun anak dara bertuah ni...”

“Morning,Mak..”

“Dah gosok gigi belum?” soal Puan Dewi sebaik melihat anak gadisnya
yang masih berpijama corak Spongebob. Dia kemudian menuang milo panas ke
dalam cawan di hadapan Deana . Gadis itu seakan mahu terlena di meja makan
dengan kepalanya di atas meja.

“Sudahlah, Mak..” Deana angkat muka. Aroma nasi goreng yang menerpa
hidung menaikkan semangatnya untuk tidak terus terlena. “Abah mana? Abah
dah balik dari Singapura lewat malam tadi kan?”

“Abah ke townawal pagi lagi..”

“Buat apa di StarDust?”

“Laa... Abah pergi airport.Habis, Deana ingat SummerShine ni ada
airport?”

“Airportlagi? Nak pergi mana lagi? Busybetul Abah sekarang... Tak
sempat duduk sarapan sama-sama pun..”

“Abah dah sarapan dengan Mak, dengan Kael tadilah.. Deana tu yang
lambat bangun..”

“Habis tu? Kenapa pergi airport?”

“Abah hantarKael .” Puan Dewi melabuhkan punggung di kerusi
berhadapan Deana sebelum menghirup milo dari cawannya.

“Lutfie??” Nasi yang baru disudu ke mulut hampir tersembur keluar.
“Kael balik hari ni? Bukan parentdia nak datang sini ke?”

“Parentdia datang nanti laa... Dia balik. Cuti dia dah habis.”

“Pukul berapa flightdia? Kenapa dia tak cakap kat Deana pun??”

“Pukul 11.45.”

Jam di dinding dapur dipandang sekilas. Sudah pukul 10.30 pagi. Kalau
dia hendak kejar pun, perjalanan ke StarDust mengambil masa dua jam.
Sudahnya dia belum mandi. Memang dah tak sempat. Kenapa kau bangun
lewat, Deana ?! Kenapa...... ? Habis... malam tadi malam terakhir dia
spend dengan aku, sebab tu beria-ia nak ke theme park walaupun demam??

“Kenapa, Deana ?” Suara Puan Dewi menghentikan lamunan Deana .

“Tak..takda apa-apa.”

Wanita itu senyum sinis. “Mak ingat Kael dah bagitau kat Deana sebab
korang berdua macam rapat..”

“Takda, Mak. Dia tak bagitau orang langsung pun! Itu yang orang hairan.
Kenapa pergi macam tu je? Takda adab langsung! Patutnya dia bagitau
orang dulu.. Semalam masa main kat theme parkdiabuat macam biasa
je.. Ni, demam dia dah sembuh ke tak tiba-tiba nak balik Ireland??”

“Yang Deana marah sangat ni apasal? Bukan Deana orang yang paling
happyKael dah balik tinggalkan kita ke? Deana tunggu kan saat ni..?
Saat Deana dapat balik bilik Deana .”

Erk... Deana menelan air liur. Kenapa emosinya harus tertumpah
betul-betul di hadapan Puan Dewi , memang susah nak lap lagi. Wanita
itu pasti sudah dapat menduga.

“Deana pun suka kat dia ye.....”

“Mak... Mak cakap apa ni?” Bulat mata Deana memandang wajah Puan Dewi
yang sudah tersenyum sinis. Apa maksud ‘pun suka’ yang Mak cakap tadi
tu? Dia tahu Kael sukakan aku? Macam mana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience