BAB 6

Romance Completed 1040

Empat bulan kemudian…..

Terkilan! Cuma itu yang diselami Saerah . Majlis perkahwinan Sylvia , dia
tidak dibenarkan menyiapkan pelamin kepada pengantin. Tugasnya melayan
tetamu undangan semata. Puan Salwa melarang habis-habisan juga semasa
Nek Su mengusulkan cadangan supaya Saerah menjadi pengapit. Kata
ibunya, dia sudah serik. Dia tidak mahu kenduri untuk puteri
kesayangannya musnah akibat sikap melulu Saerah . Dari jauh Saerah
menonton pasangan indah itu. Mahu menangis, airmatanya sudah kering.
Baju yang tersarung di tubuhnya pun ala kadar. Entah mengapa, dia tidak
terpanggil untuk mengenakan pakaian yang serba meriah coraknya. Pakai
apa yang ada.

“Dayah, apasal tercegat kat sini?” Puan Salwa menyentakkan lamunan Saerah .

“Err, tak ada apa…Dayah…”

“Dah tu? Pergilah layan tetamu. Termenung dari semalam. Kalau dah tak
ada kerja sangat, tolong mak cik-mak cik kat belakang tu cuci pinggan.
Suka sangat curi tulang. Nasib baik Dayah tak jadi pengapit.”

Saerah mengerling sekilas pasangan pengantin yang sedang duduk di atas
pelamin. Ceria muka mereka berdua. Shazriel, Sylvia …Mereka saling
melengkapi.

“Sal , cakap tu tapislah sikit bahasa.” Encik Zamri menegur. Isterinya
mencebik. Saerah beredar. Merajuk hati! Ibunya kerap menyiat
perasaannya dengan kata-kata pedas.

“Saya bukan apa bang, jiwa raga saya dah sakit. Sylvia tu anak saya.
Selama ni saya sabarkan aje dengan perangai Si Dayah tu. Dia memang tak
boleh diharap langsung. Bahu Sylvia melecur, kaki Sylvia lumpuh, semuanya
datang dari Dayah.” Mujur ketika itu ramai undangan. Agak riuh suasana
kenduri dek dendangan lagu yang dipasang oleh DJ. Puan Salwa berdiri di
pintu pagar menyambut para insan yang dijemput ke majlis meriah itu.

“Eh, Sal … Sylvia bukan satu-satunya anak awak. Dayah dan Sylvia tu kembar.
Anak kita berdua. Jangan berat sebelah. Sembilan tahun peristiwa
berlaku. Awak masih susah nak maafkan Dayah?”

Puan Salwa berdehem. Selendang di kepala dibetulkan sedikit. Cuaca
boleh tahan panas tengah hari itu. Bicara Encik Zamri juga mencetuskan
bahang berapi di dadanya. Puan Salwa menghela nafas.

“Saya sayangkan Sylvia . Anak yang saya lahirkan asalnya sempurna. Tapi
Dayah…Kerana dia, Sylvia cacat. Haih…Abang pun satu, saya suruh abang
hantar Dayah duduk kat kampung sekejap, abang tak nak. Sylvia dah kahwin,
dia bila pula? Duduk kampung senang sikit cari jodoh. Ringan beban saya.
Dahlah, saya masuk ke dalam kejap. Letih bersembang dengan abang.”

Saerah mengelap peluhnya guna hujung tudung bawal yang dipakai.
Bagaimana caranya lagi untuk dia mendapatkan kata ampun dari ibunya?
Segalanya hilang sekelip mata. Kaki melangkah ke belakang rumah. Bangku
plastik bertona kuning diambil. Letak di tepi besen besar.
Terbongkok-bongkok Saerah mencapai pinggan-pinggan kotor. Pili air
dipulas. Menyental-nyental gelas kaca dan pinggan mangkuk. Telinganya
sudah tidak mengendahkan suara-suara manusia yang terpekik terlolong
meminta bantuan. Yang dia tahu, tugasnya membersihkan perkakas makanan.

Biasanya, andai ada di antara ahli keluarga yang berkahwin, golongan
terdekat tidak melakukan kerja begini. Tetapi tidak pula Saerah . Pada
hari perkahwinan kembarnya sendiri, dia tidak berkesempatan menjadi
pengapit adiknya. Peluang hanya sekali. Shazriel,…Aduh! Sedihnya apabila
mengenangkan jejaka itu sudah dimiliki. Untungnya Sylvia …

“Ya Allah, Dayah… Isy! Kamu ni janganlah buat kerja ni. Pergi duduk
depan. Tadi Sylvia cari Dayah. Diorang nak bergambar satu keluarga.”

“Sikit aje Nek Su. Alah, Sylvia yang kahwin takkan Dayah tak tolong pula.
Bukan ke yang sepatutnya bergambar tu pasangan pengantin?” Lincah
tangannya membilas objek-objek kaca itu. Nek Su meneliti raut Saerah
yang tidak bercahaya. Kelihatan lesu. Bawah matanya juga bengkak.

“Dayah sayang, pasangan pengantin nak juga ambil gambar dengan ahli
keluarga. Pergilah. Tinggalkan semua bekas-bekas ni. Nanti Nek Su suruh
orang lain ambil alih.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience