BAB 13

Romance Completed 1040

Ibu, Dayah hanya seorang manusia yang sering lemah dan daif. Sembilan
tahun Dayah cuba memujuk ibu dengan harapan ibu mengampunkan kesalahan
Dayah. Namun, hati ibu lebih memilih untuk mengajar Dayah agar terus
bersikap berperikemanusiaan. Tak pernah sesekali Dayah membenci ibu.
Malah perasaan sayang terhadap ibu kian bertambah dari sehari ke sehari.
Walau tidak pernah ibu mendakap tubuh ini, Dayah tetap bersyukur. Ikhlas
Dayah katakan, Dayah gembira dapat melihat wajah lembut ibu meski anak
mata ibu tidak ketersampaian mahu membalas tatapan Dayah. Terima kasih
bu, kerana mendidik Dayah selama ini…

Abah, Dayah sayang sangat kat abah. Abah seorang bapa yang
bertanggungjawab. Memberi makan minum tanpa berkira. Abah wajar dapatkan
jutaan penghargaan. Pengorbanan abah tanpa bayaran, khidmat abah juga
tiada paksaan. Dayah sering mendambakan kelembutan seorang bapa dalam
memesan nasihat, abahlah lelaki itu. Dayah rindukan abah… Abah yang
tulus mengesat airmata ini jika bercucuran. Tapi apakan daya, Dayah
sering dihantui rasa bersalah. Mengasihi Sylvia tanpa berbelah bahagi
barangkali salah satu langkah untuk Dayah melunaskan segala hutang
kesalahan Dayah…Maafkan Dayah, abah. Maafkan Dayah.

Sylvia , maafkan aku atas perbuatan aku. Aku harap janganlah kau
menangisi pemergian aku. Aku sentiasa segar di hati kau. Curahkanlah
kasih sayang kau terhadap ibu dan abah sebanyak yang boleh sepertimana
diorang mengasihi kau sepenuh hati. Selagi nyawa di kandung badan,
hargailah mereka. Aku sedar, aku tidak terdaya menggantikan anggota
tubuh kau dengan apa-apa. Andai aku memiliki kuasa, pasti aku akan
kurniakan kau sepasang sayap untuk kau berterbang bebas. Apa pun itu
cuma dusta. Aku hanyalah insan biasa yang sering alpa dan tetap perlu
bergantung hidup pada Dia Yang Maha Satu.

Ya Allah,

Aku bagaikan setitis air di lautan-Mu yang luas,

Aku bagaikan sebongkah batu yang tiada sekelumit erti,

Aku bagaikan sebatang ranting yang rapuh termakan usia,

Aku bagaikan segenggam debu yang berhamburan Ya Robb…

Ya Allah, aku menyedari betapa tiada ertinya diriku di hadapan-Mu Ya Robb

Betapa hina dan bodohnya diri ini di hadapan-Mu.

Andai waktu dapat dikembalikan, andai masa tidak berganti,

Maka aku akan berusaha untuk menyedari siapa diri ini Ya Allah…

Terkadang bibir basah oleh ludah kebohongan, terkadang pula mata
berbinar oleh airmata kepalsuan, dan terkadang hati ini luluh oleh niat
kemaksiatan.

Ya Allah, tuntunlah kami dengan keredhaan-Mu,

Bimbinglah kami dengan pengampunan-Mu, agar aku dapat berjalan lurus di
atas takdir-Mu,

Dan tidak sesat saat ajal ku menjemput….

Ibu, abah dan Sylvia …

Semoga kita sekeluarga bertemu lagi di syurga-Nya, Insya-Allah…

Salam sayang,

Saerah …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience