BAB 8

Romance Completed 1040

“Sayang,…” Shazriel memeluk bahu isterinya. Sylvia tersenyum nipis.
Tangan suaminya dikucup lembut. Shazriel mendukung tubuh isterinya lalu
diletakkan di atas ribanya. Sylvia tergelak manja. Leher suaminya
dipahut. Sama-sama menebarkan pandangan ke luar balkoni. Menikmati
bunyian cengkerik pengganti muzik malam.

“Sorry ya bang, Sylvia menyusahkan abang pula. Bawak Sylvia pergi ke hulur
ke hilir. Kesian abang.”

“Jangan cakap macam tu, sayang. Sylvia kan isteri abang. Nanti abang bawak
Sylvia pergi honeymoon”

“Umm, boleh ke?”

Shazriel membelai rambut halus milik isterinya. Tangannya mengeratkan
lagi pelukan.

“Untuk isteri abang, apa saja mesti boleh. Abang sayang Sylvia .”

“Sylvia pun sayang abang. Kita pergi bercuti tu, bawak Saerah sekali tak?
Kesian dia duduk sorang kat rumah.” Sylvia jadi diam sendiri. Sebut
berkenaan Saerah , kembarnya banyak berubah. Kurang bercakap. Acuh tak
acuh sahaja dia mengujarkan sesuatu. Semenjak dia bernikah, Saerah
jarang mengajaknya berbual. Sekali pun diajak, Saerah pasti menolak.
Sibuk katanya. Tertanya-tanya juga, Saerah sering mengemas rumah.
Membersihkan segala ruang yang ada dalam rumah sehabis licin. Katanya,
dia hendak bereskan khidmatnya sebagai seorang anak sebelum dia pergi.
Agak aneh gaya bahasa yang digunakan Saerah .

“Sayang, inikan bulan madu kita. Harap Sylvia faham.Mungkin lain kali
ajelah kita pelawa Dayah.”

“Bukan apa, Sylvia tiba-tiba risaukan Dayah. Rajin dia sejak dua menjak
ni. Macam tak tahu penat. Bila Sylvia suruh dia berhenti, dia mesti
cakap…sebelum dia pergi, dia nak bereskan kerja rumah. Sylvia pelik. Dayah
tu buat diri dia sendiri seperti hamba kat rumah ni. Ibu pula asyiklah
marah-marah dia.”

Shazriel menghela nafas. Tangan si isteri dipegang kukuh.

“Dayahkan nak ikut Nek Su balik kampung. Dayah tak cakap ke?”

Sylvia menggeleng seraya membulatkan biji mata. Terkejut!

“Kenapa dia nak ikut Nek Su?”

“Entah. Sajalah tu kut, nak makan angin.”

“Mesti dia merajuk dengan ibu.”

Shazriel menelan liur. Pandangannya tepat memaku pada Sylvia .

“Ibu marahkan Dayah. Sebab …” bibirnya dijuihkan sedikit menunjuk ke
arah sepasang kakinya. “Dan ni…” Sylvia menarik sedikit kolar bajunya.
Kulitnya merah bertompok. “Dulu, Dayah pernah tumpahkah air panas.
Terkena bahu Sylvia . Tapi Dayah dah minta maaf. Dia sapukan ubat setiap
malam sebelum tidur kat bahu Sylvia . Ada sekali tu, masa Sylvia tengah
terlena, Dayah peluk Sylvia . Kesan melecur ni, dia kucup sambil menangis.
Lepas dia kena sebat dengan ibu. Sylvia sayangkan Dayah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience