BAB 7

Romance Completed 1040

“Dayah seganlah, nek. Baju Dayah tak lawa. Malaslah nak bergambar dengan
imej begini.” Selorohnya selamba.

Saerah tetap enggan. Badannya langsung tidak berganjak. Statik di satu
tempat. Sentalannya semakin kuat, semakin laju. Geram! Cemburu itu
memang sudah tidak dapat dipisahkan daripada jasadnya. Mengapa Sylvia
yang perlu dilebihkan? Mengapa di mata semua insan, Sylvia adalah yang
terbaik? Sedangkan kawan-kawan kolejnya semua menganggap Sylvia lebih
bijak daripadanya. Hilang begitu sahaja akrab persahabatan antara
Saerah dan mereka yang berkenaan. Awal pagi tadi, bukannya tiada rakan
sekuliahnya hadir,…tapi semuanya mencari Sylvia . Siapa Saerah di depan
mereka?? Pada pandangan mata Puan Salwa , Saerah lah pembawa malang. Di
mata Shazriel pula, Saerah mudah dipergunakan sebagai jalan pintas bagi
mendapatkan Sylvia .

“Saya sayangkan Sylvia . Anak yang saya lahirkan asalnya sempurna. Tapi
Dayah…Kerana dia, Sylvia cacat. Haih…Abang pun satu, saya suruh abang
hantar Dayah duduk kat kampung sekejap, abang tak nak….”

“Dayah, Dayah…” Nek Su menghalang Saerah dari melanjutkan kerjanya. Air
mukanya Saerah pilu. Wajahnya menunduk.

“Nek Su, Dayah nak minta izin.”

Nek Su mengusap cucunya.

“Minta izin apa, sayang?”

“Dayah nak ikut Nek Su balik kampung. Dayah tak mahu tinggal kat sini.
Nek Su benarkan ya? Ibu tak suka Dayah. Shaz pula kahwin dengan Sylvia .
Dayah jahat. Dayah buat Sylvia cacat. Dayah jahat!” Tersedu-sedan dia
menangis di bahu neneknya. Nek Su sahajalah yang memahami perasaannya.
Airmatanya mengalir deras. Terasa tiada guna! Terasa seperti sampah
sarap yang disepak-sepak. Sembilan tahun Saerah tidak diambil peduli
oleh Puan Salwa . Seperti dirinya terlalu jijik. Sebelah mata pun, Puan
Salwa tidak kempunan…

Nek Su mengelap mutiara jernih yang luruh di lekuk pipi gebu Saerah .
Sebagai seorang nenek kandung, dia juga dapat merasai pergolakan jiwa
Saerah . Saerah …Nama yang penuh bermakna. Saerah …nama yang dia
cadangkan sewaktu Puan Salwa mengandungkannya.

“Syy, tak mahu menangis, Dayah. Dayah cucu Nek Su yang cantik, baik,
lembut,…pandai jaga hati semua orang. Nek Su sayang Dayah.”

“Dayah nak ikut Nek Su. Dayah nak habiskan masa hidup Dayah dengan Nek Su.”

“Boleh, sayang…” Bahu Saerah ditepuk-tepuk. Dahi cucunya dikucup.
Meredakan kesedihan yang bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience