BAB 3

Romance Completed 1040

Saerah bungkam. Sentap! Biarlah… Biarlah kebahagiaan itu menjadi milik
hakiki buat Sylvia . Andai perkahwinan adiknya bersama Shazriel dapat
membayar setiap satu kedukaan yang memeritkan Sylvia suatu ketika
dahulu, Saerah rela. Dia menggengam erat tangannya antara satu sama
lain. Saat dia melihat wajah senyuman mekar di raut Sylvia , Saerah
merasakan kedamaian yang tidak berbelah bahagi. Benaknya tenang dan
aman… Andaikan saja Saerah dapat menyentuh jiwanya, pasti dia akan
membelainya. Betapa indahnya jika Puan Salwa tahu bisikan kata hatinya…

Saerah sibuk berkerja di dapur menguruskan makan minum tetamu. Sekejap
ke dapur, sekejap ke depan menghidangkan kuih-muih. Sylvia di meja makan
berseri-seri. Shazriel rancak berbual dengan kembarnya. Terasa bahunya
disentuh. Hidaya menoleh. Oh! Nek Su…

“Ya nek? Nenek nak buah? Dayah tolong potongkan.”

Wanita tua itu menggeleng. Dia mengintai sejenak ke luar dapur. Sylvia
dan Shazriel bermesraan. Inikah namanya cinta? Bagaimana pula Saerah ?
Sedangkan Saerah lebih lama mengenali hati budi Shazriel. Dapatkah
cucunya itu menerima Shazriel sebagai adik iparnya kelak?”

“Dayah, Sylvia dan Shaz rancang akan bertunang bulan depan.”

Saerah mengangguk.

“Dayah tahu. Rezeki Sylvia kahwin dulu daripada Dayah. Tak apalah nek,
jodoh dia dah sampai.” Memaksa jua lidahnya supaya redha. Sylvia itu
adik kembarnya. Dia hilang nikmat berjalan, tetapi Allah gantikan dengan
seorang lelaki yang ikhlas menyayanginya. Saerah mengetap bibir. Shazriel…

“Nek Su tahu Dayah cintakan Shaz.”

Sebaris ayat itu menggoyahkan perasaan Saerah . Terasa ingin menangis.
Segala yang dia dapat pada awalnya, pasti akan menjadi milik kekal buat
Sylvia . Dia terpaksa korbankan perasaannya. Walau ia sakit, walau ia
basah berdarah…Saerah cuba pendam dalam sanubari.

“Err, Dayah nak keluar sekejap ya, nek.”

Lantas dia berlalu. Melewati meja makan yang masih girang dek
suara-suara tetamu. Ekor mata Shazriel mengiring langkah Saerah yang
sudah melangkah keluar. Mengapa? Entahlah…

“Dayah…” seru Sylvia mematikan tapak Saerah . Kakaknya berpatah balik.
Meninjau ke dalam pintu utama.

“Kau nak pergi mana?”

“Oh! Tak ada pergi mana-mana. Aku nak duduk luar aje…”

Shazriel memanahkan pandangannya ke arah Saerah . Perempuan itu lekas
berpaling. Dia enggan menatap raut jejaka itu lagi. Shazriel, calon
suami Sylvia . Bakal adik iparnya juga. Tak perlu menyimpan rasa kasih
terhadap si lelaki itu. Saerah menghalakan kakinya ke buaian di taman
permainan di depan rumahnya. Deruan bayu malam membisikkan madah agar
teruskan berkental jiwa. Saerah duduk memeluk lutut di atas bangku. Dia
mengaku…Hatinya memiliki dua rasa. Rasa pertama untuk si dia di sana.
Kedua, saat indah semasa Saerah bersama Shazriel. Sukar sekali untuk
membicarakan soal ini…Kunang-kunang menyinari langit yang gelap.
Menerangi hatinya yang redup. Saerah mulai berangan tentangnya dan
Shazriel.

“Dayah…” satu suara garau menegurnya. Saerah mendongak. Lekas dia
bangkit ingin beredar.

“Eh, nantilah dulu. Awak marahkan saya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience