BAB 5

Romance Completed 1040

Lama Saerah mendiam. Akhirnya gelengan kecil dia hadiahkan buat Shazriel.

“Awak akan jadi suami kepada Sylvia . Waktu tu, tiada lagi istilah teman
karib. Sekali lafaz akad nikah yang awak lancarkan depan abah saya, kita
akan pegang taraf masing-masing. Dan layanan antara kita juga berbeza.
Itu kenyataannya.”

Saerah berundur. Kini….Perih yang mencucuk sanubari telah melenyapkan
kesemua masa lalunya. Impiannya bersama Shazriel pupus serta-merta. Rasa
cemburu mengikat erat penggal hatinya yang terpaksa menempuh kesakitan
ini keseorangan….

‘…Atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia
semata-mata?’

“Maknanya, awak mahu menjauhkan diri daripada saya?”

“Itu yang terbaik, Shaz. Tiada jalan lain selain cara ni. Sylvia tak
layak simpan rasa cemburu terhadap saya hanya disebabkan kita menganggap
antara satu sama lain sebagai sahabat. Sylvia tu sifatnya lemah lembut,
mudah tersentuh. Awak akan lebih kenal dia selepas korang berdua nikah.
Sylvia tu perempuan yang baik. Dan terima kasih kerana terima kekurangan
dan kelebihan dia”

Lelaki itu menekur rumput lama seraya menyeluk kocek seluar. Tika
matanya mencari kejujuran di sebalik tabir anak mata milik Saerah ,
perempuan itu pula tidak membalas renungannya. Shazriel melepaskan
keluhan berat. Tak terjangka hanya sebatas waktu mereka bersama. Seakan
baru kelmarin dia bercanda dengan gadis di depannya merangkap si bakal
kakak iparnya.

“Mungkin sebelum ni saya selalu rasa kelakuan saya betul. Tapi saya
terlupa dan seringkali terlupa perasaan awak. Sekali lagi saya minta maaf”

Saerah berpusing tubuh.

“Saya tak nak ingat lagi peristiwa yang pernah kita lalui bersama. Saya
bukan sahabat lama awak. Saya akan anggap yang kita tak pernah jadi
teman sehingga saya sendiri tak mahu kenangkan sahabat saya bernama
Shazriel”

Kini kepasrahan mulai membuncah. Kesedihan akan cuba dia hancurkan.
Semuanya silih berganti, berputar bagaikan roda yang tiada bucunya.
Menempuhi hari tanpa adanya kabus bayangan Shazriel. Cuma sebuah
kenangan yang tertinggal. Kerana segalanya hanya menjadi derita bagi
Saerah . Akan dia makamkan di dasar hatinya. Memudarkan raut lelaki itu
perlahan-lahan dan tidak akan membukanya kembali.

“Mulai detik ni hidup kita telah berlainan arah. Kita berjalan sendiri
mencari kehidupan masing-masing. Berbahagialah awak bersama isteri awak
nanti”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience