BAB 12

Romance Completed 1040

“Dayah, maafkan ibu…” kelopak bunga kertas yang menutup muka pusara
disentuh. Tak berpeluang menatap wajah si anak buat kali terakhir
selepas dikafankan. Saerah pergi tanpa keluarga di sampingnya.

Sylvia turut menangis. Jika semalam kakaknya sihat walafiat, siapa
sangka hari ini Saerah meninggal dunia. Rindunya dengan gelak tawa
Saerah . Dalam diam Sylvia memohon ampun. Saerah sering terasa
kekosongan setelah segalanya berpindah kepada Sylvia . Shazriel menekur
batu nisan yang menjadi pengganti diri buat Saerah . Nek Su menyentuh
bahu Puan Salwa .

“Sal , walau pun dulu arwah Saerah sihat walafiat orangnya tapi dia
tetap manusia yang ada perasaan. Sembilan tahun jiwanya terseksa.
Inilah…Andai kita tak menghargai anugerah yang telah Allah hadiahkan
untuk kita, dia akan ambil semula. Saerah tu pinjaman dari Dia. Kau tak
jaga, kau tak berikan kasih sayang,…Biarlah Allah SWT yang kasihi
Saerah kat sana. Sepanjang perjalanan malam tadi, dia asyik luahkan kat
mak…Kata Dayah, dia sayangkan keluarganya. Nah…” sehelai kertas
dihulurkan kepada Puan Salwa . Perempuan itu sambut…

Assalamualaikum ibu abah dan Sylvia ,

Pertama sekali Saerah ingin menyusun sepuluh jari kepada kalian. Ibu,
kerana buah cinta ibu dan abah, Dayah dapat mengenal dunia dengan segala
indahan dan beraneka kisah cerita. Dayah bersemangat membesar dengan air
tangan ibu juga gigih berdiri bersama keringat seorang bapa. Ibu, Dayah
dewasa besertakan leteran ibu yang membuatkan Dayah rindukan ibu
sepanjang hayat. Melihat ibu menangis, Dayah jadi kalah dan lemah.
Maafkan diri ini kerana banyak menyusahkan ibu. Dayah gagal menjadi
seorang anak yang bertauliah. Dayah telah melukakan hati ibu dengan
menyakiti Sylvia .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience