BAB 11

Romance Completed 1040

Jiwanya bertanya kepada Yang Maha Esa. Bilakah waktu itu datang padanya?
Tak bisa dia membayangkan raganya sudah tidak berdaya ..namun tak mampu
juga dia menafikan. Perkara itu pasti terjadi. Tubuh Saerah kian
melemah…Lidahnya semakin kelu dan kaku. Tanpa bicara, telinga pula
seolah-olah pekak. Malah sepasang matanya kuyu seakan orang buta. Gelap,
gelap…dan gelap…Saerah terasa hidungnya basah. Apabila disentuh merah
menyala. Bergema-gema ajakan Talqin menyerunya. Raganya mendingin. Tiada
yang Saerah tafsirkan selain kecemasan jua ketakutan. Kini tiada lagi
yang bererti. Harta, keluarga, dan tahta…Sekiranya ia layak di jinjing
di alam sana, maka ia pasti menjadi tebusannya. Allahuakbar!

Saerah jatuh longlai di atas tikar sejadah berbungkus telekung putih
yang bersih.

Mata yang selama ini selalu melihat indahnya dunia tertup perlahan. Kaki
yang digunakan untuk menjelajahi bumi telah terhenti. Begitu juga hati
yang sering singgah di hati seorang insan kini tidak lagi berdenyut.
Lantaran tangan yang dahulu menggenggam kini sudah tidak berguna.
Tubuhnya sebelum ini kenyal bergerak kini terbujur kaku. Selepas ini
segala pancainderanya akan berlapikkan kain kafan.

Saerah pergi dalam keadaan tenteram. Doanya berharap satu saat nanti
akan ada seseorang yang lain dia nantikan mengikhlaskan tangannya untuk
menggenggam seraya berkata bahawa si dia sudi menemani Saerah di syurga
kelak….

“Entah. Lepas kampung, ada satu tempat lagi yang aku wajib pergi. Tak
tahu bila aku akan balik. Mungkin seratus tahun akan datang, aku tetap
belum balik waktu tu.”

“Sekali ni aje, bu. Dayah nak peluk ibu untuk kali terakhir…”

“Dayah…” Sylvia merintih pilu.

Kesesatan lalu lintas menyebabkan perjalanan mereka terganggu. Maka,
selama sembilan tahun Puan Salwa tidak pernah mendakap Saerah bermula
dari peristiwa Sylvia kemalangan, ia umpama sekelip mata. Seperti satu
petikan jari, Saerah pergi buat selama-lamanya. Dia telah mensia-siakan
Saerah . Di atas pusara si anak dia merintih. Menyesal…Allah SWT telah
mengambil semula Saerah daripadanya. Andai dahulu Puan Salwa
dikurniakan sepasang anak kembar Saerah dan Sylvia , hari ini anaknya
tinggal seorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience