BAB 2

Romance Completed 1040

Saerah gembira. Puan Salwa menolak kerusi beroda yang dihuni Sylvia
masuk ke rumah mereka sekeluarga. Encik Zamri memimpin tangan Saerah
menyusuli langkah isteri dan anak keduanya. Sebelum Saerah menuju ke
dapur, sempat dia meneguk segelas air di dapur terlebih dahulu. Dari
dapur lagi, sudah kedengaran suara Sylvia yang bergelak tawa. Ada
ayat-ayat pujian yang terlontar di mulut Puan Salwa yang terpegun
dengan keayuan Sylvia mengenakan pakaian yang baharu dibeli tadi. Aduh!
Berkobar-kobar Saerah ingin membelek pakaian untuknya juga. Laju dia
meluru ke ruang tamu sederhana besar itu. Beg kertas Jusco dipegang.

Pap! Puan Salwa menampar lembut tangan Saerah . Gadis itu menjongket
kening.

“Baju-baju dalam beg tu, Sylvia punya.”

Saerah mengangguk. Kerlingan matanya menangkap satu lagi kelibat beg
kertas berwarna merah bertulisan putih. Baharu sahaja dia mahu capai…

Pap! Sekali lagi tangannya ditepuk.

“Itu kasut Sylvia . Tangan tu duduk diam-diam.”

Encik Zamri berkerut geram. Lantas pergelangan tangan isterinya ditarik.
Bibirnya didekatkan di cuping telinga Puan Salwa .

“Awak ni kenapa Sal ?”

“Kenapa apa?”

“Awak tak belikan untuk Dayah?” soal Encik Zamri bernada keras. “Sal ,
awak lupa ke yang anak kita ada dua orang. Awak ni lebihkan Sylvia bukan
main. Si Dayah tu awak buat tak peduli aje.”

Puan Salwa memuncung. Isy!

“Abang, Sylvia tu sakit. Abang tak nampak keadaan dia? Jadi memang
patutlah saya kena belikan Sylvia baju, kasut, semua tu. Saerah sihat
fizikal. Kalau dia nak apa-apa dia boleh cari sendiri. Kita boleh bawak
dia pergi beli baju baru. Ha, dengan kaki dia, satu bangunan dia boleh
ronda. Tapi Sylvia ?” bagaikan peluru yang terpancul keluar dari pistol
kata-katanya terluah. Encik Zamri mengguman sendiri. Mereka berdua
kembali menerpa ke ruang tamu. Sylvia di samping Saerah masih
mengacu-acukan pakaiannya ke tubuh kakaknya. Saerah mengerti, bahagian
untuknya sifar. Keseluruh barangan yang terdampar di dalam beg kertas
adalah milik Sylvia sepenuhnya. Dia tiada hak menyentuh segala pemberian
Puan Salwa .

“Sylvia , pagi tadi ibu telefon Shaz. Ibu ajak dia datang makan malam kat
sini. Auntie Mina dan uncle Ahmad pun ada sekali. Dia nak jumpa Sylvia
katanya. Sylvia sukakan Shaz, kan?”

Sylvia tersipu malu. Sementara Saerah mencengkam baju. Shazriel, teman
karibnya sewaktu di kolej. Pada hari raya tahun lepas itulah kali
pertama Shazriel bersua muka dengan Sylvia . Itu pun Saerah selaku orang
tengah. Apa pun lebih menjadi tidak sangka selepas mendapat tahu Encik
Ahmad merupakan rakan sekerja bapanya. Sama-sama mengajar di Universiti
Putra Malaysia. Saerah di sofa cuba memaniskan mukanya. Shazriel,
lelaki itu seperti memberi harapan kepadanya untuk didekati. Layanan
Shazriel terhadapnya berhasil membuahkan cinta. Namun sungguh tidak
sangka, Shazriel lebih tertarik pada Sylvia . Adiknya juga begitu.

“Ibu tahu Sylvia sukakan Shaz. Ibu pun sukakan dia. Orangnya baik. Umur
Sylvia pun dah sesuai sangat untuk berkahwin.”

“Tapi Sylvia tak sempurna. Sylvia tak boleh berjalan.” Suaranya mulai
kendur. Matanya menekur sepasang kakinya yang kaku mematung. Encik Zamri
menghampiri Sylvia .

“Sylvia , Shaz tu boleh terima Sylvia seadanya. Uncle dan auntie dah setuju
mahu satukan Sylvia dengan Shaz. Shaz pun suka Sylvia jadi isteri dia.
Eloklah Sylvia dan Shaz setuju.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience