BAB 3

Horror & Thriller Completed 5929

Kata sepakat telah diperolehi. Mereka mengambil keputusan untuk bertolak pada awal pagi hari Khamis. Hakimi sibuk mengemaskan segala barang-barang yang ingin di bawa bersama. Pelbagai keperluan penting perlu di bawa.

Villa Kejora menyimpan rahsia besar yang hanya diketahui oleh segelintir manusia dalam keluarga Hakimi. Ada perkara yang perlu disimpan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang buruk. Tapi, kebanyakan perkara perlu dihadapi walaupun kita tidak suka dan tidak sanggup. Yang pastinya, setiap pesanan dari Ustaz Ilham sentiasa disimpan kemas di dalam mindanya.

“banyak ke barang yang kau bawa Kimi….?” Adi menepuk bahu Kimi

“aduuu…kau ni Adi…terperanjat aku…bila kau sampai ni”

“baru jek ni..kau kenapa…? sihat ke tak…? asyik terperanjat jek…”

“hish..kau ni..aku ok la…kau dah kemas barang kau ke..?”

“dah kemas da…”

“mana barang-barang kau…?”

“kat rumah sewa aku la…ha..apa cerita tempat yang kita nak pergi ni..kate nak cerita, ni aku dah datang ni..apa lagi..cerita la”

“kau ni..sabar la. Bagi aku letak beg ni dulu”

“owh..abang..dah ada destinasi nak cari bahan assignment tu ey..kat mana..?”

“menyampuk la kau Is..”

“macam ni..kau ingat Villa Kejora..Villa mama kat atas bukit tu…?”

“ingat…kenapa…? kita nak pergi situ ke…?”

“aku rase nak pergi umah mama tu..mama dan abah kan ade satu bilik yang diorang simpan barang koleksi diorang..kita kaji je la barang diorang tu..senang sikit..apa-apa hal boleh tanya mama dan abah jek..kau rase macam mana…? ke..kau ade tempat kain yang lagi menarik…?”

“kusut nak pk pasal tempat-tempat ni..aku ikut kau jek..mana kau rasa ok..aku ok jek..betul juga kate kau tu..apa-apa hal kita boleh tanya mama dan abah jek…”

“confirm ke abang nak pergi buat assignment kat villa mama tu…?”

“betul la Is…kenapa…? tak boleh ke…?”

“tak ada la tak boleh..tu macam bukan nak buat assignment jek..nak lepak-lepak bercuti jek…”

“serius ni..nak buat assignment la..tiga minggu tu tak sempat nak g carik lain-lain tempat…”

“errrr..abang..Is nak ikut boleh tak…?”

“aku dah agak da Kimi..dari care die cakap tu..aku tau da die memang nak ikut…”

“nak ikut…? set..tapi kena tolong kitorang buat assignment…boleh…?”

“peh..kan..berkira sey…takkan abang 2 orang jek 1 kumpulan…?”

“ada lagi sorang la..tapi aku cukup tak berkenan dengan dia…”

“siapa abang Adi…?”

“Erul…”

“Erul kaki buli time sekolah dulu tu…? hidup lagi rupanya dia..haha”

“cabul mulut kau ey..sungguh pun aku benci juga la dengan dia tu..tapi aku tak pernah doakan dia mati tau…kau dah bagitahu ke mamat mengong tu…?”

“dah..semalam lagi aku dah bagitahu dia..esok pagi-pagi dia datang la sini…”

“kul berapa gerak esok…?”

“kalau boleh pukul 8..8.30 ke…”

“owh..ok la tu awal…eh, aku balik dulu la..sok lewat lak aku..”

“laaa…tak payah la..stay sini la malam ni…”

“eh,tak boleh Kimi..aku mana ada baju sini…”

“kau nak aku luku kepala kau ke apa…baju kau yang ada dalam almari aku tu kau nak aku buang ke apa..?”

Setelah didesak beberapa kali oleh Kimi dan Is..Adi tak boleh lagi menolak dengan sebarang alasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience