BAB 9

Horror & Thriller Completed 5929

Kelihatan Erul begitu teruja ketika Hakimi menunjukkan barang-barang kepunyaan ibu dan bapanya. Kersani Jitra sungguh istimewa. Pemegang keris itu diperbuat daripada tembaga beralaskan songket tenun emas dan di asingkan dari keris-keris yang lain.

Seingat Hakimi, mamanya pernah memberitahu bahawa keris-keris itu akan ‘bergaduh’ sesama sendiri jika Kersani Jitra di tempatkan sekali dengan yang lain. Peristiwa itu pernah berlaku bertahun dahulu apabila ayahnya meletakkan Kersani Jitra dengan keris yang lain. Pelbagai bunyi bising yang membingitkan datang dari kamar yang dipanggil Teratak itu.

Bunyi kaca pecah berderai membuatkan mamanya gerun dan menekup telinga. Apabila ayahnya membuka pintu Teratak, kelihatan Kersani Jitra sedang tegak berdiri terapung di udara manakala keris-keris yang lain bersepah di lantai berserta almari kaca yang telah terbalik dan pecah. Sejak dari itu, ayahnya berkeputusan mengasingkan Kersani Jitra dari yang lain.

Setelah Hakimi menerangkan secara ringkas tentang perihal barang-barang itu, segala maklumat di dicatatkan dan Erul ditugaskan untuk mengambil gambar. Hakimi sekadar menceritakan apa yang berkaitan sahaja, segala kisah mistik disimpan di dalam hati, terkunci rapat.

“ni jek r yang aku ada untuk jadikan bahan dalam assignment kita ni. Ada apa-apa cadangan lain…?”

“aku rase..kita just teruskan apa yang kita ada. Warisan ni cukup klasik. Kita tinggal pilih jek yang mana satu untuk kita jadikan bahan utama. Yang lain kita boleh letakkan dalam lampiran.” Ujar Adi.

“tapi…asal usul sebenar barang-barang tu kita tak tau dari mana….” ujar Is.

“itu tak pe…cerita kita boleh buat..janji barang tu ada dengan kita so kita ada bukti..”

Mereka berempat duduk membincangkan tentang tugasan mereka. Sedar tak sedar, sudah tiba waktu maghrib. Mereka berkeputusan untuk bersolat jemaah. Namun tidak Erul. Ketika yang lain sedang bersolat, dia baru mahu mengambil tuala ke bilik mandi. Di bilik mandi, Erul asyik memerhati permata firus di tangannya. Dia seakan gian untuk melihat permata itu. Dia sentiasa resah jikalau tidak melihat permata itu walaupun permata itu setia berada dalam poketnya.

Usai mandi, yang lain masih lagi bersolat. Erul merungut sendirian. Solat sunat lah, apa lah..huh! getus hatinya. Tiba-tiba dia ada satu akal sebelum yang lain selesai bersolat. Dia mengambil kunci Teratak. Tombol di pulas. Dia begitu tertarik dengan berlian di perhiasan persalinan puteri Bugis kepunyaan mama Hakimi.

Terbayang di mindanya keuntungan yang bakal di kaut jikalau dia dapat mengambilnya. Strategi dalam kepalanya, kalau dia dapat mengambil perhiasan itu…dia akan segera melarikan diri. Matanya tertumpu ke arah kalung berlian puteri Bugis itu. Dia mengeluarkan sebatang dawai dari kocek seluarnya lalu dia cuba untuk mencungkil mangga yang tergantung di pintu almari kaca itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bergetar dari arah belakang Erul. Erul seraya menoleh ke belakang. Buntang mata Erul tatkala dia melihat Kersani Jitra tegak berdiri dari dalam almari kaca. Keris itu bergetar dan menghasilkan bunyi yang pelik walaupun keris itu tidak berlaga dengan apa-apa barang. Roma Erul tegak berdiri. Dia meraup mukanya dan segera keluar.

“aaaaa…………!!!!!!!!!!!”

“woi..kenapa ni…?”

“ya ALLAH… terperanjat aku..korang ni..bila kalanya korang ada kat sini…?”

“kau tu buat apa…? kitorang solat Maghrib bukan nak join pun..apa la kau ni…”

“aku mandi la td….” ujar Erul memberi alasan.

“kenapa masuk bilik ni…?” soal Is sinis

“tak de apa-apa…aku nak tengok barang-barang tu jek…”

“mana dapat kunci…?”

“aku pinjam jap..dari jaket Kimi tadi…” ujar Erul tanpa ada rasa bersalah

“pinjam Rul…? tu bukan pinjam…tu amek dari kocek jaket abang aku…”

“eh..budak kau apa tahu ha…? aku cakap aku pinjam, pinjam la…bising la kau…!” ujar Erul sambil mencekak kolar baju Is.

“kau kan..tak ada kena mengena tau kat sini..so jangan menyemak. Blah sebelum aku tumbuk muka kau…” Is yang hilang sabar dengan Erul melepaskan satu tumbukan padu ke muka Erul. Erul terjatuh.

“Rul…budak tu kan…adik aku…dan dia ada kena mengena sebab aku yang ajak dia ke mari.”

“woi Erul…aku malu la dengan perangai kau yang tak sudah-sudah cari pasal tu..” ujar Adi sambil berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience