BAB 7

Horror & Thriller Completed 5929

Setiba mereka di rumah…kelihatan Iskandar dan Hakimi sudah pun berada di ruang menonton TV.

“weh..mana korang pergi..aku call tengok-tengok dua-dua handset ada kat rumah. Kalau keluar tu bawak la fon sekali. Senang kalau ada apa-apa hal…”

“wah..pisang goreng tu.. Mak Mah bagi ey..?” soal Adi sengaja menukar topik.

“yela…takkan aku g beli lak kan..mana lah ada kedai dekat-dekat sini..kalau ada pun dekat pekan sana tu…”

“eh Erul…kenapa dengan kaki kau tu…? soal Is tanpa membahasakan Erul sebagai ‘abang’

“ha..ni aku nak cakap dengan kau ni..tadi kan…………..”

“dia tersepak batu bata kat tepi taman bunga sana tu….” Adi memotong cerita Erul yang sukar dipercayai itu.

Memang lah kawasan villa ini agak menyeramkan namun tidak lah sampai membawa kepada perkara-perkara mistik. Kelihatan Erul tidak puas hati. Dia langsung pergi meninggalkan rakan-rakannya dengan alasan ingin mandi.

Di bilik mandi, Erul sibuk meneliti 3 biji permata berwarna biru firus itu. Dia tersenyum sendiri membayangkan sejumlah wang yang lumayan kalau permata itu dijual. Sesekali mukanya berkerut menahan pedih luka di ibu jari kakinya. Hatinya girang…kedengaran dia asyik sekali bersiul kecil.

Hakimi dapat merasakan debaran hatinya tidak keruan. Dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena namun dia tidak mahu melayan perasaan. Pada malam itu, mereka berempat sibuk sekali berbincang tentang kerja yang diberikan oleh pensyarah mereka. Tindakan Erul yang sambil lewa memancing pandangan Is. Geram betul dia melihat perangai Erul.

“boring siot..bodoh la semua benda ni..apa ntah…”

“weh…kau tu yang bodoh…bagi la idea..ni tak..kau buat tak tau jek…”

“la..lek la Adi..Kimi tak bising..kau nak panas hati plak..pada hal kau bukan ketua kumpulan…Kimi ketua pun lek tenang jek…” ujar Erul sambil menepuk bahu Hakimi.

“mana ada ketua kat sini..kita sumbang idea masing-masing…usaha masing-masing..jadi tak ada siapa ketua kat sini…”

Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu. Hakimi yang sedari tadi menghadap komputer ribanya mendapatkan pintu. Namun tiada siapa di muka pintu tatkala pintu di buka. Hanya hembusan angin yang menyapa Hakimi. Dengan tenang, Hakimi menutup pintu tanpa banyak bicara.

“siapa bang…”

“angin jek..”

Sekali lagi…kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu. Kali ini Adi pula yang mendapatkan pintu. Dan sekali lagi, tiada siapa yang ada. Adi menggosok-gosok tengkuknya, melegakan romanya yang tegak berdiri.

Ketukan bertalu-talu di pintu namun Hakimi sekadar berpesan supaya tidak mengendahkan ketukan itu. Iskandar tak mampu membiarkan ketukan yang semakin membingitkan itu. Dia membuka pitu dan…….

“owh..Pak Mat…ada apa malam-malam ni Pak Mat…masuklah..sejuk kat luar tu…”

“Pak Mat ingat kamu semua dah tidur..puas Pak Mat ketuk..terjerit2 Pak Mat bagi salam…ni ha, air kopi..Mak Mah kamu bising-bising suruh Pak Mat hantarkan”

“maaf lah Pak Mat…kami tak perasan…terima kasih Pak Mat” ucap Iskandar sambil menyambut termos dari tangan Pak Mat.

“tak apa..tak apa…ha Kimi…esok bawa kawan-kawan ke rumah ye..kita sarapan sama-sama ye…”

“baiklah Pak Mat…masuklah dulu Pak Mat…” pelawa Hakimi

“tak pelah…Pak Mat nak balik da ni…”

“nak Kimi hantarkan…?”

“eh..tak apalah..Pak Mat bawa motor sendiri..Pak Mat ke pekan dulu tadi sebelum hantarkan kopi tu…”

“yela Pak Mat..hati-hati ye…”

“Hakimi, Iskandar jangan lupa esok..bawa kawan-kawan tu sekali..kita sarapan sama-sama. dah lama kita tak makan sama-sama…”

“abang..Is tak dengar pun Pak Mat bagi salam ke apa…” bisik Iskandar kepada Hakimi

“tu..TV tu buka kuat sangat…” Hakimi memberi alasan untuk menutup kebingungan Iskandar.

Share this novel

Guest User
 
NovelPlus Premium

The best ads free experience