BAB 10

Horror & Thriller Completed 5929

Malam itu, Hakimi kurang enak dengan perasaannya. Malam itu kelihatan begitu suram dan dingin. Sesekali romanya tegak meremang. Adi dan Iskandar turut merasa yang sama namun mereka sekadar mendiamkan apa yang mereka rasa untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

Hakimi yang tidak lagi betah dengan perasaan seram dan terganggu itu terus mengajak Erul, Adi dan adiknya untuk sama-sama membaca Yasin. Alasan yang diberi adalah sekadar ingin mendapat berkat malam Jumaat. Sepantas mungkin, Erul menolak cadangan Hakimi.

Namun itu tidak membuatkan Hakimi terasa. Mereka membaca Yasin bersama-sama dan Erul terus dengan rancangan hiburan di kaca televisyen.

Usai membaca Yasin, Hakimi dan yang lain terus bercadang untuk menyiapkan separuh dari tugasan mereka. Mereka mengumpulkan gambar dan maklumat yang ada. Seketika kemudian, rencana mereka terganggu apabila kedengaran ketukan bertalu-talu di muka pintu.

Mungkin Pak Mat. Detik Iskandar. Namun, kenyataannya salah apabila tiada siapa di muka pintu tatkala pintu terbuka. Debar Hakimi makin hebat. Hatinya lancar melagukan bacaan Ayatul Kursy. Semasa Iskandar membuka pintu, ada angin yang seakan menderu masuk ke kediaman mereka. Seraya Hakimi mengarahkan Iskandar segera menutup pintu.

Selepas dua langkah Iskandar menjauh dari pintu, sekali lg ketukan pintu bertalu-talu. Iskandar sekadar membiarkan seketika. Ketukan itu semakin mendesak kena pintu tidak di buka. Kedengaran suara seorang perempuan meminta tolong. Iskandar yang terkejut mendengar suara perempuan itu seraya mendapatkan pintu.

Mungkin perempuan itu benar-benar dalam kesusahan memandangkan waktu sudah pun menjangkau lewat 12.30 malam. Kelihatan seorang perempuan jelita berkebaya berada di depan pintu. Kebaya merah jarang yang ketat menampakkan susuk tubuh yang menggiurkan membuatkan Iskandar terpana seketika.

“ye cik..boleh saya bantu….?”

“maafkan saya bang…nama saya Indah…saya tengah cari orang..ade tak orang yang saya cari tu dalam rumah ni…?” Iskandar terpinga-pinga mendengar pertanyaan perempuan itu. Yang lainnya sekadar memasang telinga.

“ha…? orang yang cik carik…? siapa…?”

“orang tu ada amek barang saya..tapi dia tak pulang lagi..ni saya nak minta la ni…”

“maaflah..mungkin cik ni salah rumah…” Iskandar memandang kosong wajah perempuan yang tersenyum sinis di hadapannya itu.

“aku cakap orang tu ada kat sini..ada la…! kau ingat aku tipu ke…?” jerkah perempuan itu. Seraya Iskandar ternampak ada makhluk yang merangkak-rangkak dari arah belakang perempuan itu dengan cepat.

“astaghfirullah…!!” Iskandar terus menutup pintu. Yang lainnya bingkas bangun kerana terkejut.

“periksa semua tingkap…pastikan semuanya bertutup…! cepat…!” arah Hakimi cemas. Iskandar segera mendapat kan sofa berhampiran dan menolak rapat ke pintu. Tombol pintu dipulas ganas. Dinding kaca villa di rempuh ganas oleh sesuatu.

Di tingkat atas…Adi dan Erul menutup tingkap yang terbuka. Kelihatan ada makhluk yang memanjat dinding ingin memasuki villa melalui tingkap. Keadaan semakin cemas. Rupa mereka memang mengerikan dan bilangan mereka terlampau banyak. Terlampau banyak…!

Iskandar menurut arahan abangnya untuk menadah air di dalam baldi. 7 kesemuanya. Dari mana datangnya baldi itu sekadar tertanya-tanya di dalam hati Iskandar. Kelihatan Hakimi mencampurkan air tadahan itu dengan air botol di tangannya.

Mindanya ligat berkira2 tentang pesanan dan bekalan dari Ustaz Ilham. Sebelum mereka berempat datang ke villa ini, Hakimi terlebih dahulu membawa Ustaz Ilham datang melihat keadaan. Segala kelengkapan yang perlu untuk kebarangkalian yang mungkin berlaku telah disediakan.

“Adi…buka tingkap tu jap…”

“tak nak Kimi…aku takut Kimi…aku takut…!”

“aku tau apa aku buat…buka kejap…takut dengan ALLAH Di…cepat Di…sebelum benda tu sampai…” adi menurut. Dia membuka tingkap. Kelihatan makhluk yang sedang memanjat semakin rakus tatkala tingkap dibuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience