BAB 8

Horror & Thriller Completed 5929

Keeseokan harinya, mereka berempat ke rumah Pak Mat. Kelihatan Mak Mah dan anak perempuannya, Umairah sedang sibuk menghidangkan makanan.

“hye…Kak Aira…apa tu…?”

“nasi lemak jek…” Umairah menjawab pertanyaan Iskandar sambil matanya meliar mencari sesuatu.

“cari apa…? Abang Kimi…? ada tu kat luar..tak hilang tak…” Iskandar tersenyum tayang gigi.

“mana ada..apa la…”

“Adi…sapa tu…? cantik sey..tapi sayang budak kampung…biasanya budak kampung ni bukan taste aku…akal diorang tak panjang…senang-senang kena tipu..lepas tu, diorang ni jenis yang kolot. Tak moden.haha…membosankan.”

“kurang ajar la kau ni…suka hati kau nak cakap apa..macam kau bagus sangat…” Adi meluat melihat perangai Erul. Erul sekadar mencebik memandang muka Adi.

“eh..kenapa angin plak…? berkenan ke…? tak payah la Adi oi..carik jek perempuan-perempuan yang moden kat luar sana tu..ramai lagi yang cantik, seksi, manja…ishhh..”

“weh..kenapa macam kecoh jek ni…?” Is menghampiri Adi dan Erul

“ni haa…Adi ni ha..tak fasal-fasal angin dengan aku…pasal budak kampung tu…” Erul tergelak.

“budak kampung mana…?”

“tu ha…apa nama dia..umairah..alamak aih..nama pun cam klasik…”

“tu..budak kampung yang kau cakap tu…doktor kat KL. Sekarang ni, orang bukan pandang nama ke, rupa ke..orang tengok..pandai ke bodoh. Nak hidup sekarang kena ada akal…”

“kau cakap aku bodoh ke…?”

“ada aku sebut nama kau ke…”

“tak ada….”

“dah tu…?” Is menjeling hebat. Meluat dengan perangai Erul

“Assalamualaikum…..”

“Waalaikumsalam…bang, pergi mana tadi…?”

“Ikut Pak Mat tengok kolam ikan keli dia..kenapa?”

“tak ada la..ada orang cari..hehe…”

Kedengaran Mak Mah memanggil mereka untuk bersarapan bersama. Mereka pun bersarapan bersama. Tingkah mesra antara Umairah dan Hakimi diperhati namun adab dan tatasusila terus dijaga walaupun mereka merupakan pasangan kekasih.

Mereka berdua berbual tentang kerja Umairah. Walaupun zaman kerjaya Umairah mendahului Hakimi namun tiada iri hati untuk Hakimi. Sokongan padu dari Hakimi sentiasa menemani Umairah.

Episod pagi di rumah Pak Mat selepas mereka meminta diri untuk membuat tugasan mereka. Mereka harus merancang kertas kerja dan gerak kerja yang mereka perlukan secepat mungkin supaya mereka tidak mensia-siakan masa mereka yang pendek itu.

Petang itu, Hakimi membuka bilik kecil yang indah milik ibu bapanya. Banyak barang-barang klasik yang mempunyai nilai eksotik yang tersendiri. Koleksi keris adalah minat bapanya manakala ada satu persalinan puteri bugis siap dengan perhiasan dan senjata merupakan barang kesayangan mamanya.

Bagaimana ibu bapa Hakimi mendapatkan barang-barang tersebut, tidak diterangkan kepada Hakimi secara menyeluruh. Bagi Mardhiah dan Hisham ada banyak perkara yang tidak boleh diterima akal ketika mereka mendapatkan barang-barang itu. Mereka juga tak mampu untuk menjelaskan perkara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience