BAB 6

Horror & Thriller Completed 5929

Erul terus berjalan di kawasan kebun pisang milik keluarga Hakimi. Hurm…besar juga kebun ni, getus hatinya. Hatinya girang dan lapang dapat dilihat di air mukanya. Sambil bersiul-siul dia asyik menyepak batu-batu kecil di kakinya. Sedang asyik melayan hati, Erul tiba-tiba terpandangkan sesuatu yang menyilaukan pandangannya di kawasan berhampiran.

Dia terus mendapatkan kilauan itu namun dia tersandung apabila kakinya tersepak sebatang buluh pendek yang tercacak di tanah. Buluh itu menjadi condong apabila disepak. Tanpa menghiraukan ibu jari kakinya yang berdarah itu, Erul terus mengambil 3 biji permata biru kehijauan itu. Hurm..cantik..detik hatinya.

Dia terus memasukkan permata itu ke dalam poketnya. Sekali lagi dia hilang keseimbangan dan tangannya terus menolak batang buluh berhampirannya itu rapat ke tanah.

Erul terkejut tatkala kawasan itu menjadi gelap dan tanah di sekitarnya menjadi kering dan merekah-rekah. Dari rekahan tanah tersebut, tumbuh serumpun pohon buluh yang tinggi dan besar. Erul yang menyaksikan kejadian pelik itu hanya ternganga tanpa mampu berbuat apa-apa.

Tiba-tiba, pohon buluh itu terkuak sendiri. Jelas kelihatan di tengah-tengah rumpun buluh itu ada sebuah perigi usang. Seraya dengan kemunculan perigi usang itu, kedengaran suara-suara halus yang membingitkan.

Erul semakin cemas tatkala ada sepasang tangan di pinggir perigi itu seakan ada seseorang yang sedang memanjat keluar dari perigi tersebut. Mata Erul kian buntang. Suara2 halus itu semakin kuat kedengaran dan semakin banyak tangan yang berpaut di bibir perigi itu.

Tindakan refleks Erul memberi respon. Erul terus bangun dari jatuhnya dan berlari sepantas mungkin. Kebun pisang itu di rasakan terlalu besar kerana lariannya seperti hanya berlegar di kawasan yang sama. Kedengaran hilai tawa kuat mengejek di belakangnya namun apabila berpaling ke belakang tiada apa yang mengejarnya.

“Adi…!!! Adi…!!” teriak Erul tercungap-cungap. Adi yang sedang asyik melayani fikirannya terkejut dengan jeritan Erul.

“Ya ALLAH..kau apa hal ni Erul…?” Adi agak cemas apabila melihat rupa Erul yang pucat kebiruan itu.

“weh..Erul..kau ok tak ni,,,? Apa hal ni…? ada apa yang tak kena ke…? Kimi ok…? Is…?”

“Adi..aku tak jumpa pun diorang tadi..aku jumpa bende lain…!!”

“meh la kita masuk dulu…” Adi memapah Erul yang seakan tidak mampu lagi untuk berjalan.

Erul meneguk air dengan rakus sambil bercerita pengalamannya sebentar tadi.

“kau jangan merepek lah Erul…aku pernah juga duduk sini. Hampir setahun tapi tak ada apa-apa pun…tu, kebun pisang tu..mana ada besar..mana ada pokok buluh la..perigi la..kau ngigau ke…?”

“Adi..percayalah cakap aku..ni bukan gimik ke apa..memang betul la Adi…”

“Hah..kau kate kau nak jalan area sini jek..yang sampai kebun pisang tu buat apa…? kau hisap gam ey Rul…? tak pun ganja…?”

“kepala hotak kau…!!! kau kalau tak nak percaya..kau tak payah la cakap aku macam tu…alamak aih kau ni…!” Erul naik berang.

“ok..sorry…kalau betul. Boleh kau tunjuk tempatnya pada aku…?” Erul terus mengangguk setuju.

“tapi…kalau tak ada apa yang kau cakap tu… dan kau tak boleh nak buktikan ape yang kau cakap tu, aku assumed yang kau tu ada sumthing negatif…ok…?”

“ok…!! kau tak percaya kan…jom ikut aku…”

Erul terus membawa Adi ke tempat kejadian. Namun tiada apa yang ada di situ selain pokok-pokok pisang. Tiada rumpun buluh, tiada perigi. Semuanya normal seperti biasa. Erul bercekak pinggang tidak puas hati. Erul terus mencari-cari kalau-kalau ada kesan yang boleh membuktikan kata-katanya. Namun dia hampa. Adi sekadar berpeluk tubuh memandang perilaku Erul.

“dah la tu Erul…” ujar Adi sambil menepuk bahu Erul

“betul Di..aku tak tipu kau…”

“dah la..jom kita balik…kau letih sangat tu agaknya..jom lah…”

Erul sekadar membuntuti Adi dalam keadaan kebingungan. Dia yakin dia tidak silap pandang tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience