BAB 5

Horror & Thriller Completed 5929

Setelah memandu lebih kurang 2 jam setengah, mereka pun tiba di destinasi yang dituju. Nampaknya, Pak Mat dan Mak Jah memang orang yang tepat untuk menjaga Villa Kejora. Kawasan halamannya bersih. Pokok-pokok bunga masih cantik menghiasi. Villa Kejora masih seperti dulu. Masih elok keadaannya seperti mereka tinggalkan villa ini dulu.

“bapak besar rumah kau Kimi….kaya gile sey..”

“ni rumah mama dan abah aku. Bukan rumah aku…dah la..angkat barang-barang…bawa masuk.”

“ha budak…kau angkat barang aku ey…” arah Erul kepada Is

“cantik sikit perangai kau…”

“kurang ajar kau sekarang ey…” Is sekadar berlalu tanpa mengendahkan Erul

“eh Adi..sekejap lagi pas kemas-kemas barang ni..aku nak g rumah Pak Mat jap..kau ikut sekali ey…”

“tak payah la aku pergi hari ni..aku pergi esok jek la..kau pergi la dulu. Biar aku kemas-kemas apa yang patut…kau pergi dengan Is..”

“ok lah kalau kau da kate gitu..aku pergi dengan Is jek dulu..aku bagi kau peluang beramah mesra dengan Erul tu…”

“woi bro..mulut kau jaga ey..terabur gigi kang…”

Setelah Hakimi dan Iskandar pergi ke rumah Pak Mat, tinggallah Adi dan Erul berdua di rumah.

“eh. Adi..mana dorang nak pergi tu….?”

“pergi rumah Pak Mat…”

“Adi…adi…rumah ni di tinggal kosong ke…?”

“ha’ah..kenapa…?”

“tak ada lah…lengkap semua benda…macam bukan rumah tinggal..macam ada yang duduk sini…”

“rumah ni bukanlah rumah tinggal..ada yang jaga..cuma tak ada siapa duduk sini jek…”

“siapa yang jaga…?”

“tu lah..Pak Mat…yang Is dan Kimi nak pergi jumpa tu…”

“owh…kau buat pe tu…?”

“aku kemas-kemas barang jek…”

“nak aku tolong ke…?”

“sakit jek ni..tak payah la…”

“kalau tak ada apa-apa..aku nak round area sini jap..apa-apa hal call aku…”

Ketiadaan Erul melapangkan minda Adi seketika. Di waktu ini, dirinya mengimbas kembali lakon layar nostalgia lalu. Setiap lepas maghrib abah akan duduk di sofa merah itu untuk menonton tv. Mama pula akan sibuk buat kira-kira jualan butiknya di meja ini. Dia dan Hakimi juga akan turut sama di meja ini untuk membuat kerja sekolah.

Tapi, ada sesuatu yang Adi kurang pasti. Entah bila kalanya, ada kekecohan berlaku dan mereka terpaksa keluar dari rumah ini. Yang terus menjadi persoalan, apakah kekecohan yang berlaku pada malam itu, berbelas tahun yang lalu.

Adi meninjau di segenap kawasan dalam villa dua tingkat ini. Dia masuk ke bilik tidurnya pada waktu kecilnya dulu. Masih tak berubah. Beralih pula dia ke bilik Hakimi dan Iskandar. Teringat keletah Iskandar sewaktu kecil, Hakimi lah selalu menjadi mangsa. Hakimi memang suka beralah..juga dengan dirinya.

Adi tersenyum sendiri. Dia sungguh bertuah kerana di terima dalam keluarga ini. Tiba-tiba dia sebak sendiri apabila terkenangkan arwah keluarganya. Al-fatihah serta-merta bergema di rengkungnya. Dia terus mengimbau nostalgia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience