BAB 15

Horror & Thriller Completed 5929

Hakimi pula semakin menjayakan rancangan Indah. Tiada suara lain yang Hakimi dengar selain suara Umairah. Setiap kali Adi dan Is mengambil langkah untuk menghalang Hakimi setiap kali itu mereka diserang Chantik. Erul semakin tak tertahan dengan keadaan.

Dia dalam keadaan yang amat takut. Kerana takut yang semakin menguasai, dia telah mengambil langkah yang boleh mengorbankan nyawa kawan-kawannya. Erul mengambil langkah. Merangkak-rangkak semakin menghampiri pintu tanpa disedari sesiapa. Chantik sibuk mengawasi Adi dan Iskandar manakala Indah pula asyik berseru-seru memujuk Hakimi.

Erul yang semakin hampir dengan pintu berlari lalu terus membuka pintu. Indah yang terkejut dengan tindakan Erul itu terlalu riang. Erul yang membuka pintu itu tergamam sendiri tatkala terlihat dihadapannya ada berpuluh-puluh makhluk jelik. Ketakutan yang dialami itu maha hebat. Berlumba-lumba makhluk jelik itu semua ingin meluru masuk ke dalam villa itu. Erul menggigil hebat ketakutan. Indah menghampiri Erul.

”Terima kasih sahabatku..jangan bimbang, kau tidak akan di apa-apakan. Terima kasih kerana memudahkan kerjaku.

Hakimi mulai cemas dengan keadaan. Dia terus berlari naik ke tingkat atas. Indah yang leka terperanjat dengan tindakan Hakimi terus berlari mendapatkan Hakimi. Namun kudrat Iskandar masih dapat membantu. Dia menahan dan cuba melambatkan Indah dan Chantik walaupun batang tubuhnya yang longlai itu yang menjadi mangsa.

Pintu yang menggantung nama Teratak itu dibuka rakus oleh Hakimi.kelihatan Kersani Jitra menyala sambil bergetar hebat manakala persalinan Puteri Bugis memancarkan cahaya kalimah-kalimah tahmid, tasbih dan takbir.

Kejadian itu memberi sedikit sebanyak kekuatan kepada Hakimi. Hatinya masih teguh memikirkan bahawa ALLAH bersama mereka. Hakimi mengeluarkan Kersani Jitra dari tempat simpanannya. Ketika itulah Indah datang menyergah.

” Hakimi…Hakimi…rupanya kau seorang manusia yang gila harta. Sanggup kau membiarkan rakan dan adikmu mati terbunuh kerana keris yang langsung tak bernilai tu..” buntang mata Hakimi mendengar butir perkataan daripada Indah. Dadanya berdebar hebat. Ya ALLAH adik aku…Adi…! suaranya hebat bergema di rengkungnya.

” Usah bermain dusta dengan aku Indah…” ujar Hakimi berlagak tenang.

” sudah aku khabarkan…relakan saja aku menjadi pemilik kepada persalinan itu..sudahnya kau juga yang berdegil..nah, terimalah padahnya… Chantik ambil persalinan itu segera..!” Indah mengarahkan adiknya untuk mengambil persalinan Puteri Bugis itu.

Chantik sekadar menurut perintah sambil menahan sakit serangan Adi dan Iskandar. Pintu almari kaca dipecahkan. Namun sewaktu Chantik menyentuh persalinan itu, tangannya terbakar. Jeritan nyaringnya bergema di segenap ruang.

” Hakimi….!!!!! lekas…musnahkan segala mantera yang mengikat persalinan itu….!” pergerakan pantas Indah tak dapat dielak oleh Hakimi. Sedar-sedar, Indah sudah pun berada di belakangnya bersama kerambit yang diacukan ke lehernya.

” aku bunuh kau Hakimi..!!!!!” jerkah Indah tatkala tiada jawapan daripada Hakimi. Keris di tangan Hakimi memainkan peranannya. Kersani Jitra melayang sendiri dan menikam belakang tubuh Indah. Indah meraung kesakitan. Waktu inilah Hakimi melepaskan diri lalu mendapatkan Iskandar. Namun, Chantik masih tegar menyerang Hakimi. Hakimi menyerahkan Kersani Jitra kepada Iskandar.

” Takbirlah sekuat-kuat hati, lepas tu Is pacakkan keris ni dekat dengan perigi buta kat jalan masuk kebun pisang kita tu…”

Sebelum bertindak Iskandar, membaca Ayatul Kursy. Sesekali mukanya berkerut menahan bisa lukanya. Akalnya mendesak idea bagaimana untuk melepasi sekumpulan makhluk jelik yang berlegar-legar di ruang tamu itu. Masa terus berlalu dan Iskandar tahu dia harus cepat bertindak untuk menamatkan segalanya. Iskandar mengumpul kudrat yang bersisa.

Dia berlari sepantas yang mungkin ke arah pintu sambil mengelak serangan iblis di sekelilingnya dengan menggunakan Kersani Jitra. Berpuluh-puluh makhluk jelik itu mengejar Iskandar. Sampai sahaja di depan perigi buta yang dimaksudkan oleh abangnya, Iskandar bertakbir sekuat mungkin dan memacakkan keris itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience