BAB 2

Horror & Thriller Completed 5929

“Kimi..apa cerita…? dah ada idea nak rangka kertas kerja? Harta warisan mana plak kita nak kena cari ni…? pening aku..”

“jangan pening-pening..benda ni sebenarnya bermula dari sumthing yang simple gile sampailah yang complicated gile..kita tinggal pilih jek…”

“so..what do u think…?”

“no idea..” mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

“apa cerita ni abang…?”

“ni ha..lecterur kitorang bagi assingment untuk mengkaji salasilah harta warisan keluarga. Tak kesahlah apa pun..bagi masa 3 minggu lak tu..cuti kitorang kali ni confirm habis dengan buat assignment…”

“alaa…lek ar..kata final year student…hurm..harta warisan keluarga…Is ada…”

“kau ada Is…? tak pernah abang tau kau ada harta warisan…?” tanya Hakimi

“ada…abang tau juga la…”

“kau main-main ni…”

“ada..ha..komputer ni..dari abah n mama..lepas tu ke abang berdua..then mesti kat Is plak kan..3 generasi tuuu….” Is tersengih,tunjuk gigi

“banyak la kau…” Adi menyekeh Is

“aduhhh…sakit la…tapi bang konsep sama apa…”

“yela…memang sama..tapi biar la yang elok sikit..carry mark tu…”

Kesudahannya, tidak banyak yang mereka bincangkan. Sekadar bergurau menceriakan petang mereka. Namun, Hakimi telah bersedia dengan satu cadangan. Dia hanya perlu memujuk kedua ibu bapanya dan perkara itu harus diusulkan secepat mungkin kerana 3 minggu itu bukanlah satu tempoh yang panjang jika dia perlu beralih ke rancangan yang lain.

Keesokan harinya.. Hakimi mendapatkan ibu bapanya sebelum mereka pergi bekerja,

“ha..Hakimi..awal bangun..mana Is dan Adi…?”

“diorang tidur lagi abah..tak sampai hati pula nak kejutkan diorang..lewat diorang tidur malam tadi..taulah Adi tu..bila jumpa Is..ada je kerja diorang tu…”

“tapi jangan lup, kejutkan diorang sarapan nanti..”

“yelah ma..erm..abah..mama..ada benda Kimi nak cakap dengan abah..dengan mama…”

“apa halnya kamu Kimi…?”

“erm..macam ni..Kimi ada dapat assignment tentang kajian salahsilah warisan keluarga…Kimi rasakan ma,Kimi nak pergi Vila Kejora. Boleh tak ma,abah”

“Abah tak setuju. Kamu pun tau kan kawasan Villa tu tak berapa elok…”

“yela Kimi..tak de tempat lain ke yang kamu boleh pergi…? mama takut apa-apa jadi kat kamu je…”

“ma..abah..percaya la pada Kimi…Kimi boleh kawal keadaan..lagipun ma..dah bertahun kita tak tengok rumah tu..memang la rumah tu Pak Mat dan Mak Jah yang jaga…tapi ma..abah..tu kan rumah kita..apa salahnya Kimi pergi tengok-tengok kan rumah tu sambil Kimi buat kerja Kimi..pandai2 lah Kimi jaga diri nanti…”

“mama sayang rumah tu Kimi..hadiah dari abah masa ulang tahun perkahwinan kami yang pertama..tapi..tu lah..” Mardhiah mengeluh sendiri

“Kimi..kamu dah cukup dewasa untuk buat keputusan..kalau Kimi rasa Kimi boleh..abah izinkan..tapi pastikan..jaga diri kamu baik-baik…”

“terima kasih abah..mama..jangan risau ma..kalau ma sayang rumah tu..Kimi pun sayang juga rumah tu..cuma kita selalu tak ada kesempatan untuk tengok-tengok rumah tu..ni Kimi ada masa..bukan Kimi pergi dengan tangan kosong ma..bukan saja-saja…Kimi ada kerja..Kimi tak nak susah-susah ke tempat lain sedangkan Kimi ada tempat yang betul-betul Kimi tau…”

Akhirnya..dengan berat hati dan segala kebimbangan, Mardhiah mengizinkan anaknya itu pergi. Hakimi pula, cukup bijak bermain kata meyakinkan ibu bapanya. Setelah mendapat persetujuan, Hakimi berbincang dengan rakan-rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience