BAB 1

Horror & Thriller Completed 5929

“Macam mana ni? Kau ok ke kita dapat 1 kumpulan dengan Erul tu,,,? Aku meluat betul dengan Erul tu..kenapa la kita boleh dapat ahli kumpulan cam dia tu…”

“Da la tu..tak apa la nak buat macam mana kan..sekarang ni kita tak payah nak pk sangat pasal dia tu…kita kena start rangka kertas kerja kita tu..kau ada apa-apa idea tak..?”

“Miss Sharifah tu bagi assignment gile punya susah. Kajian salasilah harta warisan keluarga. Seingat aku la kan..keluarga aku memang tak de warisan keluarga ni..susah jugak kita punya field ni..sejarah major” Adi menggaru kepalanya yang tidak gatal menggambarkan kebingungannya.

“Tak pe lah..kita balik dulu..ape2 hal aku bagitahu kau k..aku gerak dulu…” Ujar Hakimi.

Hakimi, Adi dan Erul merupakan pelajar di sebuah IPTA di semenanjung Malaysia. Mereka telah ditugaskan oleh pensyarah mereka untuk mengkaji salasilah harta warisan keluarga membuatkan mereka mengeluh panjang ketandusan idea untuk mencari bahan.

Erul,seorang pelajar lelaki yang paling tidak digemari oleh pelajar lelaki lain di kelas mereka. Erul langsung tidak berminat dengan sebarang aktiviti pembelajaran. Hidupnya yang dicurah dengan segala macam kesenangan membuatkan dia lebih senang memilih untuk mengabaikan segala bentuk ilmiah dan berfoya-foya tanpa arah.

Hakimi dan Adi terpaksa bekerjasama dengan Erul untuk tugasan mereka kali ini.

Pada petang itu, Adi telah ke rumah Hakimi untuk memulakan tugasan mereka. Itulah sikap Adi. Tidak suka bertangguh. Baginya, setiap tugasan yang diamanahkan itu tidak mempunyai masa yang bersisa, sekadar cukup untuk menyiapkan. Hakimi yang sedia maklum dengan perangai Adi cukup selesa bekerjasama dengan Adi.

“Assalamualaikum….”

“Waalaikumsalam…masuklah..cari Hakimi ke…?”

“ye ma..ma sihat ke…? Hakimi mana ma…?”

“sihat..alhamdulillah..ada kat atas..kat bilik dia..naiklah..”

Keakraban Adi dan keluarga Hakimi telah terbina sejak dahulu lagi. Mardhiah melayani adi seperti anaknya sendiri, tiada beza. Adi adalah seorang anak yatim piatu yang pernah membesar di bawah penjagaan Mardhiah dan Hisham satu masa dahulu setelah kedua-dua ibu bapa Adi terkorban dalam satu nahas jalan raya.

Nasib menyebelahi Adi dan ternyata umurnya panjang kerana hanya dia yang terselamat. Seorang abang dan kakaknya turut terkorban sama mengiringi ibu dan bapanya. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan belas, pasangan Mardhiah dan Hisham berkeputusan menjaga Adi sebagai anak mereka sendiri.

Adi pernah dipelawa Mardhiah untuk tinggal bersama mereka, namun anak itu sudah cukup dewasa untuk berdikari. Dengan penuh nekad, Adi tinggal bersendirian. Istilah sunyi tak pernah singgah dalam hidupnya kerana Hakimi selalu ada untuknya. Adi bersyukur dengan kehidupan yang dikurniakan oleh ALLAH.

“oit Mi..kau buat apa tu..?”

“eh..kau Adi..terkejut aku…”

“terkejut…? apa kau berangan ke…? eh..budak ni ada rupanya..cuti ke…?”

“ha’ah..cuti bang..” ujar Is, adik Hakimi sambil menyalami Adi

“berapa lama cuti ni…? cuti sem ke..?”

“ye..cuti sem..sebulan la..best dapat lepak-lepak dekat umah..boring menghadap buku..”

“sem berapa sekarang…?”

“sem tiga la bang…”

“ewah..cantik bahasa kau ye..baru sem tiga dah boring tengok buku..apa jadi untuk 6 sem lagi tu…? muntah ke tengok buku..?”

“alaaa…lek ar bang..sebab tu ada cuti..jadi boring macam mana pun dengan buku..tak ada lah sampai muntah kan..haha..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience