BAB 14

Horror & Thriller Completed 5929

Iskandar seakan tewas di tangan perempuan cantik yang tidak mempamerkan sebarang perasaan di wajahnya. Perempuan itu seolah2 dilahirkan tanpa emosi.

“hentikan…apa yang kau inginkan…? apa yang kau dendamkan…?” Iskandar cuba berbicara.

“dasar manusia yang tidak punya adab pertuturan…kenalkan dirimu sebelum aku menghabisi nyawamu…” kerambit yang sedia berada di leher Iskandar tidak sabar-sabar ingin merobekkan krongkongnya.

“aku Iskandar….”

“aku chantik dan aku disini sekadar ingin melaksanakan keinginan kekandaku. Tak perlu banyak bicara…serahkan saja keinginan kekandaku itu…keselamatan pasti di pihak mu…”

“chantik..walaupun aku tak tau cerita sebenar…namun aku pasti…ada sebabnya mengapa abangku tidak membenarkan…aku pasti dengan abangku untuk mendamaikan keadaan…”

“kami kemari bukan untuk mendamaikan keadaan…kami kemari untuk mengambil keinginan kekanda ku…..serahkan saja….”

“apa pula keiginanmu….? mengapa kau turuti perintah kakakmu untuk sesuatu yang salah….?”

“aku tak punya keinginan…” dalam leka berbicara…Iskandar terlebih dahulu memasang idea dalam mindanya. Chantik yang berdiri membelakangi tangga di sepak hebat oleh Iskandar. Tanpa dapat megimbangkan badan, Chantik jatuh bergolek kebawah. Kepalanya mengalami luka dan hidungnya berdarah. Tangan kirinya terkulai dan mula membengkak. Chantik terpinga-pinga dengan keadaan itu. Dia juga terperanjat dengan rupa jelik kekandanya.

“bertarung dengan manusia bermakna kau harus jadik manusia…!!!” bentak Iskandar yang semakin faham dengan permainan itu. Entah ilmu apa yang didalami oleh abangnya hingga keadaan menjadikan mereka sama hebat. Itu semua kerana garam dan lada hitam yang menjadi ‘pagar’ dalam rumah mereka.

Bermain dengan muslihat harus dengan muslihat juga. Garam dan lada hitam itu lah yang menzahirkan mereka walaupun mereka dari alam maya. Sebilah pisau di tangan Hakimi juga merupakan senjata yang mampu melukakan mereka selain cucuk sanggul persalinan Puteri Bugis dan Kersani Jitra.

Cuma mereka tidak sempat mengambil barang itu semua kerana keadaan kucar-kacir secara mendadak atau pun mereka sebenarnya tidak terfikir untuk mengambilnya kerana panik. Hebat benar kuasa panik ketika menyerang.

“sial kau Hakimi…! aku takkan pernah lepaskan kau…!!” jerkah Indah setelah mengetahui keadaannya tergugat dengan akal Hakimi. Indah semakin sedar kenapa dia terluka apabila bertarung dengan yang lain. Dia sepatutnya takkan terjejas dengan apa-apa senjata.

Ini semua angkara Hakimi. Dia semakin awas dengan keadaan. Hakimi bukan calang-calang lawan. Indah menyerang Adi dan Erul bertubi-tubi. Perut mereka dicarik kerambit.

Lengan Adi tak henti-henti memuntahkan darah pekat. Erul pula hampir lenguh tangannya menekup luka di dahi. Mereka berdua mula banyak kehilangan darah. Mereka nampaknya semakin lemah.

Lebih ketara Erul. Lukanya lebih banyak dan serius berbanding Adi memandangkan dia langsung tidak pantas untuk mengelak dan membalas setiap serangan dari Indah. Erul terjelepok di tepi dinding, terkulai lemah.

“jangan sesekali menghina, Indah…” Hakimi mula menyerang. Bertubi-tubi serangan Hakimi tidak dapat ditepis oleh Indah. Namun penipuan Indah kadang-kala menggoda Hakimi. Penipuan yang ditabur dengan segala ilmu pengasih.

“abang..abang Kimi…tolong Maira….” kelihatan di mata Hakimi adalah Umairah, namun yang nyata adalah perempuan itu tetap Indah.

Iskandar yang masih berentap dengan Chantik memerhati sambil berteriak memanggil Hakimi namun Hakimi dikaburi. Dalam keadaan ini, Chantik mengambil kesempatan mencarik bahagian belakang badan Iskandar dengan kerambitnya.

Untuk tikaman kali kedua, Chantik dihalang oleh Adi. Namun Adi tak mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. Dia diserang oleh Chantik. Luka Adi semakin parah. Iskandar pula sedang jatuh terduduk menahan luka kerambit yang beracun. Hakimi pula semakin tak sedar ditiup syair pengasih.

“abang…jangan bang..jangan terpedaya…!”

“andai kau kekasih..letakkan aku di hatimu..andai terpisah kita…gegak gempita dunia menangisi perpisahan kita..akan ada yang melata di langit dan berterbangan di lantai bumi…”

“maira…maira..abang akan selamatkn maira…” ujar Hakimi semakin layu dengan seru-seru Indah.

“bukakanlah pintu untuk Maira…keluarkan Maira dari sini..Maira takut…” Indah memang berharap sangat pintu utama dapat dibuka segera..agar semua tentera-tenteranya diluar sana dapat membantu. Kelemahan Indah dan Chantik, mereka berdua tidak dapat menghampiri dinding-dinding villa itu kerana ayat Kursy yang tertulis di setiap pintu-pintu dan dinding-dinding.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience