BAB 7

Romance Completed 17888

“Asyraff” Sebaris nama itu meniti di mulutku. Kifayah terus memaut lenganku dan membawa aku duduk ke kerusi sebelum aku terjelepok jatuh. Semangatku hilang begitu sahaja.

“Okay. Zuyyin Insyirah. Relax and calm down. You are strong women. Please.. Don’t cry here..” Kifayah menggosok-gosok belakangku untuk menenangkan diriku.

“Kakakkkk!!” Jerit Zubir. Aku mengangkat sedikit wajahku. Kelihatannya keluarga kami sudah pun sampai. Aku menampal senyuman palsu ketika itu apabila terpandangkan Zubir yang berlari untuk mendapatkanku.

Kifayah memautku dan membantu aku berdiri. Sepertinya dia memahami yang ketika ini sebahagian nyawaku sudah di bawa bersama Asyraff sebentar tadi.

Zubir memelukku. “Kakak. Zubir rindu..” Rengek adikku. Entah kenapa, aku mendapat sedikit kekuatan ketika itu, apabila dipeluk adik bongsuku.

Kifayah pula sudah melangkah mendapatkan ibu dan abahnya ketika itu.

“Kakak.. Tadi dalam flight, Abang Asyraff ada sama. Tapi Zubir dah tak nampak dah dia lepas turun” Jelas adikku. Keluargaku tidak pernah tahu yang aku sudah tiada apa-apa hubungan dengan Asyraff.

“Ialah. Papa rasa mesti dia nak raikan sama hari graduasi Zuyyin” Air liur yang di telan terasa kesat. Aku hanya diam.

Aku menghampiri papa dan menyalaminya. Ku cium tangan itu dan ku cium ke dua belah pipi papa. Dia menggosok-gosok kepalaku dan mencium dahiku.

Aku beralih pada mama dan menyalaminya. Ketika itu juga aku terus memeluk mama untuk menumpang kekuatan darinya.

Kalau aku tidak bertahan ketika itu, mahu saja aku rebah tersungkur. Tapi demi memikirkan mereka yang datang untuk meraikanku, aku perlu bertahan.

Mama mengusap lembut belakangku. “Hey. Anak mama ni kenapa menangis beria-ia” Mama berbisik ke telingaku. Aku sekadar menggelengkan kepala. Ketika ini aku cuma inginkan menenangkan jiwaku dalam pelukan mama.

“Err. Kifayah rasa Zuyyin rindu dengan aunty sangat-sangat” Sampuk Kifayah ketika semua orang pelik melihat keadaanku yang beria menangis.

“Jomlah, kita check in hotel. Rehat-rehat dulu, lepas tu kita pergi makan.” Cadang Kifayah.

Kifayah duduk di sebelahku di dalam kereta yang kami sewa untuk membawa keluarga kami ke hotel.

“Kenapa dia datang sini.. Kalau tak fikirkan kita tengah tunggu parents kita tadi, dah lama aku kejar dia dan ganyang dia sampai lumat. Lepas tu baling dia dalam kawah gunung berapi tu. Padan muka!!” Rungutnya. Aku hanya membatu.

Aku tahu dia cuba buat lawak kurang cerdik dia seperti dulu bagi menghiburkan hatiku. Tapi dulu, aku di tinggalkan tanpa Asyraff di depan mataku, jadi lukaku tidaklah terlalu parah.

Tapi kejadian tadi, Asyraff berada di hadapanku, dan sekadar berlalu meninggalkanku tanpa di sapa, betul-betul membuat hatiku terluka lebih dalam.

Melihatkan tiada reaksi dariku, Kifayah menggenggam tanganku. Cuba menyalurkan semangat dan kekuatan melalui sentuhannya. Aku memandangnya. Sungguh, aku sedang menahan air mataku jatuh ketika ini.

“Sahabat aku seorang yang kuat dan tabah. Tak mudah mengalah. Gadis berani. Remember, kalau 1 isi dunia ini tinggalkan kau, kau ada Allah, keluarga kau dan aku untuk bersama kau.” Hatiku sedikit terpujuk dengan kata-kata Kifayah ketika itu. Aku melentokkan kepalaku di bahunya.

“Manja.” Aku tergelak bila di katakan begitu. Ada aku kisah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience