BAB 12

Romance Completed 17888

Lima bulan berlalu. Hari pertama sahaja Asyraff melayanku dengan mesra. Hari-hari seterusnya dia melayanku seperti seorang ketua dan anak buahnya. Tidak berlembut sedikit pun denganku jika aku melakukan apa-apa kesalahan.

Sekurang-kurangnya tidaklah aku kekok jika dia berbuat baik denganku, dan sekurang-kurangnya aku tidak melayan perasaanku.

Perasaanku? Aku akui, bila keadaan yang membuatkan kami sentiasa berdekatan, cintaku kuat menjalar di hati, dan semakin hari semakin kuat. Bodohnya aku.

“Siapkan laporan ni sebelum petang. Hantar sendiri ke meja saya dan saya akan semak terus” Asyraff meletakkan file di atas mejaku. Aku sekadar mengangguk.

Aku terus membuka file yang baru saja di letakkan. Dengan lafaz Bismillah, aku memulakan kerjaku, harap tiada kesalahan aku buat untuk laporan kali ini.

Aku bangun dari kerusi dan membuat sedikit senaman ringan untuk merenggangkan urat-uratku.

Aku memandang ke arah jam. 3.30 petang. Akhirnya siap juga laporan yang di berikan. Aku memandang ke arah bilik Asyraff. Huh! Serba salah.

Inilah kali pertama Asyraff suruh hantar sendiri kerjaku kepadanya. Selama ini, semuanya diberikan kepada setiausahanya. Aku melangkah mendekati bilik tersebut. Pintu ku ketuk. 1 saat, 2 saat, 3 saat. Tiada jawapan.

Ku ketuk lagi sekali. “Masuk” Kedengaran suara Asyraff dari dalam. Apabila aku memasuki biliknya, aku merasa kagum dengan susun atur biliknya. Kemas dan selesa.

“Duduk..” Aku sekadar patuh kepada arahannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“5 minit” Katanya, lantas bangun dari tempat duduknya dan keluar dari bilik. Tinggallah aku seorang diri di dalam bilik.

Mesti cakap dengan perempuan yang aku jumpa tempoh hari. Huh. Hatiku di serang rasa cemburu.. Dah, dah. Abaikan perasaan kau. Cari lain. Fahmi pun hensem juga. Aku tersengih-sengih nakal ketika itu.

Aku memandang sekeliling. Tiba-tiba aku menangkap 1 objek bingkai gambar kecil yang berada di rak bukunya. Secara spontan aku bangun dan melangkah ke arah rak tersebut.

Aku terkesima. Gambarku ketika konvo terletak elok di bingkai gambar tersebut. Tapi setahu aku, tiada dalam simpanan koleksiku melihat pose ini. Sebelahnya pula di letakkan gambar Asyraff ketika konvo di UIA.

Apa semua ni?? Pintu bilik di kuak. Aku membuntang. Mata Asyraff memandang tajam ke arahku. Aku terdiam. Aduhh. Kantoi.. Kantoi.. Mati aku.

Dia menapak ke arahku, dan aku secara tergesa-gesa berlalu pergi dan ingin keluar dari biliknya.

“Duduk dulu, Asy tak tengok lagi laporan Aira. Be professional” Dia bersuara. Aku berhenti melangkah. Aku menunduk dan menapak semula ke arah mejanya. Waktu itu aku tidak tahu apa yang bermain di fikiranku. Aku sungguh malu.

Aku duduk dan mendengar bebelan Asyraff. Aku menadah telingaku dengan tekun, dan cuba menghadam segala bicaranya ketika ini, walaupun aku rasakan setiap bicaranya ketika ini tidak satu pun yang masuk.

Dia berdehem-dehem. Lamunanku mati. “Jauh Aira berangan. Dah sampai mana? Ada sampai Paris, tak pun Korea? Ada Asy tak dalam tu?” Aku terkesima. Berbahang mukaku menahan malu.

Melihat tiada reaksi dariku untuk membalas usikannya dia terdiam seketika “You can go now.” Dia bersuara semula. Aku sakadar mengangguk. Dia memberikan aku file yang lain sebelum aku keluar dari biliknya.

Aku menghempaskan file di atas meja. Zuyyin Insyirah kau kena fokus dengan latihan kau. Jangan bermain perasaan ketika ini. Semua ni hanya pemusnah masa hadapan kau. Aku mengingatkan diriku.

Jam menunjukkan hampir pukul 5. Pekerja-pekerja yang lain sudah siap berkemas-kemas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Aku turut mengemas barang-barangku. Aku menegakkan file tersebut kerana ingin menyusun di dalam rak kecil di mejaku.

Sekeping sampul jatuh di atas ribaanku, sampul yang jatuh dari file yang Asyraff berikan sebentar tadi. Aku membuka sedikit. Aku terpana. Gambar-gambar aku bersama keluargaku ketika bersiar-siar dan juga sewaktu konvo.

Adakah kedatangannya ke Jepun beberapa bulan yang lalu, semata-mata ingin mengambil gambar di hari bahagiaku? Dan gambar yang di ambil sangat cantik. Kagum aku melihat wajahku sendiri di dalam gambar. Erkk. Hehehe.

Aku memasukkan sampul tersebut di dalam beg tanganku. Aku ingin pulang, dan ingin melihat semua gambar yang ada dengan teliti.

Sewaktu aku keluar dari bangunan tersebut, aku berselisih dengan seorang wanita. Aku menoleh memandangnya. Alfira setiausaha Asyraff yang kebetulan lalu, seperti memahami riak wajahku yang penuh tanda tanya.

“Isteri Encik Asyraff” Aku terkesima. Betulkah?? Mujur sahaja ada tiang untukku menumpang kekuatan agar tidak rebah. Apa semua ni?? Air mataku ketika itu, mahu sahaja ingin gugur.

“Eh. Zuyyin tak apa-apa?” Tanya Alfira apabila melihatku memaut tiang.

Dia mendekatiku. Aku sekadar menggelengkan kepala. Aku menampal senyuman palsu apabila memandangnya.

“Saya okay” jawabku lemah.

“Betul ni?” Soalnya mengambil berat.

“Betul. Awak baliklah. Saya okay” Aku cuba meyakinkan Alfira.

“Okaylah kalau macam tu. Saya balik dulu” Pamitnya. Aku sekadar menghantarnya dengan pandangan.

Aku berlari ke arah kereta.. Air mataku berjujuran jatuh. Aku sudah tidak tahan. Kenapa semua ini terjadi kepadaku. Kenapa!

Aku menghentakkan tangan ke stering kereta. Emosiku ketika itu sungguh terganggu.

Pintu cermin keretaku di ketuk. Aku mengangkat mukaku yang di tundukkan, muka Asyraff sedikit kaget melihat keadaanku ketika ini.

Aku terus menghidupkan enjin kereta, dan berlalu pergi. Kau nak apa lagi??!! Nak aku terluka macam mana lagi baru kau puas??

Aku terus memandu keretaku ke Taman Tasik Titiwangsa. Sengaja ingin mencari ketenangan di sini. Di sinilah tempat yang aku paling suka untuk menenangkan fikiran sejak zaman sekolah.

Aku duduk di hujung kerusi panjang. Aku memandang kosong sekelilingku. Walaupun ketika ini suasana cukup riuh dengan gelagat manusia, tapi jiwaku kosong.

Air mataku jatuh lagi. Berat sungguh apa yang aku rasa. Tiba-tiba kerusi yang aku duduk sedikit senget sedikit, seperti ada yang duduk di hujungnya.

“That I’m really the best to make your hurt and cry, Aira?” Aku memandang sekujur tubuh di hujung kerusi. Aku terkesima.

Dia tahu aku datang ke sini? Dia cari aku sampai sini? Mana isteri dia? Bertalu-talu soalan datang di mindaku. Aku memandang sekeliling mencari kelibat wanita tersebut.

“Tak payahlah cari. Dia bukan isteri Asy. Dia isteri Fahmi Asyraff, abang Asy.” Erkk. Aduhh. Aku salah fahamlah ni. Mana dia tahu aku menangis sebab salah faham ni.

“Asy ada kat situ tadi, nak keluar. Asy dengar pebualan Aira dengan Alfira.” Dia menerangkan. Tahu aja apa yang ada dalam kepalaku.

“Baliklah. Dah lewat ni. Kejap lagi nak masuk maghrib. Asy datang sini, untuk pastikan Aira tak apa-apa. Asy tahu, Aira suka datang sini kalau kita bergaduh dulu” Aku diam.

“Aira..” Tegurnya lembut. 1 minit, 2 minit, 3 minit. Aku tetap mendiamkan diri.

“Zuyyin Insyirah” Panggilnya dengan nama penuhku. Aku bangun dan meninggalkannya di situ keseorangan dan mendapatkan keretaku.

Aku melihat melalui cermin pandang belakang. Kelihatan Asy mengikuti aku sehingga ke rumah. Apabila aku selamat memarkingkan kereta di halaman rumah, barulah dia berlalu pergi.

Air mataku jatuh lagi. Kenapa kau layan aku seperti ini Asy. Kalau kau cintakan aku kenapa kita jadi begini? Kenapa lukakan hati aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience